v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bagaimana Panda China Dipelihara Di Luar Negara

2006-02-14 10:06:30 CRI

Minggu ini, kami menerima sepucuk surat daripada Saudara Hanif yang tinggal di Brunei Darusalam. Saudara Hanif dalam suratnya menyatakan bahawa dia dan seluruh ahli keluarganya ialah peminat panda. Dia difaham bahawa Tanah Beasr China akan menyerahkan dua ekor panda kepada Taiwan tidak lama lagi. Saudara Hanif mengetahui panda ialah sejenis binatang yang hidup di kawasan beriklim sejuk. Saudara Hanif bimbang apakah kedua-dua panda itu dapat menyesuaikan diri dengan cuaca Taiwan yang panas.

Kami mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada saudara Hanif yang memberikan perhatian yang tinggi terhadap panda China.

Setakat ini, terdapat 24 ekor panda dipelihara di luar negara. Antaranya, 7 ekor telah dimiliki oleh negara luar dan 17 yang lain masih dimiliki oleh China.

Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, terdapat 3 saluran panda China dihantar ke luar negara. Pertama, panda China diserahkan kepada negara luar sebagai hadiah; kedua, panda China dipinjam oleh negara luar untuk mengadakan pameran perdagangan; dan ketiga, panda China dihantar ke luar negara dengan tujuan sains, iaitu meningkatkan teknologi pemeliharaannya melalui kerjasama dan komunikasi pelbagai negara. Pada tahun 1957 hingga 1982, terdapat 23 ekor panda China telah diserahkan kepada 9 buah negara sebagai hadiah, akan tetapi hanya terdapat 7 ekor panda yang merupakan generasi seterusnya, iaitu 2 ekor di Jepun, 3 ekor di Mexico dan 2 ekor di Jerman. Sejak tahun 1982, panda dilarang dihantar ke luar negara sebagai hadiah. Beberapa tahun kemudiannya, panda yang dipinjamkan untuk pameran perdagangan juga dibatalkan. Sehubungan dengan itu, panda China hanya dibenarkan dihantar ke luar negara dengan tujuan meningkatkan teknologi pemeliharaannya melalui komunikasi dan kerjasama pelbagai negara.

Sekarang terdapat 24 ekor panda yang dipelihara di luar negara dan 17 ekor daripadanya masih dimiliki China. Antaranya 9 ekor di A.S., 4 ekor di Jepun, 2 ekor di Australia dan 2 ekor di Thailand.

Sesetengah orang akan bertanya, adakah panda-panda tersebut akan dipulangkan semula kepada China? Naib Ketua Pengarah Biro Pentadbiran Kawasan Perlindungan Alam Sekitar Wolong China, Encik Wang menjelaskan, menurut perjanjian, tempoh panda China yang dipelihara di luar negara tidak akan melebihi 10 tahun. Anak panda tersebut juga dimiliki oleh China dan akan dipulangkan balik kepada China semasa berumur 3 tahun. Contohnya, "Hua Mei", panda yang dilahir di zoo Sandiago, A.S. telah dipulang kembali ke China dan salah seekor daripada anaknya adalah antara dua ekor panda Tanah Besar China yang diserahkan kepada Taiwan kali ini.

Difahamkan, perbelanjaan untuk memelihara seekor panda di luar negara telah mencapai purata 1 juta yuan RMB pada setiap tahun. Jumlah perbelanjaan itu termasuklah: pembinaan rumah panda, pemasangan alat penyaman udara, pengangkutan dan penyimpanan makanannya dan lain-lain.

Di Zoo Berlin Jerman Barat, semua buluh yang dimakan oleh panda diangkut dari Paris melalui pesawat. Ketika ulang tahun pandanya, mereka akan menjemput pelakon-pelakon terkenal mengadakan persembahan untuk panda mereka. Sebuah Zoo di Wanshington DC, A.S telah membina sebuah banglo yang bercirikan negara China untuk panda di situ. Pembinaan banglo tersebut disebabkan oleh rasa bimbang sekiranya pandanya rindu akan kampung halamannya di China.

Biasanya, sebelum panda China dihantar ke luar negara, pakar sesebuah negara akan datang ke China untuk mempelajari kaedah pemeliharaan panda. Kebiasaan kehidupan dan sifat panda akan diketahui oleh pakar-pakar terlebih dahulu.

Di merata-rata tempat yang dikunjungi oleh panda, panda sentiasa mendapat sambutan mesra. Di Mexico, panda "Ying ying" telah melahirkan 7 ekor anak dan 4 ekor daripadanya masih hidup. Sejak "Ying ying" datang ke Mexico, ramai pelancong datang ke negara itu untuk melihat "Ying ying" . Sehubungan dengan itu, industri pelancongan Mexico juga turut mendapat faedah.

Sekarang, tindakan menghantar panda ke luar negara untuk kajian telah mencapai kemajuan yang cemerlang. Pada masa dahulu, makanan panda hanya merupakan buluh. Selepas kerjasama dan kajian dengan pelbagai negara, resipi baru makanan panda yang ditambah serbuk protein, vitamin dan lain-lain digunakan. Selain itu, psikologi panda juga turut diperhatikan. Pemeliharaan panda dari segi psikologi dan fisiologi sedang dicadangkan supaya panda dapat membesar dengan lebih sihat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |