v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Kedua Kuiz Pengetahuan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 CRI: CRI Semakin Berkembang Pada Zaman Moden
2006-06-26 08:59:52 CRI

Pada penghujung tahun 1970-an, China mula melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Seiring dengan itu, CRI juga melangkah ke laluan yang lebih terbuka dan berkembang maju serta pengaruhnya juga semakin meluas.

Majalah Radio-Kurier Jerman menyanjung tinggi siaran bahasa Jerman CRI sebagai "angin segar dari China yang jauh", dan menggelarkan CRI sebagai "radio yang digemari". Manakala, Persatuan Kelab Radio Amerika Utara menilai CRI sebagai "radio yang terbesar di dunia".

Penyunting kanan CRI, Encik Wang Zuozhou pernah dianugerahkan hadiah penyunting berita tertinggi China. Beliau yang kini berusia 75 tahun mula berkhidmat di CRI pada awal tahun 1960-an. Ekoran daripada keunggulan tugasnya, beliau telah terpilih menjadi salah seorang wartawan CRI yang julung kalinya dihantarkan bertugas di luar negara.

"Bermula pada hari pertama selepas biro wartawan ditubuhkan, kami terus melakukan tugas tersebut, iaitu berkejar ke tempat kejadian berita dan mengatasi pelbagai kesukaran. Dengan ini, kami dapat menyiarkan berita dengan lebih cepat dan tepat. Misalnya, saya pernah membuat liputan terhadap pemeteraian Perjanjian Perdamaian Afghanistan di Geneva. Sebaik sahaja selepas 20 minit upacara pemeteraian tersebut selesai, berita kami telah pun disiarkan," katanya.

Encik Wang Zuozhou, penyunting kanan CRI

Pada tahun 1980, CRI mula menubuhkan biro-biro pemberita di luar negara. Biro-biro pemberita yang paling awal ditubuhkan CRI adalah di Tokyo, Jepun dan Belgrade, Yogoslavia.

Antara pemberita-pemberita CRI ke luar negara, Puan Liu Suyun amat dikagumi dan dihotmati atas tugasnya yang luar biasa. Beliau pernah memegang jawatan sebagai wartawan CRI di Baitulmuqaddis, dan banyak melaporkan berita tentang konflik antara Palestin dengan Israel.

"Pada bulan Oktober tahun 2000, konflik baru tercetus antara Palestin dengan Israel di kawasan Gaza dan Tebing Barat Sungai Jordan. Kami telah pergi ke Gaza dengan membawa bendera kebangsaan China. Pada masa itu, kami menyaksikan seorang penduduk Palestin ditembak dan terjatuh. Disebabkan jarak orang itu hanya beberapa meter dari kami, maka saya berasa bahawa kematian amat hampir dengan kami, dan berkemungkinan akan berlaku pada kami. Dalam tempoh beberapa tahun selepas itu, pengalaman seperti itu sudah menjadi biasa kepada saya," katanya.

Puan Liu Suyun, pemberita CRI yang bertugas di luar negara

Kini, terdapat 29 buah biro pemberita CRI di seluruh dunia.

CRI menyiarkan rancangan dalam 43 jenis bahasa ke seluruh dunia, jam penyiaran pada setiap hari melebihi 1100 jam. CRI telah menjadi radio antarabangsa yang ketiga terbesar di dunia sama ada dari segi jenis bahasa, jam penyiaran, ataupun jumlah penerimaan surat pendengar.

Selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China, semakin ramai warga asing datang ke China sama ada untuk bekerja, belajar, melancong atau berniaga. Pada tahun 1984, CRI telah menganjurkan siaran bahasa Inggeris yang dinamakan Easy FM di Beijing bagi memudahkan warga asing yang tinggal di China memahami dasar China dan mengetahui China dengan tepat. Siaran itu juga memberi manfaat kepada penduduk China untuk mempelajari bahasa Inggeris serta mendapat maklumat dalam aspek-aspek kebudayaan, pendidikan, sains dan teknologi dan sebagainya. Penyunting utama Easy FM, Puan Wang Lu amat berbangga apabila menyebut siaran mereka.

"Boleh dikatakan Easy FM merupakan siaran berbahasa Inggeris yang paling profesional dan berwibawa di China sehingga kini. Kami merupakan peneraju di seluruh China sama ada dari segi taraf muzik ataupun taraf bahasa Inggeris,"" katanya.

Puan Wang Lu, penyunting utama siaran Easy FM (pertama dari kiri)

Seiring dengan perkembangan teknologi internet, CRI telah menubuhkan laman web "CRI Online" pada tahun 1998. Laman web tersebut menyediakan berita dan maklumat dalam 43 jenis bahasa dan menawarkan siaran dalam talian dengan 48 jenis bahasa.

Kakitangan CRI yang pandai berbahasa asing juga turut menterjemahkan sejumlah besar karya asing termasuk novel, filem dan drama daripada bahasa asing ke bahasa Mandarin supaya rakyat China lebih mengetahui kebudayaan negara-negara lain. Di samping itu, beberapa karya China yang terkenal juga turut diterjemahkan kepada bahasa asing untuk memperkenalkan kebudayaan China ke seluruh dunia. 

Encik Lu Shuilin daripada bahagian bahasa Urdu telah dianugerahkan "pingat perkhidmatan cemerlang" oleh kerjaan Pakistan pada tahun 1997

Sebahagian kakitangan CRI telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang pertukaran kebudayaan antara China dengan negara-negara lain. Oleh sebab itu mereka telah dianugerahi reputasi yang tinggi oleh kerajaan negara yang berkenaan. Encik Lu Shuilin daripada Bahagian Bahasa Urdu CRI merupakan salah seorang daripadanya. Beliau dianugerahkan "Pingat Perkhidmatan Cemerlang" oleh kerajaan Pakistan pada tahun 1997.

"Kerja yang telah saya lakukan secara tidak langsung telah mendorong perkembangan hubungan antara China dengan Pakistan dalam bidang kebudayaan. Sebenarnya perkara inilah juga yang menjadi harapan saya sendiri," katanya.

Dua soalan dikemukakan berdasarkan artikel tersebut:
1, Berapakah biro pemberita CRI yang telah ditubuhkan di seluruh dunia sehingga kini?
A 29
B 43
2, Berapakah jenis bahasa yang digunakan oleh CRI setiap hari untuk disiarkan ke seluruh dunia?
A 48
B 43 

Sila kirimkan jawapan saudara ke alamat Malay Service, CRI-18, China Radio International, P.O.Box 4216, Beijing, P.R.China. Postcode 100040.

Alamat e-mel kami ialah malay@chinabroadcast.cn

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |