v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rancangan Khas Untuk Menyambut Ulang Tahun Ke-65 Penubuhan CRI

2006-11-27 18:10:54 CRI

 Click sini untuk ikuti rancangan

3 hb Disember yang akan datang merupakan ulang tahun ke-65 penubuhan CRI. Y.B Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Zainuddin Maidin semasa diwawancarankan oleh wartawan kami telah menyampaikan ucapan tahniah kepada CRI.

Sempena ulang tahun ini, Puan Aliah Binti Abdul Rahim, bekas pakar bahasa kami yang telah bertugas di CRI selama 1 tahun juga telah menyampaikan ucapan tahniah kepada kami. 

Pada 65 tahun yang lalu, satu gelombang elektrik telah menghantar suara China dari Yan'an, tempat permulaan revolusi China ke seluruh dunia. Semenjak itu usaha penyiaran ke luar negara terus berkembang. Dari "Radio Xinhua Yan'an"?"Radio Beijing" hinggalah "Radio Antarabangsa China" iaitu CRI sekarang. Negara China yang begitu berkembang dan terbuka ini semakin diketahui, difahami dan diminati ramai pendengar dari seluruh dunia melalui radio ini.

Sejak 3 hb. Disember 1941, stesen radio tersebut buat pertama kalinya memulakan siaran dalam bahasa Jepun. Walaupun bilik penyiaran pada masa itu hanyalah di sebuah gua yang kelengkapannya serba kekurangan dan kuasa pancaran radionya hanya 300 watt sahaja, namun di ruang udara wilayah China sejak hari itu sudah terdapat siaran bahasa asing kepada pendengar di luar negara.

Republik Rakyat China telah ditubuhkan pada tahun 1949. Stesen Radio Xinhua Yan'an turut berpindah ke Beijing dan bertukar namanya sebagai stesen Radio Xinhua Beijing. Yang saudara ikuti sekarang ialah rakaman semasa majlis penubuhan Republik Rakyat China yang disiarkan secara langsung oleh Radio Xinhua Beijing pada 1hb, Oktober tahun 1949.

Pada April 1950, nama siaran kami ialah "Radio Peking". Sehingga pertengahan tahun 1970-an, jumlah medium penyiaran CRI telah mencukupi 43 jenis bahasa di dunia. Bermula dari tahun 1980, beberapa buah lagi pejabat pemberita CRI di luar negara telah ditubuhkan. Kini CRI telah mempunyai 27 buah pejabat pemberita di seluruh dunia.

Untuk memenuhi keperluan perkembangan, CRI telah meneroka siaran dalam talian (online). Laman web CRI yang mengandungi pelbagai jenis bahasa telah diwujudkan pada tahun 1998. Laman web tersebut terdiri daripada 43 jenis tulisan dan 48 jenis bahasa melalui rancangan frekuensi audio dan telah menjadi laman web yang paling banyak bahasanya di seluruh China.

27 hb. Februari 2006 merupakan hari yang amat berharga dalam sejarah siaran radio China yang dipancarkan ke luar negara. Ini kerana pada hari tersebut radio siaran CRI 91.9FM yang terletak di Nairobi, ibu negara Kenya telah memulakan siarannya secara rasmi. Stesen siaran radio yang kedua juga telah ditubuhkan di Vientiane, Laos pada 19hb. Disember yang lalu.

Para pendengar CRI secara beransur-ansur mengetahui dan mencintai China melalui siaran radio kami. Mereka melahirkan rasa puas hati meraka kepada rancangan CRI melalui surat dan e-mel dan juga dengan ikhlasnya mengemukakan pandangan serta cadangan yang berharga kepada kami. Sehingga kini CRI telah mempunyai sebanyak 3600 kelab pendengar.

Bahagian kami juga mempunyai banyak pendengar setia yang sentiasa menyokong kami. Mereka memberikan perhatian yang penuh terhadap kami. Perkembangan kami tidak boleh dipisahkan dengan sokongan saudara sekalian. Menjelang perayaan ulang tahun ke-65 penubuhan CRI, sejumlah pendengar atau sahabat kami telah menyampaikan ucapan tahniah mereka kepada kami.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |