v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Mengapa Orang China Sangat Suka Akan Warna Merah?

2006-03-08 16:05:32 CRI

Firman Adi Saputra, seorang pendengar kita yang muda yang berasal dari Indonesia telah mengeluarkan beberapa pertanyaan kepada kami melalui surat. Salah satu pertanyaannya ialah "Mengapa orang China sangat suka akan warna merah?"

Sekiranya saudara berpeluang untuk melancong ke Bandar Beijing, China, saudara tentu akan mendapat bangunan di kebanyakan taman diraja adalah mempunyai jubin gilap yang berwarna kuning dan dinding yang diperbuat daripada bata merah. Ini disebabkan oleh warna kuning dianggap sebagai warna diraja. Aturan tradisional ini berasal daripada zaman Dinasti Tang dalam sejarah China, iaitu warna kuning dipilih sebagai warna diraja dan rakyat jelata tidak dibenarkan untuk menggunakan warna kuning di mana-mana tempat.

Bagi orang China, warna merah merupakan kebahagiaan dan kegembiraan semasa menyambut perayaan. Apabila merayakan Tahun Baru China, hampir kesemua keluarga akan menampal kertas merah pada pintu dan kaca tingkap. Semasa mengadakan majlis perkahwinan, pengantin perempuan selain memakai pelbagai barang perhiasan juga memakai pakaian yang berwarna merah untuk melambangkan kebahagiaan kehidupan perkahwinan. Adat resam di sesetengah kampung di China semasa merayakan kelahiran anak-anak adalah dengan memberikan telur merah. Dalam upacara pembukaan sesebuah kedai, orang China sentiasa menggunting reben yang merah. Upacara ini menandakan harapan pekedai agar mendapat keuntungan pada masa akan datang.

Bagaimanapun, orang China menggunakan warna merah dalam sebarang suasana perayaan yang meriah. Selain itu, merah juga melambangkan kesetiaan, keadilan dan keberanian. Tentu saudara pernah mendengar tentang Opera Peking. Dalam Opera peking, terdapat beberapa watak yang berlainan. Muka pelakon Opera Peking dihiaskan dengan pelbagai warna untuk melambangkan watak mereka yang berlainan. Muka merah ialah watak yang jujur. Muka putih ialah watak yang licik. Boleh dikatakan bahawa warna merah mempunyai kedudukan yang amat penting bagi orang China. Warna ini melambangkan sifat positif.

Menurut catatan sejarah, pada zaman purba China, orang China juga pernah menjadikan warna kuning dan hitam sebagai warna kegembiraan dan kebahagiaan. Sehingga lebih dua ribu tahun yang lalu, iaitu pada zaman Dinasti Han, Maharaja Han Gaozu menggelarkan dirinya sebagai "Chi Di Zhi Zi" yang bermaksud "anak raja merah". Sejak itu, warna merah mulai mendapat kedudukan yang tinggi. Pada zaman moden, orang terus memberikan pelbagai erti kepada warna merah seperti keghairahan, kebajikan dan cinta.

Adakah saudara suka akan warna merah? Kenapa? Saudara dialu-alukan menulis surat atau e-mel untuk memberitahu kami pandangan saudara terhadap warna merah.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Firman Adi Saputra yang mengemukakan soalan kepada kami dan selama ini menyokong usaha kami. Jika saudara masih mempunyai sebarang pertanyaan atau permintaan, sila beritahu kami.

Kami juga ucapkan terima kasih kepada Ahmad Soervadi Bin Abd. Kahar kerana beliau memberitahu kami tentang pertukaran alamatnya tepat pada waktunya.

Pada kesempatan ini, Melur ingin mengingatkan pendengar kita yang berikut untuk memberitahu alamat saudara yang baru kerana surat yang dikirimkan telah dikembalikan. Mereka ialah Mohad Hatta bin Mahfar dan Donn Lee dari Malaysia. Saudara Eni Candra dan Siti Magfiroh dari Indonesia. Kami menantikan surat saudara. Terima kasih atas sokongan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |