Salam Sejahtera! Aktiviti Kuiz Pengetahuan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 Penubuhan CRI yang bermula dari bulan Jun tahun ini telah diselesaikan dengan jayanya. Para pendengar yang berasal dari Malaysia, Negara Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia dan Australia serta Bengal telah menyertai aktiviti kuiz pengetahuan tersebut. Bagi pihak semua staf bahagian bahasa Melayu CRI, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan sokongan saudara dan diharapkan saudara pendengar akan terus menyokong usaha kami.
Jawapan yang tepat tentang kuiz pengetahuan tersebut telah diumumkan dalam "Ruangan Salam Muhibah" yang disiarkan pada minggu lalu. Sekiranya saudara ada sebarang pertanyaan atau pandangan, sila kirimkan surat atau hantarkan e-mel saudara kepada kami.
Seterusnya kami mengumumkan pemenang-pemenang kuzi pengetahuan tersebut. Pendengar yang menduduki tempat pertama ialah Puan Roslinah Binti Rastim yang berasal dari Kuala Lumpur Malaysia.
Pendengar yang menduduki tempat kedua termasuk saudara Seow Yuening dari Malaysia dan Suwito dari Indonesia.
Pendengar yang menduduki tempat ketiga termasuk Khairol Azri B. HJ.MD.Kassim dari Negara Brunei Darussalam dan Zakaria Bin Saleh dari Malaysia serta Eddy Setiawan dari Indonesia.
Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pendengar kerana menyertai kuiz pengetahuan kali ini.
|