Saudara pendengar, ketika memperkatakan provinsi Sichuan China mungkin saudara tidak mengetahui bagaimana keadaan tempat itu, tetapi jika menyebut Panda, tentulah ramai yang mengetahui binatang comel itu. Pronvinsi Sichuan, itulah habitat asal panda yang terletak di bahagian barat daya China.
Di Sichuan terdapat destinasi Jiu Zhaigou-Huanglong yang digelar sebagai "syurga di bumi" bagi para pelancong; ada tempat suci bagi penganut agama Buddha, iaitu Gunung Emei dan Gunung Leshan; ada projek tali air yang bersejarah paling lama di dunia, iaitu Dujiangyan yang sekarang masih berfungsi; ada Gunung Qingcheng, iaitu tempat suci agama Taoisme dan juga ada keajaiban dunia, tamadun Sanxingdui yang amat gemilang dalam sejarah selama 2,000 tahun tetapi terhapus secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.
Saudara pendengar, jika anda hendak mengetahui Sichuan dengan lebih menyeluruh, hendak mengetahui tempat-tempat yang menarik di Sichuan, selamat mengikui rancangan khas kami. Radio Antarabangsa China(CRI) akan menyiarkan rancangan khas bersiri Sichuan-Tempat Asal Panda bermula pada 20 November ini melalui siaran radio dan laman web kami. Pada masa yang sama, kami juga akan mengadakan kuiz pengetahuan. Kami mengalu-alukan penyertaan saudara.
Sama dengan kuiz pengetahuan CRI yang sebelum ini, kami akan mengemukakan dua soalan pada akhir setiap rencana. Kirimkanlah jawapan saudara melalui surat atau e-mel kepada kami. Kuiz pengetahuan kali ini akan ditutup pada 15 April tahun 2007. Kami telah menyediakan hadiah utama, pertama, kedua dan ketiga, antaranya pemenang hadiah utama itu akan diundang melawat Sichuan China secara percuma.
Kami berharap semoga saudara mencapai kejayaan dalam kuiz pengetahuan kali ini.
|