Pada beberapa hari kebelakangan ini, Lee Seh Eng, seorang pendengar kita telah menghantar E-mel kepada kami. Dalam e-melnya dia berharap kami boleh menyiarkan lagu China yang bertajuk "Fengxian", "Fengxian" adalah bermakna "sumbangan". Sumbangan peribadi kepada masyarakat, negara atau seluruh dunia.
Saudara Lee Seh Eng berkata dalam suratnya bahawa:
"Dear Radio Antarabangsa China -Malay Department,
Selamat sejahtera kepada semua DJ sekalian, ini ialah kali pertama saya menulis surat melalui email, tetapi saya sering menerima surat dari CRI,
terlebih dahulu saya memperkenalkan saya, nama saya Lee Seh Eng dari Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Cuaca sejak kebelakangan ini sangat panas, walaupun saya berada di pejabat yang mempunyai hawa dingin. Kemungkinan cuaca yang tidak baik mengakibatkan mata saya sangat sakit dan orangnya berasa mengantuk. Siaran CRI di daerah saya sangat jelas jika dibandingkan dengan siaran dari negara lain. Walaupun saya sering menggunakan gelombang pendek tetapi tidak ada sebarang halangan contohnya gangguang gelombang,campuran bahasa dari siaran negara lain dan lain-lain.
Saya ingin meminta jadual waktu penyiar dalam bahasa melayu. Saya harap masa yang akan mendatang dapat mempunyai rancangan mengajar bahasa mandarin, mengajar menyayi bahasa mandarin, hakka, cantonese dan menyiarkan lagu-lagu cina. Sealin itu di rancangan yang akan mendatang dapat memperkenalkan makanan, adat resam, perayaan, tempat pelancongan, tempat penginapan, pemakanan yang tradisinol serta penganut agama islam, buddaha, kristian serta tanaman di daerah sekitar China contoh tanaman ginseng, cendawan sera tumbuhan yang jarang-jarang ditemui di negara Malaysia ataupun negara lain.
Di sini saya harap Dj boleh menyairkan lagu cina yang bertajuk "Fengxian" kerana ia sangat bermaknah kepada saya. Tetapi saya tidak tahu sama ada mempunyai judul lagu atau tidak. Terima kasih saya ucapkan."
|