v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Permintaan Lagu Olimpik

2006-11-21 15:06:40 CRI

Encik Suwito, pendengar setia CRI telah mengirimkan sepucuk surat kepada kami. Dalam suratnya beliau berkata bahawa:

"Ni Hao Melur dan semua staf bahagia bahasa Melayu Radio Antarabangsa China di Beijing…..Dalam rancangan Rentak Pop"yang dibawakan oleh Kesuma pada siaran 19 Ogos 2006 yang memperkenalkan pengumpulan lagu-lagu untuk Sukan Olimpik Beijing 2008. Lagu-lagu yang diperkenalkannya semuanya bagus dan enak didengar, namun demikian jika saya memilih di antara lagu-lagu tersebut maka saya pilih lagu yang bertema "Berkumpul di Beijing 2008" kerana syairnya mengandung kata-kata yang sesuai dengan semangat Olimpik dan tempat penyelenggaraannya iaitu Beijing."

Kami berharap ketika perasmian Sukan Olimpik ke-29 diadakan di Beijing, semua pendengar dapat berpeluang melawat ke Beijing dan menyaksikan temasya sukan Olimpik yang meriah tersebut. Seterusnya izinkan saya memperkenalkan sedikit-sebanyak tentang Lagu "Berkumpul di Beijing 2008" ini. Lagu ini dinyanyikan oleh Lin Zhixuan, penyanyi Taiwan yang terkenal. Seni kata lagu ini berbunyi bahawa "Biarkan angin bawa gelak ketawa dan bahagia kepada saudara, biarkan senyuman berada di bawah langit dan sinaran matahari……meskipun saudara berada di setiap pelosok seluruh dunia, saudara mampu merasa semangat Olimpik. One World, One Dream, Beijing mengalu-alukan rakyat sedunia. One World, One Dream, Marilah kita sama-sama berkumpul di Beijing pada tahun 2008. Selamat datang ke China!"

Saudara pendengar, sekiranya saudara ingin mendengar apa-apa lagu China, ataupun berhasrat untuk menghadiahkan lagu-lagu kepada saudara mara atau sahabat handai. Silalah memberitahu kami melalui surat atau e-mel. Kami akan memenuhi keperluan saudara dengan sedapat mungkin.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |