v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengumuman Awal Kuiz Pengetahuan Tahun 2006 Yang Bertajuk "Masjid di China"

2006-03-28 15:18:11 CRI

Sempena musim bunga yang begitu selesa ini, kami bahagian bahasa Melayu telah merancang kuiz pengetahuan untuk tahun ini. Program tentang kuiz pengetahuan yang baru itu akan disiarkan bermula pada hari Jumaat minggu depan.

Kuiz pengetahuan tahun ini ialah mengenai masjid-masjid di China. Agama Islam mempunyai sejarah yang agak lama sejak mula disebarkan ke China dan seterusnya berkembang. Masjid di pelbagai tempat di China mempunyai seni bina yang berbeza. Kami berharap melalui rancangan kuiz pengetahuan kali ini, saudara dapat mengetahui sejarah Masjid yang terkenal di beberapa tempat di China dan seni bina Masjid di China yang telah menggabungkan ciri-ciri kebudayaan tradisional China. Selain memperkenalkan masjid di pelbagai tempat di China, kami juga menyediakan sedikit sebanyak kandungan tentang sejarah perkembangan agama Islam di China dan kehidupan masyarakat Islam China masa kini.

Kuiz pengetahuan untuk tahun ini terdiri daripada 4 siri. Kami akan menyiarkan secara berterusan keempat-empat siri kuiz pengetahuan itu pada setiap Jumaat.

Kebiasaannya terdapat dua jenis reka bentuk dalam seni bina masjid di China, iaitu seni bina gaya Timur Tengah dan seni bina gaya tradisional China. Kedua-dua jenis reka bentuk tersebut merupakan dua gaya utama bagi bangunan masjid di China. Dalam rancangan siri kedua dan ketiga kuiz pengetahuan itu, kami akan memperkenalkan kedua-dua jenis reka bentuk masjid tersebut. Dalam siri terakhir kuiz pengetahuan kami akan memperkenalkan fungsi masjid. Ini kerana sebagai tempat ibadat yang khusus, masjid memainkan peranan yang paling penting untuk aktiviti keagamaan bagi masyarakat Islam. Kami telah menyediakan dua soalan bagi setiap siri rancangan kuiz pengetahuan.

Selepas kuiz pertama pada minggu depan, kami akan mengirimkan soalan kuiz pengetahuan "Masjid di China" kepada saudara dengan secepat mungkin. Selain itu kami juga akan menyediakan sebuah ruangan yang khusus untuk kuiz pengetahuan supaya saudara dapat mengetahui maklumat yang lebih terperinci secara tepat pada waktunya. Kami mengalu-alukan saudara menyertai aktiviti kuiz pengetahuan kali ini. Pendengar yang berjaya menjawab soalan dengan tepat, saudara akan mendapat hadiah istimewa daripada CRI.

Terdapat beberapa cara untuk menyertai aktiviti kuiz pengetahuan kali ini. Pertama, saudara yang menerima soalan kuiz pengetahuan tahun ini, sila jawab soalan-soalan dan kirimkan jawapan kuiz itu kepada kami. Jika saudara tidak menerima soalan yang dikirimkan oleh pihak CRI, saudara juga boleh menggunakan kertas yang biasa untuk menjawab soalan dan kemudian kirimkan kepada kami. Saudara yang mampu melayari laman web CRI, juga boleh menjawab soalan-soalan secara langsung melalui internet dan menghantar e-mel kepada kami.

Kuiz pengetahuan "Masjid di China" kali ini akan disiarkan bermula pada minggu depan, iaitu pada 17hb, Mac dan akan berakhir pada hari Jumaat minggu terakhir bulan Jun tahun ini. Senarai nama pemenang kuiz pengetahuan kali ini akan diumumkan pada bulan Julai tahun ini. Diharapkan saudara mengirimkan jawapan masing-masing secepat mungkin.

Alamat surat-menyurat kami ialah

Malay Service, CRI-18

China Radio International

P.O.Box 4216, Beijing

P.R.China

POSKOD 100040

Alamat e-mel kami ialah malay@chinabroadcast.cn dan mal@cri.com.cn

Sekiranya saudara mempunyai sebarang persoalan, cadangan atau pandangan tentang kuiz pengetahuan kali ini, saudara dialu-alukan untuk memberitahu kami.

Kami semua kakitangan bahagian bahasa Melayu CRI mengalu-alukan saudara pendengar menyertai aktiviti kuiz pengetahuan tahun ini dan kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan saudara.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |