v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Pertama Kuiz Pengetahuan Pelancongan"Sichuan, Habitat Asal Panda"
2006-12-19 16:38:04 CRI

Jika saudara melancong ke Provinsi Sichuan, jangan lepaskan peluang saudara untuk melancong ke destinasi pelancongan Jiuzhaigou dan Huanglong. Tahukah saudara, apakah keunikan Jiuzhaigou dan Huanglong? Mengapa penduduk China menyifatkan kedua-dua destinasi itu sebagai "syurga di bumi"?

 

Terlebih dahulu kami  mengemukakan dua soalan. Soalan yang pertama, adakah destinasi pelancongan Jiuzhaigou mendapat nama kerana sembilan kampung etnik Tibet? Soalan yang kedua, adakah kedua-dua destinasi pelancongan Jiuzhaigou dan Huanglong tersenarai sebagai Warisan Alam Dunia? Jawapannya terdapat dalam rancangan yang berikut.

Jiuzhaigou terletak di Daerah Autonomi Etnik Tibet dan Etnik Qiang, Aba di bahagian barat Provinsi Sichuan, China, dan merupakan lembah yang panjangnya melebihi 40 kilometer. Lembah itu dinamakan Jiuzhaigou kerana terdapat sembilan kampung etnik Tibet di kawasannya.

Encik Nerohem Yam dari Israel amat berminat akan pelancongan ke pelbagai tempat di China. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, beliau telah melawati Beijing, Shanghai, Zhejiang dan Sha'anxi, dan sudah mengetahui sedikit-sebanyak adat resam dan budaya China serta menikmati pemandangan yang indah di China. Walau bagaimana pun, apabila beliau melancong ke Jiuzhaigou, beliau berasa lebih kagum akan keindahannya yang istimewa.

Beliau berkata: "Inilah tempat yang paling indah di China. Saya tidak pernah melihat pemandangan yang sebegini, kesemuanya amat istimewa."

Jiuzhaigou menjadi destinasi pelancongan yang luar biasa kerana airnya, dan air merupakan jiwa Jiuzhaigou. Di kawasan lembah Jiuzhaigou, terdapat lebih daripada 100 tasik yang berwarna-warni. Penduduk etnik Tibet tempatan menyifatkan tasik-tasik tersebut sebagai "anak laut".

Air tasik-tasik tersebut sangat jernih sehingga batu dan rumput di dalam tasik pun jelas kelihatan. Selain itu, air tasik-tasik itu juga sering berubah, ada yang biru seperti batu permata, ada yang hijau seperti jed, dan campur dengan sedikit kuning yang terang. Sebagai contoh, di Tasik Changhai, iaitu tasik yang terbesar di Jiuzhaigou, jika saudara memandang dari dekat, warna airnya hijau dan jernih, manakala, jika memandang dari jauh, warnanya menjadi biru, permukaan airnya tenang dan kelihatan bayangan gunung-gunung yang menghijau di persisiran tasik. Pemandangannya memang indah sekali.

Selepas menikmati pemandangan tasik-tasik di Jiuzhaigou, Encik Morishita Sadamasa dari Jepun memberi sanjungan bahawa,"Saya pernah menonton program TV mengenai Jiuzhaigou di Jepun, tetapi selepas saya berada di sini, melihat pemandangan yang sebenar, ini lebih indah daripada apa yang ditunjukkan dalam program TV. Di Jepun juga terdapat tasik-tasik yang seperti ini, tetapi, tasik di Jiuzhaigou lebih indah."

Air di Jiuzhaigou berwarna-warni kerana Jiuzhaigou mempunyai ciri-ciri bentuk muka bumi Kars, air tasiknya mengandungi ion kalsium, ion magnesium dan ion asid karbonik, maka air itu berdaya kuat bagi membalikkan sinaran biru dan hijau. Tambahan lagi, terdapat lebih 200 jenis tumbuh-tumbuhan alga di dalam tasik, alga itu mempunyai pelbagai warna, maka warna air tasik itu juga pelbagai.

Terdapat 17 kumpulan air terjun di Jiuzhaigou. Kebanyakan air terjun tersebut tidak tinggi, tetapi lebar. Biasanya air-air terjun itu yang mengalir dari tebing gunung yang curam. Pemandangannya indah permai. Antaranya Air Terjun Nuorilang merupakan air terjun yang terlebar di China.

Inilah Jiuzhaigou, tempat yang disifatkan sebagai "syurga di bumi" oleh penduduk China. Pada tahun 1992, Jiuzhaigou telah disenaraikan sebagai Warisan Alam Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bagi penduduk Tibet tempatan, Jiuzhaigou ialah keajaiban, gunung, air, hutan dan batu di Jiuzhaigou kesemuanya ialah kurniaan dewa. Gadis etnik Tibet Yina Manhong berkata, sejak kecil beliau telah menerima pendidikan bahawa mesti menghargai dan melindungi alam semula jadi di Jiuzhaigou.

Beliau berkata: "Kami penduduk etnik Tibet tempatan percaya bahawa semua benda di dunia ini mempunyai jiwanya, semua gunung, air dan pokok ialah kurniaan dewa. Manusia mesti melindunginya, dan tidak boleh menjejaskannya. Orang tua menasihati anak cucu mereka bahawa jangan mencuci pakaian di sungai, dan jangan mengotorkan air sungai."

Kini, Yina Manhong serta kaum keluarganya masih tinggal di Jiuzhaigou, mereka amat ramah. Pelancong-pelancong ke Jiuzhaigou juga berkesempatan untuk menikmati makanan tradisional Tibet di samping menonton tarian dan nyanyian etnik Tibet.

Selepas melawat Jiuzhaigou, saudara boleh berkunjung ke destinasi pelancongan Huanglong yang terletak sejauh 130 kilometer dari Jiuzhaigou. Sama seperti Jiuzhaigou, Huanglong juga tersenarai sebagai Warisan Alam Dunia oleh UNESCO pada tahun 1992. Pemandangan airnya juga paling indah.

Di Huanglong, jika memandang dari atas gunung ke bawah, pelancong boleh mendapati sebatang mendapan sinter kapur pada permukaan bumi yang berwarna kuning muda sepanjang kira-kira 4 kilometer di lembah gunung, kelihatannya seperti seekor naga emas yang menggeliang-geliut di antara hutan dengan gunung yang diliputi salji. Di mendapan sinter kapur itu, terserai lebih 3000 buah kolam seperti sawah yang akan berteres. Apabila dipancar cahaya matahari, kolam-kolam itu berwarna-wani. Di kolam-kolam tersebut, kawasan kolam yang terletak paling atas itu dinamakan "Kolam Warna-Warni", yang terdiri daripada kira-kira 700 buah kolam, dan pemandangannya merupakan inti bagi pemandangan di Huanglong.

Akan tetapi, altitud "Kolam Warna-Warni" itu mencatat lebih 4000 meter, bukan semua pelancong berdaya mendaki ke ketinggian tersebut. Petugas destinasi pelancongan Huanglong, Encik Kou Yahui berkata, kini mereka telah mengambil tindakan untuk membantu para pelancong mengatasi kesukaran tersebut.

Beliau berkata: "Pada tahun ini, para pelancong boleh menaiki kereta kabel ke puncak gunung untuk menyaksikan 'Kolam Warna-Warni'. Di samping itu, kami juga telah membina 5 bar oksigen yang percuma di sekeliling jalan gunung, dan 2 lagi sedang dibina, untuk menyediakan perkhidmatan secara percuma bagi mereka yang ingin mendaki gunung."

Soalan 1: Adakah destinasi pelancongan Jiuzhaigou mendapat nama kerana sembilan kampung etnik Tibet?

A. Betul    B. Salah

Soalan 2:  Adakah kedua-dua destinasi pelancongan Jiuzhaigou dan Huanglong tersenarai sebagai Warisan Alam Dunia?

A. Betul    B. Salah

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |