v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelancongan Di Provinsi Yunnan

2006-03-13 10:06:32 CRI

Saudara Lainah dalam suratnya berkata yang dia hendak mengunjungi Provinsi Yunnan China tidak lama lagi. Saudari Lainah bertanya sama ada kami boleh memperkenalkan sedikit sebanyak tentang provinsi Yunnan atau tidak supaya memudahkannya untuk berkunjung ke provinsi itu?

Yunnan ialah satu provinsi yang terletak di bahagian barat-daya China dengan jumlah keluasannya 394 ribu kilometer persegi dan penduduknya 43 juta orang. Provinsi itu bersempadan dengan Myanmar, Laos dan Vietnam. Terdapat 26 etnik minoriti tinggal di provinsi itu, maka kesenian dan kebudayaan yang istimewa di sana selalu menarik perhatian pelancong sama ada dari dalam negeri maupun luar negara. Terdapat pelbagai jenis makanan di Provinsi itu yang bercirikan etnik minoriti China seperti teh mentega Etnik Tibet, nasi buluh Etnik Dai dan lain-lain.

 Rumah Etnik Bai di Yunnan

 Rumah Etnik Dai di Yunnan

Pemandangan di Provinsi Yunnan juga indah sekali. Terdapat sungai dan gunung-ganang di sana. Gunung-ganang di sana merupakan banjaran gunung yang terletak di bahagian paling selatan di hemisfera Utara dan diliputi oleh salji sepanjang tahun. Bentuk muka bumi Yunnan yang istimewa Yunnan seperti batu kapur, hutanbatu menjadikan provinsi itu sebuah muzium ekologi yang asli.

Yunnan mempunyai iklim yang paling nyaman di China dengan suhu puratanya 14.8 C° sepanjang tahun. Keempat-empat musimnya macam musim bunga. Sehubungan dengan itu, Yunnan juga diberi nama "Bandar Musim Bunga" dan memang dihias oleh lebih 450 jenis bunga sepanjang tahun. Industri penanaman dan penjualan bunga merupakan kepopularan bagi penduduk Yunnan. Penggunaan minyak yang diproses daripada bunga-bunga telah dijadikan asas untuk membuat bahan penjagaan kecantikan.

Selain itu, Provinsi Yunnan juga ialah satu pusat membeli-belah yang menarik. Barang kemas, teh Puer, artifak, barang-barang perhiasan sentiasa mendapat sambutan daripada pelancong seluruh dunia.

Xishuangbanna, satu wilayah autonomi etnik Bai terletak di selatan provinsi Yunnan dan bersempadan dengan Laos dan Myanmar. Wilayah itu beriklim panas, menerima banyak hujian dan lembap. Kadar perhutanan di sana telah mencapai 63.2%. Maka ia juga dikenali sebagai "negara tumbuh-tumbuhan". Penduduk di sana kebanyakannya ialah etnik Dai. Pesta penyimbahan air merupakan perayaan yang terpenting bagi etnik itu. Berdasarkan kalendar etnik Dai, pesta tersebut biasanya akan diadakan pada penghujung bulan Jun atau permulaan Julai dan akan berlangsung selama 3 atau 4 hari. Dalam tempoh itu, penduduk etnik Dai akan memakai baju tradisional mereka yang berwarna-warni. Selepas melakukan upacara bersembahyang di kuil Buddha, penduduk etnik Dai akan melakukan penyimbahan air kepada satu sama lain. Air yang disimbah itu dianggap air yang berikat. Pelancong yang mengunjuni Xishuangbanna dalam tempoh Pesta Penyimbahan Air pasti akan mengalami tradisi yang menarik itu .

Bandar Dali juga merupakan satu bandar yang harus dikunjungi oleh pelancong. Pembinaan rumah di bandar itu seperti sebuah papan catur. Bandar itu telah bersejarah lama dan kehidupan di sana aman dan selesa. 

Kebanyakan penduduknya ialah etnik Bai. Terdapat sebuah sungai mengalir melalui bandar itu. Penduduk di sana amat gemar menanam bunga dan hampir setiap keluarga mempunyai kebun bunganya sendiri. Sekiranya pelancong datang ke bandar Dali pada sekitar bulan Mac atau April, kebanyakan mereka akan mengalami akan keindahan t bunga-bunga di sana yang begitu banyak jenisnya. 

Selain kedua-dua tempat tersebut, Kounti Lijiang yang terletak di barat-laut provinsi Yunnan juga turut menarik perhatian para pelancong dengan gunung Yulong yang diliputi salji sepanjang tahun. Bandar Diqing, juga diberi nama "Shangri-La" yang merupakan satu tempat yang masih belum diteroka untuk pembangunan zaman moden dan amat indah dengan budaya dan tradisi etnik Tibet.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |