v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengumuman Awal Kuiz Pengetahuan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 Penubuhan CRI

2006-05-15 10:50:01 CRI

Usaha siaran radio China kepada luar negara telah memasuki tahap yang dinamik selepas berkembang selama 65 tahun.

65 tahun yang lalu, satu gelombang elektrik yang halus telah menghantar suara China dari Yan'an, tempat asal revolusi China ke seluruh dunia. Semenjak itu suara tersebut terus berkembang. Dari "Radio Xinhua Yan'an"?"Radio Beijing" hinggalah "Radio Antarabangsa China" iaitu CRI sekarang. Negara China yang begitu berkembang dan terbuka ini semakin diketahui, difahami dan disukai ramai pendengar dari seluruh dunia melalui radio ini.

3 hb Disember tahun ini merupakan hari ulang tahun ke-65 penubuhan CRI. Untuk menyambut "hari ulang tahun" CRI, pihak CRI akan menganjurkan rancangan Kuiz Pengetahuan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 Penubuhan CRI supaya saudara pendengar lebih mengetahui sejarah perkembangan CRI dalam tempoh 65 tahun. Rancangan yang terdiri daripada 4 siri tersebut akan disiarkan dalam ruangan "Salam Muhibah" pada 16 Jun tahun ini. Saudara juga dapat mengikuti rancangan ini dengan melayari laman web CRI dalam bahasa Melayu.

Sama seperti kuiz pengetahuan yang lain yang lalu, kami akan mengeluarkan dua soalan pada akhir setiap rancangan untuk saudara jawab. Aktiviti kuiz pengetahuan ini akan selesai disiarkan sehingga 1 hb September tahun ini. Dalam tempoh sepanjang lebih kurang tiga bulan ini saudara pendengar boleh menyertai kuiz pengetahuan tersebut melalui surat atau e-mel. Kami akan memilih pemenang pertama, kedua dan ketiga serta pemenang istimewa daripada para pendengar yang menjawab kesemua soalan. Pemenang istimewa akan dijemput melawat ke China secara percuma selama seminggu di samping menyertai aktiviti sambutan ulang tahun ke-65 penubuhan CRI yang akan diadakan di Beijing.

Semoga saudara berjaya dalam kuiz pengetahuan kali ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |