12 jenis binatang yang menandakan tahun kelahiran menurut kalendar China termasuk tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi. Oleh sebab 12 jenis binatang tersebut melambangkan 12 zodiak, urutannya tidak boleh diubahkan. 12 tahun merupakan satu pusingan. Contohnya, jika seseorang China disebut "Shu" lembu, ini bermakna dia dilahirkan pada tahun lembu. Oleh sebab itu, 12 jenis binatang itu juga dipanggil "Shuxiang" dalam bahasa Mandarin.
Terdapat kisah-kisah tentang 12 buruj dalam kebudayaan barat, maka, terdapat beberapa kisah dan legenda yang menarik tentang 12 binatang yang menandakan tahun kelahiran menurut kalendar China. Seterusnya saya akan ceritakan sebuah kisah yang lama mengenai 12 jenis binatang tersebut.
Dalam kisah legenda zaman purba China, Yu Huangdi merupakan maharaja di langit. Pada suatu hari, Yu Huangdi memanggil segala binatang berkumpul dan berkata: "Beta akan memilih 12 binatang daripada kamu semua untuk dilantik sebagai perlambangan tahun kelahiran di bumi secara bergilir (secara berganti-ganti). Ke12-12 binatang tersebut akan mendapat gelaran hormat sebagai "Shi Er Sheng Xiao". Kemudian Maharaja Yu Huangdi berjanji akan mengadakan persaingan antara binatang untuk memilih 12 binatang. Pertandingan akan diadakan pada tahun yang berikutnya. 12 binatang yang berjaya menyeberang sungai akan dipilih sebagai 12 jenis binatang yang menandakan tahun kelahiran menurut kalendar China mengikut giliran.
Sewaktu pertandingan itu bermula, segala binatang berlarian ke arah sungai dengan berebut-rebut. Semasa menyeberang sungai, lembu adalah yang paling pandai berenang. Tikus yang pintar mendapat satu akal. Dengan tiba-tiba tikus melompat ke atas belakang lembu itu supaya dibawa menyeberang sungai dengan mudah. Tidak lama kemudian, lembu merupakan binatang yang pertama menyeberang sungai. Pada masa itu, tikus terus melompat ke hadapan badan lembu itu dan menduduki tempat pertama. Akhirnya lembu mendapat tempat kedua, maka, binatang-binatang lain pun berturut selesai menyeberang sungai. Maharaja Yu Huangdi mengumumkan bahawa: " Baiklah, 12 binatang yang berjaya menyeberang sungai dengan dahulu itu dilantik sebagai perlambangan tahun kelahiran secara bergilir. Nama mereka dibenarkan sebagai nama tahun pada masa itu. Sejak itu, ke12-12 binatang tersebut menjadi "Shi Er Sheng Xiao" yang menandakan tahun kelahiran menurut kalendar China. Mengikut "Shi Er Sheng Xiao" dalam kalendar kalendar China, anjing akan menandakan tahun 2006. Kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun ini akan dipanggil "Shu Gou" yang bermaksud lahir dalam tahun anjing mengikut kalendar kalendar China.
Syarikat Antarabangsa Cubix Berhad Singapura telah membuat sebuah filem kartun tiga dimensi tentang legenda 12 binatang yang menandakan tahun kelahiran menurut kalendar China yang pertama di dunia. Proses membuat filem tersebut telah memakan masa dua tahun. Filem ini berbahasa Inggeris dan dinamakan "zodiac, the race begins" dalam bahasa Inggeris. Filem ini akan ditayangkan dalam tempoh merayakan tahun baru China tahun ini. Tema filem ini berdasarkan kisah yang saya ceritakan kepada saudara tadi.
Sekiranya saudara mempunyai sebarang pertanyaan mengenai 12 jenis binatang tersebut, saudara dialu-alukan untuk memberitahu kami melalui surat atau e-mel. Maklumat yang lebih terperinci boleh didapati daripada laman web siaran bahasa Melayu CRI. Alamatnya ialah www.cri.com.cn
|