v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Kedua Kuiz Pengtahuan Pelancongan "Sichuan, Habitat Asal Panda"
2006-12-19 18:28:24 CRI

Terlebih dahulu kami kemukakan dua soalan yang jawapannya akan didapati dalam rencana kali ini, soalan pertama, Berapa tahunkah kemakmuran yang pernah dialami di tapak peninggalan sejarah Sanxingdui? Soalan kedua, Antara artifak yang ditemui di Sanxingdui, apakah jenis barangan yang boleh mencerminkan taraf teknologi yang sangat halus pada zaman itu, adakah barangan buatan batu jed atau barangan gangsa?

Dahulunya Sanxingdui disebut sebagai "kampung Sanxing". Seorang petani di situ pada sesuatu hari telah memulakan pencarigalian dan penyelidikan terhadap tempat itu yang berlangsung selama puluhan tahun. Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa pada 3,000 hingga 5,000 tahun yang lalu, Sanxingdui ialah ibu negeri Shu pada zaman silam, kemakmurannya pernah berlangsung selama 2,000 tahun. Penemuan tapak peninggalan zaman Sanxingdui telah menjadikan sejarah negeri Shu lebih awal 2,000 tahun.

Kampung Sanxing terletak di provinsi Sichuan, bahagian barat daya China. Jarak perjalanannya dengan menaiki kereta dari Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan hanyalah satu jam. Pada lebih kurang 10 tahun yang lalu, sebuah muzium telah dibina di situ dan dinamakan "Sanxingdui".

Kurator Muzium Sanxingdui, Puan Qiu Xueqing menyatakan bahawa penemuan tapak peninggalan zaman tersebut yang terletak di garisan lintang 30 darjah utara amat bererti. Beliau berkata: "Pada garisan lintang itu, terdapat Gunung Qomolangma, tamadun Maya dan Segi Tiga Bermuda, persamaan keistimewaan ke-tiga-tiga tempat ini ialah keajaiban. Sanxingdui merupakan tapakpeninggalan zaman yang mempunyai artifak yang paling banyak, sejarahnya paling panjang dan kandungan kebudayaannya paling kaya di bahagian barat daya China."

Menurut hasil kaji purba, pada kira kira 3,000 tahun yang lalu, kota kuno yang terletak di Sanxingdui yang paling lengkap itu secara tiba-tiba terhapus. Maka tamadun Sanxingdui yang amat makmur itu tiba-tiba terhenti. Pada 5 tahun yang lalu, tapak peninggalan zaman Jinsha yang terletak di luar bandar Chengdu telah ditemui. Artifak yang ditemui di Jinsha, sifatnya hampir sama dengan artifak yang ditemui di Sanxingdui. Disebabkan tapak peninggalan zaman Jinsha yang sejarahnya kurang 500 hingga 1,000 tahun berbanding dengan Sanxingdui maka ramai sarjana menganggap bahawa Jinsha merupakan lanjutan tamadun Sanxingdui, bahkan ada andaian tentang negara kuno di Sanxingdui dipindahkan ke Jinsha. Terdapat pelbagai andaian tentang sebab Sanxingdui terhapus selepas mengalami kemakmuran selama 2,000 tahun. Antara andaiannya adalah seperti banjir, perang dan wabak penyakit, namun tidak ada bukti catatan sejarah tentang perkara itu.

Ketika membicarakan artifak yang terdapat di Sanxingdui, Puan Qiu Xueqing berkata bahawa barangan gangsa yang didapati di Sanxingdui amat menarik, terutamanya rupa sesetengah patung gangsa amat berbeza dengan orang Asia. Beliau telah memperkenalkan artifak Muzium Sanxingdui yang paling istimewa iaitu topeng gangsa. Difahamkan, topeng itu dibuat mengikut wajah raja negara Shu yang pertama. Beliau berkata: "Ini merupakan topeng gangsa yang paling besar di dunia dan juga merupakan barangan bernilai kebangsaan. Bahagian mukanya amat istimewa, matanya berbentuk silinder dan terjojol keluar, biji matanya hampir berbentuk rombus, telinga amat besar dan tajam."

Yang menarik perhatian warga Perancis, Humbert-Droz ialah satu barangan yang dipamerkan, iaitu pohon gangsa, beliau terkejut dengan perkara yang dilihatnya itu. Beliau berkata bahawa barangan tersebut pernah dipamerkan di Perancis pada beberapa tahun yang lalu. Walaupun beliau mengetahui China mempunyai sejarah yang lama, tetapi beliau begitu kagum apabila melihat barangan tersebut sekali lagi.

Pohon gangsa tersebut dianggap sebagai keajaiban dunia, tingginya ialah 3.6 meter. Masyarakat China pada zaman kuno menganggap pohon merupakan jelmaan kosmos. Matahari, bulan dan bintang merupakan hasil pohon itu. Menurut maklumat Puan Qiu Xueqing, saudara akan mengetahui keistimewaan pohon itu. Beliau berkata: "Pohon gangsa itu merupakan sejenis barangan gangsa yang paling halus buatannya. Ini kerana bentuknya yang amat unik di dunia, teknologi penuangan amat luar biasa. Barangan gangsa yang sebegitu besar perlu dituang beberapa kali sebelum dapat disiapkan. Antara 8 batang pohon yang ditemui di tempat ini, hanya 2 batang pohon gangsa dapat dibaikpulih dalam masa 3 tahun."

       

Pada hakikatnya, selain teknologinya yang unik, pohon gangsa itu lebih mengandungi pandangan orang China pada zaman kuno terhadap langit, bumi dan kosmos. Kami telah bertanya tentang masalah tersebut kepada penasihat muzium itu, Encik Ao Tianzhao yang usianya melebihi 70 tahun. Beliau telah menyelidiki kebudayaan Sanxingdui selama lebih 50 tahun. Berdasarkan penganalisisan beliau terhadap barangan gangsa yang didapati di Sanxingdui, teokrasi dan hak diraja dicampur pada zaman kuno itu, Sanxingdui pernah menjadi pusat ziarah. Encik Ao Tianzhao berkata: "Memandangkan begitu banyak patung gangsa dan barangan gangsa yang ditemui di Sanxingdui, maka kami mengetahui bahawa negeri kuno di Sanxingdui telah menyatukan fikiran masyarakat dan sistem pentadbiran negara dengan menggunakan hukum-hukum agama asal. Negeri Shu mungkin selalu mengadakan aktiviti pemujaan yang berskala besar untuk menarik puak di sekitarnya datang menziarahi mereka.

Boleh dikatakan bahawa barangan gangsa merupakan artifak yang paling istimewa antara artifak yang ditemui di Sanxingdui. Barangan gangsa itu telah mempamerkan sepenuhnya taraf kraf tangan yang begitu tinggi pada zaman itu. Selain itu, banyak gading dan karangan laut juga ditemui di Sanxingdui. Ini menimbulkan persoalan yang membingungkan. Berdasarkan keadaant geografi provinsi Sichuan, tempat itu adalah jauh dari laut, maka tidak berkemungkinan ada karangan laut dan gajah tinggal di sana.Tentang masalah ini, Puan Qiu Xueqing berkata: "Ada sarjana menyatakan bahawa gading itu diangkut ke sini melalui "laluan sutera selatan". Selain gading, hampir 5,000 karangan laut yang ditemui di Sanxingdui juga diangkut melalui jalan tersebut. Karangan laut tidak berkemungkinan dihasilkan dari kawasan pedalaman seperti bandar Chengdu. Ini membuktikan garisan perdagangan negeri Shu amat panjang bahkan sudah mencukupi Asia Barat dan Selatan."

Kebudayaan Sanxingdui memang telah meninggalkan banyak persoalan yang membingungkan, maka Muzium Sanxingdui telah berjaya menarik kedatangan ramai pelancong sejak mula beroperasi pada 10 tahun yang lalu. Artifak Sanxingdui juga pernah dipamerkan di benua lain. Naib Ketua Pengarah Muzium, Encik Zhang Jizhong berkata bahawa artifak Sanxingdui yang ajaib dan cantik serta tamadun yang kuno itu amat menarik perhatian pelancong asing.

Puan Sirkka Korea, pelancong warga Finland, beliau berkata bahawa muzium itu dihias dengan baik, tetapi yang paling menarik ialah barangan yang dipamerkan di situ terutamanya topeng gangsa yang penuh misteri, pohon dan burung gangsa juga sungguh menakjubkan.

Selepas melawat muzium yang seluas 20 hektar dan dipenuhi artifak yang halus dan cantik itu, para pelancong tentu akan mempunyai pandangan tersendiri terhadap tapak peninggalan sejarah Sanxingdui.

Soalan 1: Berapa tahunkah kemakmuran yang pernah dialami di tapak peninggalan sejarah Sanxingdui?

A. 5000  tahun    B. 2000  tahun

Soalan 2: Antara artifak yang ditemui di Sanxingdui, apakah jenis barangan boleh mencerminkan taraf teknologi yang sangat halus pada zaman itu, adakah barangan buatan batu jed atau barangan gangsa?

A. Batu jed         B. Batu gangsa

Jawapan saudara boleh dikirimkan melalui surat atau e-mel kepada kami. Alamt kami ialah Malay Service, CRI-18, China Radio International, P.O.Box 4216, Beijing, P.R.China 100040

Alamat e-mel kami ialah malay@chinabroadcast.cn

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |