v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Shanghai, Bandar yang menarik di China

2006-11-21 10:43:00 CRI

Kita semua sedia maklum bahawa Ekspo China-ASEAN ke-3 yang telah diadakan di Bandar Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, China secara meriah pada minggu ini. Sejumlah 11 bandar yang menarik dari China serta negara-negara ASEAN akan mempamerkan keunikan masing-masing dalam Ekspo tahun ini. Bandar yang mempamerkan daya tarikan China ialah Shanghai, sebuah Bandar raya moden yang juga mempunyai ciri-ciri tradisional.

Dalam Ekspo tahun ini pentas pameran bagi Bandar Shanghai telah mendapat sambutan baik daripada para pengunjung. Pentas pameran Shanghai tersebut terdiri daripada dua bahagian. Sebahagian daripadanya dihiaskan seolah-olah sebuah "terowong masa" yang boleh membawa kita ke masa hadapan. Terowong ini dibina dengan menggunakan teknologi tinggi. Di sebelah lain pentas pameran ini pula ialah sebuah bangunan mini yang mempunyai ciri-ciri tradisional di Shanghai. Semasa kita berdiri di hadapan bangunan ini dan mengetuk pintu utama, seolah-olah pintu akan terbuka dengan perlahan-lahan dan kita boleh masuk ke zaman lampau di Shanghai. Pentas pameran Shanghai tersebut telah menggabungkan unsur moden dan unsur tradisi dengan baik.

Shanghai, nama ringkasnya "Hu", telah dikenali sebagai "Mutiara Timur". Bandar ini terletak di muara Sungai Yangtze yang menghadap ke laut. Jadi Shanghai merupakan sebuah bandar pelabuhan. Kedudukannya amat baik dan strategik semenjak mulai dari zaman kuno Shanghai sudah menjadi pusat perdagangan antarabangsa bagi China bahkan menjadi bandar pelabuhan yang penting di seluruh dunia. Sekarang keluasan Bandar Shanghai telah mencapai lebih kurang 6 ribu kilometer persegi. Menurut statistik tahun 2001, bilangan penduduk Shanghai telah mencapai lebih 13 juta orang.

Shanghai mempunyai empat musim setahun. Suhu puratanya sekitar 16 darjah Celsius. Musim bunga dan musim panas merupakan dua musim yang paling sesuai untuk melancong ke Shanghai. Kini taburan hutan di seluruh Bandar telah mencapai 11%. Kawasan perlindungan alam sekitar di sekeliling bandar Shanghai juga terus dibina supaya persekitaran di Shanghai dapat dikekalkan dengan baik. 

Dari sebuah kampung nelayan sehingga menjadi bandar raya peringkat antarabangsa, Shanghai telah mengalami sejarah yang panjang dan penuh dengan sukaran. Seterusnya secara ringkasnya kami memperkenalkan sejarah Shanghai. Secara rasminya Shanghai dianggap sebagai sebuah kota yang kecil pada zaman Dinasti Yuan iaitu lebih kurang pada tahun 1291. Sehingga zaman Dinasti Ming, pelbagai kedai atau perusahaan mulai menjalankan urus niaga di Shanghai. Selepas "Perang Candu" yang dicetuskan pada tahun 1840, kerajaan Dinasti Qing yang kalah dalam peperangan tersebut terpaksa menandatangani " Perjanjian Nanjing" dengan Britain. Dalam perjanjian tersebut lima kota pelabuhan termasuk Shanghai harus membuka pintunya kepada luar negara untuk kegiatan perdagangan. Sejak itu barang-barang luar negara telah dijual di tanah besar China. Selepas itu negara kuasa yang lain pada masa itu berturut-turut memasuki bandar Shanghai dan menetapkan kawasan pajakan masing-masing. Mereka dengan sewenang-wenangnya membina bangunan masing-masing. Kini bangunan-bangunan yang pelbagai reka bentuknya masih boleh dilihat di sebelah kiri dan kanan jalan Waitan di Shanghai. Sehingga Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, barulah Shanghai menuju ke era yang baru.

Adakah saudara pernah melancong ke Shanghai? Apakah pandangan saudara terhadap Shanghai? Seterusnya kami perkenalkan Jalan Waitan, destinasi yang terkenal di Shanghai. Jalan Waitan bermula dari Jambatan Waibaidu hingga ke Jalan Jinling. Panjangnya hampir 1.5 kilometer. Di sebelah timur jalan ini ialah Sungai Huangpu dan di sebelah baratnya ialah sebilangan 52 buah bangunan yang bertingkat tinggi. Reka bentuknya telah menggabungkan ciri-ciri Timur dan barat. Sekarang untuk memudahkan para pengunjung mengetahui sejarah bangunan di Waitan dan juga sejarah Shanghai pada masa itu, 23 buah bangunan di tepi Jalan Waitan itu telah digantung dengan papan tanda yang mencatatkan sejarahnya. Kerajaan bandar Shanghai juga mengadakan tindakan penghijauan secara besar-besaran di sekeliling kawasan Waitan. Kini, Waitan telah menjadi satu destinasi pelancongan yang terkenal di Shanghai. Pada waktu senja, penduduk Shanghai berolahraga di taman Waitan. Pada waktu siang pula, pelancong dari China dan luar negara bersiar-siar di Waitan. Pada waktu malam, Waitan menarik ramai pasangan kekasih.

Seterusnya kami memperkenalkan makanan yang enak di Shanghai. Hidangan Shanghai ialah salah satu hidangan tempatan yang terkenal di China. Hidangan Shanghai mengandungi keistimewaan hidangan Suzhou dan Wuxi sehingga menjadi satu sistem. Terdapat beberapa ciri yang berikut bagi hidangan Shanghai. Pertama, hidangan Shanghai mesti memilih bahan-bahan yang segar, hidangan tersebut selalunya terdiri daripada sayur-sayuran yang tepat pada musim dan pelbagai jenis ikan yang masih hidup. Yang kedua, keempat-empat musim mempunyai hidangan yang berbeza. Hidangan yang ternama termasuklah "Ayam tawar", "Ikan Sungai Songjiang" dan sebagainya. Jika saudara berpeluang melawat ke Shanghai, haruslah mencuba ya!

Selepas dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan, perkembangan Shanghai semakin maju. Ekonomi Shanghai telah meduduki tempat yang penting dalam perkembangan ekonomi China. Kalau dikatakan bahawa pada zaman lampau Shanghai membuka pintu disebabkan oleh paksaan negara kuasa asing pada masa itu, namun Shanghai hari ini dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan sahabat-sahabat luar negara supaya merasai daya tarikan bandar Shanghai.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |