v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

CRI  Lebih Dikenali Warga Malaysia Melalui Rancangan "Syahadah" Daripada RTM
2006-10-18 16:30:31 CRI

Baru-baru ini kami menerima banyak surat dan E-mel dari Malaysia. Semua surat dan e-mel ini adalah untuk menyampaikan salam perkenalan kepada semua staf Bahagia Bahasa Melayu CRI. Kami baru mendapat tahu mereka mengenali CRI kerana memonton satu rancangan khas daripada RTM iaitu "Syahadah" yang telah disiarkan di TV1 di Malaysia. Kami berasa sangat gembira kerana dapat mengenali betapa ramai kawan baru dari Malaysia. Oleh sebab itu, kami khusus menganjurkan rancangan  ini supaya kami dengan ikhlas mengucapkan terima kasih dan salam perkenalan kepada semua kawan baru yang dari Malaysia.

   

 

Gambar-gambar tersebut diambil semasa RTM melawat di CRI

Di sini, kami juga telah memetik beberapa pucuk surat mereka.

Saudara Mohd. Aizuddin Elias dalam emelnya berkata: "Saya baru mendapat tahu tentang segmen bahasa Melayu CRI setelah memonton rancangan "Syahadah"di TV1. Saya berbangga dengan pencapaian CRI dan berharap CRI akan terus berusaha untuk memperbaiki kualiti penyampaian di dalam website berbahasa Melayu kerana saya percaya banyak lagi harus diperbaiki misalnya dari segi penggunaan bahasa dll. Saya sendiri pernah menetap di Beijing selama 3 tahun (1996-1998)… Selamat Maju!"

Saudara Maslinda dalam mesejnya berkata: "Salam sejahtra kepada anda semua, saya telah mengetahui mengenai rancangan CRI berbahasa Melayu melalui salah satu rancangan tempatan di Malaysia iaitu "Syahadah" yang disiarkan baru-baru ini. Saya merasa amat teruja apabila mengetahui terdapat rancangan berbahasa Melayu di China. Tahniah saya ucapkan kepada anda semua kerana dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Saya ingin mengetahui adakah rancangan ini dapat juga didengar di Malaysia? Jika ya, apakah frekuensinya di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur? Akhir sekali saya ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan CRI yang beragama Islam dan selamat maju jaya kepada anda semua."

Rafidah bt Abd. Aziz mengemukakan mesejnya bahawa"Saya dari Malaysia. Saya belum lagi mendengar secara langsung tetapi saya baru sahaja melayari laman web CRI yang saya perolehi dari rancangan Syahadah yang telah membuat liputan di China. Saya masih samara mengenai bagaimana saya dapat mengikuti siaran CRI. Adakah melalui radio atau melalui internet sahaja? Saya harap dengan wujudnya radio ini dapat mendekatkan hubungan masyarakat di Nusantara dan China."

Yusoff Ismail memberikan mesejnya bahawa"Saya pertama kali mendengar siaran Bahasa Melayu dari Beijing secara tidak sengaja dalam hutan di Malaysia. Saya adalah seorang Ahli Kajibumi dan sering menjalankan eksplorasi di dalam hutan. Saya sangat seronok mendengar siaran tersebut. Pada mulanya saya sangka orang Melayu yang digaji oleh radio ini untuk membaca berita-berita tersebut. Melalui rancangan Syahadah TV1 baru saya tahu yang penyampainya adalah orang China sendiri. Saya cukup kagum dengan orang asing yang dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik sekali. Tahniah pada anda semua dari CRI! Teruskan usaha yang baik ini."

Puan Zanariah Mahyun berkata dalam mesejnya bahawa: "Kepada semua penyiar, Syabas dan tahniah diucapkan kerana memberikan banyak maklumat tentang China dalam laman web anda. Sebenarnya inilah kali pertama saya melayari laman web ini. Saya mendapat maklumat adanya CRI setelah menonton satu rancangan RTM dan melihat sahabat saya yang sudah lama tidak dihubungi iaitu Puan Habibah Mohd. Samin. Sampaikan salam saya untuk beliau dengan ucapan Selamat Berpuasa dan Berhari Raya."

Kami sangat gembira kerana menerima betapa banyak surat dari Malaysia dan kami juga berasa amat bangga kerana saudara-saudari tersebut telah memuji kecapaian kami. Bagi semua kakitangan serta Puan Habibah, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana memberi perhatian kepada kami dan mengemukakan pelbagai cadangan dan pandangan ke atas rancangan kami. Kami akan berusaha dengan sedaya upaya untuk meningkatkan kualiti penyampaian kami, di samping itu kami juga akan terus menyampaikan lebih banyak rancangan yang menarik supaya memperkayakan isi kandungan laman web kami. Kami berharap saudara juga terus menyokong usaha kami. Semoga perhubungan antara kita dieratkan dengan selanjutnya sehingga kita menjadi sahabat baik.

Kami menyangka mungkin terdapat sebahagian pendengar adalah baru mengikuti rancangan CRI, sehubungan dengan itu, seterusnya saya akan memperkenalkan sedikit sebanyak tentang CRI dan bahagian bahasa Melayu.

Radio Antarabangsa China atau China Radio International CRI ditubuhkan pada 3 Disember tahun 1941 dan merupakan satu-satunya stesen radio China yang menyiarkan rancangan ke luar negara. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 penubuhan CRI. Kini CRI telah menyiarkan rancangan dengan menggunakan 43 jenis bahasa asing. Terdapat sebanyak 27 buah pejabat pemberita CRI di seluruh dunia. Dengan ini CRI dapat memiliki jaringan maklumat yang luas. Selain itu CRI telah mempunyai 3600 buah kelab pendengar yang terdiri daripada peminat-peminat rancangan CRI di seluruh dunia.

Siaran bahasa Melayu CRI pertama kali disiarkan pada 1 Mac tahun 1959 melalui gelombang pendek. Pendengar yang tinggal di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Selatan Thailand boleh mengikuti rancangan kami. Siaran kali pertama disiarkan pada 5:30 petang setiap hari dan berulang sekali lagi pada 8:30 petang. Isi kandungan rancangan kami bermacam-macam termasuk politik, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya.

Sebahagian kakitangan Bahagian Bahasa Melayu CRI

Laman web bahasa Melayu CRI dibuka secara rasminya pada 1 Oktober tahun 2003. Saudara boleh melayari laman web ini pada apa-apa masa. Laman web tersebut mengandungi berita, recana semasa dan kesemua rancangan khas. Saudara boleh dengan sesuka hatinya membaca berita, mendengar siaran rancangan secara online, menulis mesej kepada kami, menyertai kuiz pengetahuan dan lain lain.

Sesama Bahagian Bahasa Melayu ditubuhkan, kami telah mendapat sokongan daripada DBP Malaysia dalam bidang penghantaran pakar bahasa yang unggul. Pakar bahasa boleh membantu kami membetulkan kesalahan penyampaian perkataan dan juga boleh mengemukakan cadangan berharga bagi penyiar kami. Pakar bahasa sekarang ialah Puan Habibah Mohd. Samin. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada DBP atas sokongan selama ini.

Lee Feng Min, pendengar kami yang telah menjadi pemenang kuiz pengetahun.

Gambar ini diambil ketika beliau dijemput oleh CRI untuk melawat di provinsi Guangxi.

Pada tiap-tiap tahun, pihak CRI dan bahagian bahasa Melayu sendiri akan menganjurkan kuiz pengetahuan yang mempunyai berbagai-bagai temanya. Aktiviti seperti ini telah mendapat sambutan baik daripada para pendengar sebab mereka boleh mengetahui lebih banyak pengetahuan melalui penyertaan aktiviti seperti ini. Di samping itu kami juga dengan rutinnya mengadakan aktiviti soal selidi terhadap para pendengar. Dengan cara ini, kami dapat mengambil kira pandangan para pendengar agar mengetahui keinginan dan keperluan mereka. Dan tentulah cadangan daripada para pendengar boleh membantu kami meningkatkan taraf kualiti rancangan sehingga mengemukakan rancangan yang lebih memuaskan.

Untuk memudahkan kami menghubungi saudara dan menghantarkan maklumat tentang pelbagai aktiviti CRI, sila memberitahu kami alamat surat-menyurat suadara semasa melayari laman web kami. Alamat laman web kami ialah www.cri.cn  

Akhirnya kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada saudara yang memberikan perhatian kepada kami. Selamat Berpuasa dan selamat Menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua pendengar yang beragama Islam.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |