v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Pertama Kuiz Pengetahuan "Masjid di China"
2006-03-28 15:38:45 CRI

                 Kuiz Pengetahuan "Masjid di China" Online

Proses penyebaran agama Islam ke China boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama adalah pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song, iaitu pada abad ke-7 hingga abad ke-12. Zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song merupakan peringkat awal bagi penyebaran agama Islam ke China. Dinasti Tang merupakan salah satu zaman yang amat makmur dalam sejarah China. Banyak pelabuhan dibuka di kawasan tenggara pesisir laut China dan beransur-ansur menjadi pusat perdagangan antarabangsa pada masa itu. Maharaja Dinasti Tang berfikiran terbuka, oleh sebab itu dasar yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam bidang perdagangan lebih terbuka dan bebas bagi pedagang China mahupun peniaga dari luar negeri. Terdapat dua jalan perdagangan yang masyhur di dunia telah muncul pada zaman tersebut, iaitu "Laluan Sutera" di daerah barat laut China dan "Laluan Rempah" di daerah tenggara pesisir laut China. Kedua-dua jalan tersebut telah melambangkan kemakmuran ekonomi dan perdagangan pada masa itu. Selain itu kedua-dua jalan tersebut juga meningkatkan hubungan antara kerajaan China dengan kerajaan lain di dunia terutama di kawasan Arab.

Peniaga Muslim dari kawasan Timur Tengah bukan sahaja membawa barang-barang hasil tempatan, malahan juga mendatangkan ilmu dan kebudayaan kawasan Arab termusuk agama Islam. Menurut catatan sejarah, pada zaman Dinasti Tang, terdapat ramai pedagang Islam di mana-mana tempat di Chang An, ibu kota Dinasti Tang pada masa itu. Orang Arab dan Parsi turut mengendalikan kedai di bandar-bandar besar. Barang-barang yang dijual di kedai mereka termasuklah gigi gajah, cula badak sumbu, rempah-ratus, barangan kemas dan barangan lain yang merupakan hasil tempatan di kawasan Asia Barat dan Afrika. Barangan hasilan tempatan China seperti kain sutera, tembikar, daun teh dan sebagainya juga dibawa dan dijual di kawasan Timur Tengah.

Oleh sebab kebanyakan bandar di pesisir laut di daerah tenggara China menjadi pelabuhan perdagangan luar, maka sejumlah besar masjid lama telah bertabur di kawasan tersebut. Berdasarkan perdagangan dan perniagaan antara satu sama lain, perhubungan persahabatan yang baik juga dapat dijalinkan antara China dengan dunia Arab. Mengikut sebahagian ahli sejarah, ada dua unsur aktif yang menyebabkan ramai orang Islam berhijrah ke China pada masa itu, iaitu kemakmuran dalam bidang ekonomi dan kestabilan serta keamanan dalam bidang politik. Agama Islam turut tersebar mengikut pindahan kaum dari kawasan Timur Tengah masuk ke China dan mula berkembang dengan beransur-ansur.

 

Masjid Niujie, Beijing

Peringkat kedua bagi proses penyebaran agama Islam ke China bermula dari awal abad ke-13, iaitu pada zaman Dinasti Yuan dalam sejarah China. Agama Islam disebarkan secara besar-besaran ke China bersama-sama orang Arab dan orang Parsi yang berhijrah secara beramai-ramai. Pada masa itu, orang Islam yang berasal dari negeri lain telah beransur-ansur menganggap China sebagai tanah air mereka. Mereka bersikap sebagai tuan rumah dan memperkenalkan ilmu dan teknik-teknik dari barat ke China. Selain itu mereka turut mengkaji ilmu dan kebudayaan China supaya lebih mendekati dan memahami tamadun Timur amnya dan tamadun China khasnya. Dapatlah dikatakan bahawa orang Islam yang berasal dari kawasan lain yang telah menetap di China pada masa itu telah memberikan sumbangan yang besar bagi pembangunan China dalam catatan sejarah. Sejak Dinasti Yuan, dalam catatan sejarah China, orang Islam yang berasal dari kawasan Timur Tengah tidak akan dianggap sebagai orang asing, sebaliknya diisytiharkan sebagai warganegara China.

 

 

Makam Sahabat Islam di Quan Zhou, provinsi Fujian 

Penganut Islam pada Dinasti Yuan juga mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Taburan penduduk yang beragama Islam bukan sahaja tertumpu di kawasan pesisir laut, malahan juga semakin luas. Selain itu, penganut Islam terdiri daripada pelbagai golongan jika berbanding dengan keadaan peringkat pertama. Penganut Islam pada masa itu terdiri daripada peniaga, tukang, askar, cendekiawan dan rakyat jelata yang lain. Sebahagian besar orang tempatan seperti bangsa Han, etnik Mongol dan lain-lain turut menganut agama Islam pada masa itu.

Sebahagian daripada penganut Islam yang unggul juga mula menceburkan diri dalam arena politik dan menjawat jawatan yang penting. Pada zaman Dinasti Yuan, agama Islam telah mendapat perhatian yang sama daripada peringkat tertinggi pemerintahan Dinasti Yuan seperti agama Buddha, Tao dan Kristian.

Bangunan Masjid turut semakin banyak didirikan ekoran perkembangan agama Islam. Bermula dari zaman Dinasti Yuan, masjid-masjid bukan sahaja terdapat di bandar ibu kota dan bandar di pesisir laut, tetapi juga terdapat di daerah pedalaman. Masjid dibangunkan seperti cendawan tumbuh pada musim hujan di mana-mana tempat di China pada masa itu. Beberapa Masjid yang terkenal telah dibina dan dibaiki pada zaman itu. Masjid yang ternama tersebut seperti Masjid Zhen Jiao Si di Hangzhou, provinsi Zhejiang; Masjid Qing Jing Si di Quanzhou, provinsi Fujian; Masjid Huaishengsi atau selalu dipanggil "Masjid Menara Cahaya" di Guangzhou, provinsi Guangdong. Masjid di daerah pedalaman termasuk Masjid di Kunming, provinsi Yunnan dan Masjid Qingjingsi di bandar Xi'an, provinsi Shanxi.

Maka apakah ciri-ciri penyebaran agama Islam ke China? Ciri-ciri tersebut disimpulkan kepada tiga bahagian, yang pertama, terdapat dua jalan penyebaran agama Islam ke China, iaitu jalan laut dan jalan darat. Penyebaran Islam ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song bergantung pada jalan laut. Di samping itu, jalan darat juga turut memainkan peranan utama bagi penyebaran agama Islam pada Dinasti Yuan.

Yang kedua, penyebaran agama Islam ke seluruh China adalah secara aman dan damai. Saudagar Islam dan pendatang Timur Tengah yang membawa dan menyebarkan agama Islam ke China.

Yang ketiga ialah proses penyebaran agama Islam ke China telah mengalami sejarah yang amat panjang, iaitu lebih kurang 7 atau 8 ratus tahun. Walaupun tahap penyebaran agama Islam amat perlahan, tetapi keadaan perkembangannya amat stabil. Ketiga-tiga tersebut merupakan ciri-ciri penyebaran agama Islam ke China.

Soalan:

Soalan pertama, proses penyebaran agama Islam ke China dapat dibahagikan kepada dua peringkat, apakah kedua-dua peringkat itu?

Soalan kedua, sila ceritakan ciri-ciri penyebaran agama Islam di China.

Kami mengalu-alukan saudara menyertai aktiviti kuiz pengetahuan ini. Pemenang-pemenang kuiz ini akan mendapat hadiah istimewa daripada pihak CRI.

Alamat e-mel ialah mal@cri.com.cn atau malay@chinabroadcast.cn

Alamat surat-menyurat ialah:

BEIJING,CHINA

MALAY SERVICE, CRI-18

CHINA RADIO INTERNATIONAL

P.O.Box 4216, BEIJING

P.R.CHINA 100040

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |