v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu China Yang Dipersembahkan Semasa Perayaan Tahun Baru China

2006-02-07 11:23:40 CRI

Pada 29hb Januari ini, iaitu pada hari Ahad minggu depan merupakan Tahun Baru China—hari raya tradisional kaum China. Semua rakyat China ternanti-nanti akan ketibaan hari itu.

Lagu ?Xi Yangyang?, yang bermaksud kegembiraan. Lagu ini berasal daripada sebuah lagu tempatan di Provinsi Shanxi. Penggubah lagu tersebut ialah Liu Mingyuan, ahli muzik yang ternama di China. Lagu ini berirama rancak yang menggambarkan kegembiraan masyarakat semasa menyambut kedatangan musim bunga pada tahun baru.

Nie Er merupakan pemuzik yang terkenal di China. Beliau menggubah lagu ?Jin She Kuang Wu?yang pada asalnya ialah lagu yang dimainkan dengan menggunakan alat muzik bertali dan alat tiupan yang diperbuat daripada kayu. Lagu tersebut sentiasa disembahkan semasa perayaan hari perayaan kalangan rakyat. Penggubahnya, iaitu Nie Er telah menambahkan bunyi gong dan dram ke dalam lagu asalnya. Ini memberikan suasana perayaan yang gembira. kalau diterjemahkan kepada bahasa Melayu bermaksud ular yang berwarna keemas-emasan menari-nari dengan penuh keghairahan.

" Malam menjelang tahun baru adalah yang paling manis berbanding 365 malam lain dalam setahun, angin menyerbakkan harum, salji semanis madu. Bait-bait puisi sarat dengan kebahagiaan, dan cangkir pula sarat dengan kemewahan...salam bahagia!"

Sama seperti orang Kristian menyambut hari Natal, orang China amat menghargai tahun barunya. Kami pasti pulang ke rumah seawal mungkin sebelum tibanya perayaan tahun baru. Kami berkumpul sekeluarga dan bersama-sama nikmati waktu yang penuh dengan bahagia itu. Lagu yang berikut pula menggambarkan kegembiraan orang China semasa bersama-sama saudara mara, rakan-rakan karib dan kekasih.

Saudara dialu-alukan untuk menyatakan perasaan atau pandangan saudara tentang Tahun Baru China. Sekiranya saudara mempunyai sebarang pertanyaan, sila kirimkan surat atau hantarkan e-mel kepada kami.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |