v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Keempat Kuiz Pengetahuan "Masjid di China"
2006-04-19 09:46:17 CRI

                       Kuiz Pengetahuan "Masjid di China" Online

Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang terletak di barat laut China dan bersempadan dengan lapan buah negara. Daerah tersebut amat penting dalam "Laluan Sutera" pada zaman kuno dalam sejarah China. Pada masa kini, Wilayah Xinjiang tersebut masih memainkan peranan sebagai jambatan yang menghubungkan antara negara China dengan negara-negara luar di barat laut China. Terdapat 12 etnik minoriti dan bangsa Han di Xinjiang, antaranya bilangan penduduk etnik minoriti telah menduduki 59.39% daripada bilangan keseluruhan penduduk di wilayah tersebut. Etnik-etnik minoriti di Xinjiang termasuklah etnik Uygur, etnik Hui, etnik Kazak dan lain lain.

Oleh sebab sejumlah besar daripada etnik tersebut beragama Islam, maka seni bina dan reka bentuk masjid di sini mempunyai keunikan tersendiri berbanding dengan masjid di kawasan lain di seluruh China. Terlebih dahulu kami memperkenalkan sebuah masjid yang amat masyhur, iaitu Masjid Aitigaer. Masjid itu bukan sahaja merupakan masjid yang paling besar di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang, malahan juga merupakan masjid terbesar di seluruh China. Dewan solat masjid itu boleh menampung lebih daripada empat ribu umat Islam bersembahyang secara berjemaah pada satu-satu masa. Masjid ini seolah-olah menjadi pusat aktiviti keagamaan bagi umat Islam di seluruh Wilayah Xinjiang. Masjid yang sungguh besar ini dibina pada tahun 1442. Sehingga kini masjid ini telah beberapa kali dibaiki. Masjid tersebut telah disenaraikan sebagai peninggalan penting di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang.

 

Masjid Aitigaer di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China

Kalau dibandingkan dengan masjid di tempat lain di China, masjid di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh sebab kebanyakan etnik di Xinjiang beragama Islam, maka penempatan umat Islam pelbagai etnik adalah lebih memusat dan menjadikan masjid di sini juga lebih banyak dan lebih bertumpu. Contohnya seperti bandar Keshi, bilangan umat Islamnya telah mencapai 173 ribu orang, manakala enam ribu buah masjid terdapat di bandar tersebut. Boleh dikatakan bahawa setiap kiri kanan jalan di bandar itu terdapat sebuah atau beberapa buah masjid. Hal ini menjadikan keperluan kehidupan beragama rakyat dapat dipenuhi dengan baik. Taburan masjid yang begitu banyak merupakan keunikan bagi keadaan masjid di kawasan seperti ini.  

Bangunan Masjid di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang selalunya tidak berbentuk simetri atau mempunyai paksi di tengah-tengah sesebuah bangunan. Kemudahan-kemudahan di masjid Xinjiang walaupun ringkas tetapi sangat berguna. Biasanya terdapat sebuah pintu gerbang di hadapan bangunan masjid. Selepas melintasi pintu gerbang itu akan kelihatan dewan solat yang besar. Kurang terdapatnya bangunan di sekitar dewan. Selalunya masjid yang kecil mempunyai rumah untuk kediaman Imam sahaja, manakala masjid yang besar mempunyai sebuah sekolah agama.

Masjid di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang, sama ada besar atau kecil, kesemuanya sangat mementingkan perhiasan pada pintu gerbang. Biasanya di sekeliling pintu gerbang itu dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Qran. Biasanya terdapat dua menara tajam di sebelah kiri dan kanan yang bersambung dengan pintu gerbang itu. Menara cerapan bulan di masjid di kawasan lain biasanya diperbuat daripada kayu, tetapi menara masjid di Xinjiang kebanyakannya dibina daripada batu bata. Batu bata itu diukir dengan pelbagai corak. Seni bina reka bentuk masjid di Xinjiang lebih mendekati reka bentuk Arab kalau berbanding dengan masjid di kawasan lain di seluruh China.

  

Selain itu, bumbung dewan solat bagi masjid di Xinjiang kebanyakannya adalah rata. Biasanya dewan solat terdiri daripada dua bahagian, iaitu dewan bahagian luar dan dewan bahagian dalam. Dewan bahagian luar mempunyai cucur atap. Atapnya itu adalah rata, sesuai dengan cuaca di Xinjiang yang kering dan berangin kencang yang menerbangkan pasir. Dewan bahagian luar selalu digunakan untuk bersolat pada musim panas manakala dewan bahagian dalam lebih sesuai untuk bersembahyang semasa cuaca dingin pada musim sejuk.

Seni perhiasan masjid-masjid di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang penuh dengan keunikan etnik Uygur. Cara untuk menjadikan keunikan perhiasan tersebut termasuklah kayu dan batu bata yang berukir serta lukisan yang berwarna-warni. Masjid yang paling tepat mewakili seni perhiasan seperti ini ialah Menara Su Gong di Turpan. Menara itu dibina pada zaman Dinasti Qing semasa pemerintahan Maharaja Qianlong, iaitu tahun 1777. Menara tersebut berbentuk kerucut dan diperbuat daripada batu bata. Tingginya 44 meter. Batu bata yang digunakan untuk membina menara itu mempunyai pelbagai corak supaya menara itu kelihatan sangat cantik. Menara tersebut merupakan salah sebuah binaan yang paling unggul dalam seni bina bangunan masjid. Dapatlah dikatakan bahawa masjid batu bata yang sungguh menakjubkan itu dan cara penurapan batu bata tersebut merupakan sumbangan terbesar dalam pembinaan Islam di China dan juga merupakan sumbangan orang Islam di Xinjiang dalam sejarah pembinaan China.

Menara Su Gong di Turpan Xinjiang

Seni perhiasan masjid di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang amat berkait rapat dengan kehidupan sebenar rakyat tempatan. Penduduk etnik Uygur telah biasa menanam pokok buah-buahan dan bunga-bungaan di halaman masing-masing. Oleh sebab itu kebiasaan kehidupan harian tersebut secara beransur-ansur diterapkan dalam seni perhiasan bangunan masjid. Di samping itu, etnik Uygur pernah menerima pengaruh daripada agama Buddha, puak Jing daripada agama Kristian, kepercayaan Animisme yang pernah disebarkan dalam kalangan rakyat terutama di kawasan utara negara China dan kepercayaan-kepercayaan lain. Sehubungan dengan itu, ciri-ciri bangunan agama-agama tersebut juga telah dipelajari oleh juruhias dalaman Uygur walaupun mereka telah memeluk agama Islam pada akhirnya. Selain pelbagai corak ukiran pada bangunan masjid, lukisan yang berwarna-warni juga dicipta untuk menghiaskan bangunan masjid. Objek-objek lukisan tersebut termasuklah pokok-pokok buah yang subur, buah-buahan seperti delima, anggur, tembikai dan sebagainya, bunga yang berwarna-warni dan barang-barang harian seperti kendi, vas, pasu bunga dan lain-lain. Kesemua ini telah diserapkan ke dalam lukisan perhiasan bangunan masjid. Jika saudara mempunyai kesempatan, melanconglah ke Xinjiang agar saudara dapat melihat masjid-masjid di sini dengan mata kepala sendiri dan menyaksikan kehidupan penduduk tempatan. Saudara pasti akan berasa kagum akan kecintaan rakyat di Xinjiang terhadap alam semula jadi dan kehidupan mereka.

Saudara pendengar, sampai sini kami telah memperkenalkan keunikan masjid di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China. Seterusnya kami kemukakan soalan untuk saudara jawab.

Soalan:

Apakah masjid yang terbesar di negara China? Di manakah letaknya masjid tersebut?

A, Masjid Aitigaer di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang di China

B, Masjid Niujie di Beijing

Sila kirimkan jawapan saudara kepada kami. Kami juga mengalu-alukan saudara mempelawa rakan-rakan saudara menyertai aktiviti kuiz pengetahuan. Jika saudara mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan terhadap kuiz pengetahuan kali ini, saudara dialu-alukan memberitahu kami.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |