v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Ketiga Kuiz Pengetahuan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 CRI: Perkembangan Selanjutnya CRI Pada Masa Depan
2006-07-05 16:15:44 CRI

Semenjak ditubuhkan, Radio Antarabangsa China (CRI) telah memikul tanggungjawab untuk memperkenalkan China ke seluruh dunia. Ramai pendengar telah mengenali China melalui siaran CRI.

Pada masa lalu, pendengar hanya dapat mengikuti siaran CRI melalui gelombang pendek. Kini, keadaan tersebut telah berubah.
Pada 27 Februari 2006, radio FM 91.9 CRI di Nairobi, ibu negara Kenya telah memulakan siarannya secara rasmi. Ini merupakan radio FM CRI yang pertama di luar negara. Dengan adanya radio FM di Nairobi tersebut, CRI dapat lebih mendekati pendengar-pendengar di Kenya.

Presiden CRI, Encik Wang Gengnian telah mengetuai delegasi CRI ke Nairobi untuk menghadiri majlis perasmian. Beliau berkata CRI akan terus berusaha untuk membina stesen-stesen radio FM dan gelombang sederhana di luar negara.

"Dalam jangka masa lima tahun yang akan datang, kami akan mewujudkan sebanyak 50 hingga 100 buah stesen radio FM dan gelombang sederhana di luar negara, di samping terus meningkatkan mutu siaran kami. Kami berharap agar pengaruh siaran CRI terus diperluas dan mendekati para pendengar supaya masyarakat antarabangsa lebih mengetahui dan memahami China," kata Encik Wang Gengnian.

Presiden CRI, Encik Wang Gengnian

Stesen Radio FM 91.9 CRI di Nairobi, ibu kota Kenya
memulakan siarannya secara rasmi pada 27 Februari 2006.

Seiring dengan perkembangan teknologi internet, CRI juga memulakan siaran dalam talian di samping terus memperkembang siaran radio. Kini, saudara boleh melayari laman web CRI iaitu "CRI Online" menerusi alamat cri.cn untuk mengikuti rancangan kami yang terkini. Selain itu, saudara juga boleh mengetahui maklumat-maklumat tentang China melalui laman web tersebut.

Kini, CRI menyiarkan rancangan dalam talian selama 210 jam setiap hari melalui laman web "CRI Online". Manakala, pada setiap hari, seramai 8 juta orang pengguna internet melayari laman web kami.

Naib Ketua Penyunting CRI merangkap Ketua Penyunting laman web "CRI Online", Encik Ma Weigong menyatakan bahawa "CRI Online" lebih tertumpu kepada perkembangan siaran dalam talian yang terdiri daripada video, audio, gambar dan tulisan.

Naib Ketua Penyunting CRI merangkap Ketua Penyunting laman web "CRI Online", Encik Ma Weigong

Selain memperkenalkan China ke luar negara, CRI juga memikul tanggungjawab untuk memperkenalkan dunia kepada rakyat China. CRI juga menyediakan siaran radio FM dalam negeri, termasuk Radio Berita CRI, EASY FM, HIT FM dan Radio Pengajaran Bahasa Asing untuk menyampaikan berita terkini dalam dan luar negara, muzik pop serta maklumat-maklumat lain. Siaran tersebut boleh didengar di puluhan buah bandar di China seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou, Dalian dan Xiamen, dan sangat disukai orang ramai.

Selain itu, CRI juga menyediakan program TV mengenai berita antarabangsa selama lebih 5 jam sehari kepada lebih 300 stesen dan saluran TV di seluruh negara.

Akhbar Berita Dunia yang dianjurkan oleh CRI dengan menyiarkan berita-berita antarabangsa dalam bahasa Mandarin, diedarkan ke seluruh negara. Isi kandungannya meliputi politik, ekonomi, kebudayaan, sukan, pendidikan, sains dan teknologi, masyarakat dan sebagainya.

"Matlamat CRI pada masa depan adalah untuk berusaha menjadi sebuah media yang moden, bersepadu dan mempunyai siaran radio, siaran dalam talian dan multimedia yang lain. Sebagai sebuah jendela komunikasi antara China dengan negara-negara lain, CRI akan berusaha supaya pendengar luar negara mengenali China dengan baik, dan rakyat China lebih mengetahui hal-ehwal dunia," kata Presiden CRI, Encik Wang Gengnian.

Dua soalan dikemukakan berdasarkan artikel tersebut:
1, di negara manakah CRI menubuhkan stesen radio luar negara yang pertama?
A Nairobi, Kenya
B Tokyo, Jepun
2, apakah nama laman web yang dianjurkan oleh CRI?
A Easy FM
B CRI Online 

Kami mengalu-alukan penyertaan saudara dalam aktiviti kuiz pengetahuan yang dianjurkan oleh CRI. Saudara boleh mengirimkan jawapan saudara melalui surat atau e-mel. Alamat kami ialah Malay Service, CRI-18, China Radio International, P.O.Box 4216, Beijing, P.R.China. Poskod 100040. Alamat e-mel kami ialah malay@chinabroadcast.cn atau mal@cri.com.cn

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |