v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Keempat Kuiz Pengetahuan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 CRI: Kisah Para Pendengar CRI Yang Terharu
2006-07-07 10:06:22 CRI

Tidak lama dahulu, sebuah tabung kornea mata yang terkenal di dunia yang terletak di Sri Lanka telah menerima satu permohonan derma yang istimewa. Penderma tersebut bernama Indrananda Abeysekara yang berasal dari Colombo, ibu negara Sri Lanka. Beliau menegaskan bahawa beliau berharap agar korneanya didermakan kepada salah seorang warga China. Apabila ditanya sebabnya, beliau berkata: "Saya ialah seorang pendengar setia CRI. Melalui siarannya saya mengetahui dan mencintai China."

Encik Indrananda Abeysekara juga merupakan Pengerusi Persatuan Pendengar CRI di Sri Lanka. Selama ini beliau berusaha untuk mendorong komunikasi antara Sri Lanka dengan China. Dengan usaha beliau, Bandar Changsha di Provinsi Hunan China dan Bandar Kaludara di Sri Lanka telah menjalinkan hubungan sebagai bandar persahabatan. Di samping itu, kini jumlah kelab pendengar CRI di Sri Lanka telah melebihi 700 buah di bawah sumbangan beliau.

Encik Indrananda telah dianugerahi "Hadiah Persahabatan" oleh kerajaan China dan "Hadiah Duta Persahabatan Sri Lanka" oleh Persatuan Persahabatan Luar China. Beliau juga turut ditemui dan dipuji oleh Presiden China, Hu Jintao dan pemimpin-pemimpin China yang lain. 

Encik Indrananda Abeysekara, Pengerusi Persatuan Pendengar CRI di Sri Lanka

CRI mempunyai ramai pendengar setia seperti Encik Indrananda di seluruh dunia. Encik Alejandro Bronchales yang berasal dari Spanyol juga telah biasa mendengar siaran radio CRI pada setiap malam.

"Saya suka mendengar semua rancangan CRI. Antaranya, rancangan kemasyarakatan, kebudayaan dan pelancongan sangat bagus. Khasnya rancangan untuk para pendengar, saya mengikutinya setiap minggu kerana pada pandangan saya, rancangan ini merupakan jambatan persahabatan antara saya dengan CRI. Siaran CRI telah menunjukkan negara China yang unik dan kebudayaan yang unit," katanya. 

Di Amerika Syarika, Ahli Dewan bandar New Castle, Encik Bill Thorkildsen telah menjadi pendengar setia CRI selama lebih sepuluh tahun. Beliau selalu memperkenalkan maklumat mengenai China daripada CRI kepada warga bandarnya. Pada bulan Mac tahun yang lalu, rombongan bandar Nanning China telah berjaya mengadakan lawatan muhibah ke bandar New Castle di bawah usaha beliau.

Encik Bill Thorkildsen di Lapangan Tian'anmen, Beijing.

Para pendengar telah beransur-ansur mengetahui dan mencintai China melalui siaran radio CRI. Mereka menunjukkan rasa sukacitanya kepada rancangan CRI melalui surat dan e-mel di samping mengemukakan pandangan dan cadangan yang berharga kepada pihak CRI.

Siaran bahasa Swahili CRI mempunyai ramai pendengar di Kenya, Tanzania, Uganda, Burundi serta negara-negara yang lain di Afrika. Kakitangan Bahagian Bahasa Swahili CRI, Encik Huang Yanling berkata: "Para pendengar menulis surat kepada kami dengan aktif, ada yang menulis surat kepada kami setiap hari. Selain itu, mereka juga memberikan pandangan tentang rancangan kami. Sokongan dan perhatian pendengar merupakan galakan besar bagi usaha kami."

Rancangan "Bahasa Mandarin di Udara" merupakan rancangan CRI yang paling unik. Sejumlah besar pendengar dapat menguasai bahasa Mandarin melalui rancangan tersebut.

Pendengar CRI di Jepun, Puan Sakurai Kimiko pernah melanjutkan pengajian bahasa Mandarin di China selama dua tahun. Selepas pulang ke Jepun, beliau terus mengikuti ruangan "Bahasa Mandarin di Udara" untuk meningkatkan taraf penguasaan bahasa. Sekarang beliau menjadi pensyarah bahasa Mandarin di pelbagai kolej di Jepun dan penuntut-penuntutnya juga turut suka akan rancangan CRI.

"Saya dan penuntut saya pasti akan mengunjungi CRI setiap kali ke Beijing. Kami berbual-bual dengan kakitangan Bahagian Bahasa Jepun. Kadang-kadang kami guna bahasa Mandarin, kadang-kadang kami bertutur bahasa Jepun. Suasana amat meriah. Selepas kami kembali ke Jepun, penuntut saya akan memberitahu kawan lain betapa baik dan menariknya ibu pejabat CRI. Maka penuntut saya yang lain juga berharap agar dapat mengunjung ke CRI," kata Puan Sakurai Kimiko.

 Di tingkat dua bangunan ibu pejabat CRI, terdapat sebuah ruangan yang luas untuk mempamerkan hadiah dan cenderamata kenang-kenangan serta surat-surat daripada para pendengar di seluruh dunia. Antaranya terdapat ukiran istimewa dari Afrika, anak patung yang diperbuat daripada kelapa dari Jepun, alat muzik yang diperbuat daripada bambu dari Vietnam, model Menara Eiffel dari Perancis dan sebagainya.

Ketua Bahagian Perhubungan Pendengar CRI, Puan Shi Li berkata, jumlah pendengar CRI semakin bertambah dalam tempoh selama 65 tahun kebelakangan ini.

"Selepas perkembangan CRI selama 65 tahun, pendengar kita kini berada di seluruh dunia. Kelab pendengar CRI juga terus berkembang. Sehingga sekarang, CRI telah mempunyai sebanyak 3600 buah kelab pendengar di luar negara. Kami menganjurkan pelbagai aktiviti untuk pendengar setiap tahun bagi bertukar-tukar pandangan dan berkomunikasi antara satu sama lain. Pada tahun 2005, jumlah penerimaan surat daripada pendengar CRI telah mencapai 2.17 juta pucuk," katanya.

Dua soalan dikemukakan berdasarkan artikel tersebut:
1, Berapakah kelab pendengar CRI di luar negara sekarang?
A. 3600
B. 700
2, Berapakah jumlah penerimaan surat pendengar CRI pada tahun 2005?
A. 1.18 juta
B. 2.17 juta

Sekianlah siri terakhir kuiz pengetahuan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 Penubuhan CRI. Kami mengalu-alukan saudara menyertai aktiviti kuiz pengetahuan ini. Kami juga berharap agar saudara memberitahu pandangan saudara tentang kuiz ini atau CRI. Apakah cerita yang berlaku antara saudara dengan CRI? Apakah harapan saudara terhadap CRI untuk masa depan? Jika tidak keberatan, sudilah kiranya saudara memberitahu kami. Kami menantikan balasan daripada saudara.

Alamat kami ialah Malay Service, CRI-18, China Radio International, P.O.Box 4216, Beijing, P.R.China. Postcode 100040. Alamat e-mel kami ialah malay@chinabroadcast.cn atau mal@cri.com.cn

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |