v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Ketiga Kuiz Pengetahuan Pelancongan "Sichuan, Habitat Asal Panda"
2006-12-27 08:57:33 CRI

Terlebih dahulu, kami kemukakan dua soalan bagi rancangan kali ini. Soalan yang pertama, adakah Gunung Emei merupakan salah satu tempat suci agama Buddha di China? Soalan yang kedua, patung Buddha Gunung Leshan merupakan patung buddha yang terbesar di dunia. Berapa meterkah tingginya? Saudara akan mendapat jawapannya melalui rancangan yang berikut.

Gunung Emei digelar sebagai Gunung Yang Pertama Di China sejak dahulu lagi. Diberitakan bahawa pada abad keempat Masihi, Sami Bao Zhang dari India telah melawat ke Gunung Emei, dan berasa kagum akan keindahan pemandangannya. Sami Bao Zhang memberi gelaran Gunung Yang Pertama Di China kepada Gunung Emei. Maka sejak itulah, Gunung Emei mula terkenal kerana gelaran tersebut.

Altitud Gunung Emei agak tinggi dengan mencatat lebih 3000 meter, suhu udara di puncak gunung dengan di kaki gunung jauh berbeza, dan ini telah menyediakan iklim yang baik bagi tumbuh-tumbuhan. Menurut statistik, terdapat lebih 5000 jenis tumbuh-tumbuhan di Gunung Emei, sama banyaknya dengan jumlah jenis tumbuh-tumbuhan di seluruh Eropah.

Ketika berjalan-jalan di gunung, kelihatan pokok-pokok tinggi di tepi jalan, dan pemandangannya dipenuhi dengan daun-daun yang menghijau. Seiring dengan perubahan musim dan iklim menjadikan Gunung Emei juga mempunyai pemandangan yang berbagai-bagai.

Sebenarnya, nama Gunung Emei telah menerangkan keindahan pemandangannya. Menurut catatan sejarah, pada zaman silam, "Emei" bermakna bulu kening gadis.

Keunikan pemandangan di Gunung Emei ada kaitannya dengan budaya Buddha yang bersejarah lama. Pada abad pertama Tahun Masihi, agama Buddha yang berasal dari India telah diperkenalkan ke Gunung Emei. Kuil agama Buddha yang pertama di China juga dibina di Gunung Emei. Seiring dengan pembinaan kuil-kuil di sekelilingnya, Gunung Emei telah menjadi salah satu tempat suci bagi agama Buddha di China. Ramai penganut agama tersebut datang mengunjungi gunung itu.

Buddha yang dipuja di Gunung Emei ialah Bodhisatva Murni Sarwajagat (the Bodhisattva Universal Virtue). Bodhisatva Murni Sarwajagat ialah anak sulung Buddha. Di mana-mana Buddha berada, pasti Bodhisatva Murni Sarwajagat akan berada di sisinya. Sekarang, terdapat kira-kira 30 buah kuil di Gunung Emei dan jumlah sami mencatat kira-kira 300 orang.

Ketika berjalan-jalan di Gunung Emei, pelancong akan melalui beberapa buah kuil yang bersejarah lama.

Destinasi Puncak Emas yang terletak di kemuncak gunung merupakan tempat yang paling menarik di Gunung Emei. Selain tiga buah dewan kuil yang gilang-gemilang, di sana juga terletak patung Buddha emas Bodhisatva Murni Sarwajagat yang mempunyai empat wajah dan bermuka sepuluh. Patung Buddha itu setinggi 48 meter. Pemandu pelancong, Puan Yang Tao memberitahu pemberita bahawa, "Patung Buddha Bodhisatva Murni Sarwajagat ini bertopi emas, memegang hiasan emas Ru Yi yang bermakna 'memenuhi harapan seseorang' ('as one wishes'), dan menunggang gajah putih yang bergigi enam. Patung itu mempunyai empat wajah, iaitu gembira, marah, sedih dan senyum, dan sepuluh mukanya menghadap ke sepuluh arah. Patung itu merupakan satu-satunya patung Bodhisatva Murni Sarwajagat yang bermuka sepuluh. Pelancong boleh melihat muka patung itu dari mana-mana sudut."

Encik Lee Geun Won dari Korea Selatan ialah seorang penganut agama Buddha yang taat setia. Beliau datang ke Gunung Emei semata-mata untuk memuja Bodhisatva Murni Sarwajagat. Beliau berkata?"Saya datang ke Gunung Emei kali ini dan menyaksikan patung Buddha Bodhisatva Murni Sarwajagat yang begitu besar, jauh di sudut hati, saya amat kagum akan kepandaian negara China. Saya menyembah sujud kepada patung Buddha itu, kemudian juga menyembah sujud di ketiga-tiga buah dewan kuil. Saya juga menderma sedikit wang kepada kuil itu dengan penuh keikhlasan saya."

Destinasi Puncak Emas bukan sahaja tempat pemujaan, tetapi juga merupakan tempat yang paling baik untuk menyaksikan pemandangan matahari terbit dan lautan awan. Memandang dari Puncak Emas, ketika matahari muncul dari tempat yang terlindung, warna gunung-gunung tersebut turut menjadi bertukar warna keemasan dan pemandangan itu sangat menakjubkan. Selepas matahari terbit dan kabus beransur-ansur hilang, awan semakin berarak dari kaki gunung dan berkumpul menjadi lautan awan yang tidak terhingga. Itulah pemandangan yang paling indah.

Jika bernasib baik, pelancong juga dapat menikmati satu keajaiban pemandangan yang digelar sebagai Cahaya Buddha. Pemandangan Cahaya Buddha itu merupakan satu fenomena fizikal alam semula jadi yang istimewa. Ia kelihatan satu lingkaran cahaya yang berwarna-warni, di tengah-tengah lingkaran cahaya itu terlihat bayang manusia dan akan bergerak mengikut gerakan manusia. Akan tetapi, wujudnya fenomena alam itu berkait rapat dengan pelbagai faktor termasuklah cahaya matahari dan bentuk muka bumi. Adakah saudara berminat untuk melancong ke Gunung Emei dan menyaksikan pemandangan yang menakjubkan itu?

Dalam proses perkembangannya di Gunung Emei, agama buddha telah memperkaya budaya Gunung Emei. Kuil-kuil dan patung-patung Buddha di Gunung Emei juga menjadi salah sebahagian daripada pemandangan yang indah di gunung itu. Oleh sebab itulah, Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah memilih Gunung Emei sebagai Warisan Alam dan Budaya Dunia.

Kini, Gunung Emei bukan sahaja menarik kedatangan ramai penduduk dari negara Asia, tetapi juga menjadi tumpuan hangat bagi pelancong Eropah. Petugas daripada destinasi Gunung Emei, Encik Du Hui memberitahu pemberita bahawa kemudahan pelancongan di Gunung Emei semakin lengkap dan beliau mengalu-alukan kedatangan pelancong dari pelbagai negara. Beliau berkata: "Infrastruktur di Gunung Emei agak baik dengan dilengkapi bas persiaran, kereta kabel dan sebagainya. Di destinasi pelancongan, terdapat banyak hotel dari hotel tiga bintang hingga hotel lima bintang, dan menyediakan lebih 3000 buah katil. Kesemua hotel itu dibina menurut piawaian antarabangsa. Selain itu, banyak papan petunjuk di destinasi ini ditulis dalam lima jenis bahasa, termasuk bahasa Korea, Jepun, Thailand, Inggeris dan Mandarin."

Selepas melancong di Gunung Emei, saudara juga boleh melawati Patung Gunung Leshan, iaitu patung Buddha yang terbesar di dunia. Patung Buddha Maitreya tersebut diukir di gunung itu. Tingginya mencatat lebih 70 meter, dan lebarnya mencatat lebih 20 meter. Jadi, mengapa patung Buddha itu dibina, dan siapakah yang membinanya? Pemandu pelancong, Puan Wu Liping memberitahu pemberita bahawa, "Patung Buddha Gunung Leshan itu mula dibina pada zaman Dinasti Tang, iaitu pada abad ketujuh Masihi. Patung itu dibina dengan sumbangan Sami Haitong. Pada masa itu, Sami Haitong mendapati bahawa Gunung Leshan terletak di kawasan pertemuan tiga batang sungai, iaitu Sungai Min, Sungai Dadu dan Sungai Qingyi, dan sering berlaku kemalangan kapal yang mengorbankan jiwa. Maka, Sami Haitong memutuskan untuk membina patung Buddha Gunung Leshan bagi mengelakkan kemalangan itu. Beliau meminta sumbangan derma di pelbagai tempat di seluruh negara untuk membina patung Buddha itu. Namun, tatkala kepala patung itu siap dibina, Sami Haitong telah meninggal dunia."

Selepas itu, dengan adanya usaha dua generasi dalam tempoh selama 90 tahun, maka patung Buddha Gunung Leshan dapat siap dibina sepenuhnya. Kini, ramai penganut agama Buddha datang memuja patung itu, termasuk Jelmaan Buddha Norbu Rinpoche dari Kuil Dong Na La Qing, Provinsi Qinghai China. Beliau berkata:"Bagi semua penganut agama Buddha, kami boleh datang ke sini untuk memuja patung Buddha besar yang bersejarah lama. Ini dapat menjernihkan hati kami."

Saudara pendengar, pemandangan yang indah serta budaya agama Buddha yang bersejarah lama di Gunung Emei dan Gunung Leshan memang menarik perhatian para pelancong termasuk mereka yang bukan penganut agama Buddha.

Soalan 1: Adakah Gunung Emei merupakan salah satu tempat suci agama Buddha di China?

A,  Betul          B,  Salah

Soalan 2: Patung Buddha Gunung Leshan merupakan patung buddha yang terbesar di dunia, berapa meterkah tingginya?

A, 70 meter      B,  20 meter

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |