Saudara pendengar, bermula pada 29 hari bulan Januari ini, kami akan menyediakan rancangan-rancangan yang serba baru untuk saudara pendengar sekalian.
Seperti biasa, warta berita dan rencana semasa tetap akan disiarkan pada setiap hari. Sementara itu, pada setiap Isnin, kami akan siarkan dua rancangan, iaitu Pelancongan di China dan Masyarakat. Manakala, rancangan Arena Ekonomi dan Budaya Tradisi China akan disiarkan pada setiap petang Selasa. Seterusnya, rancangan Beijing 2008 dan Sinar Islam akan disiarkan pada setiap hari Rabu. Rancangan Etnik Minoriti China dan China-ASEAN pula akan ke udara pada setiap hari Khamis. Rancangan Fokus Budaya dan Ruangan Pendengar akan disiarkan pada setiap hari Jumaat. Selain itu, rancangan Majalah Eksplorasi dan Rentak Suka Ramai akan disiarkan pada setiap hari Sabtu dan rancangan Pesona Bintang serta Irama Klasik untuk setiap hari Ahad.
Kami berharap agar rancangan-rancangan yang serba baru ini akan menyediakan lebih banyak maklumat dan memenuhi cita rasa saudara pendengar semua.
Jika saudara ada apa-apa syor dan pandangan tentang rancangan kami, sila hubungi kami melalui e-mel, iaitu mal@cri.com.cn ataupun kirimkan surat kepada kami di alamat: Malay Service, CRI-18, China Radio International, P.O.Box 4216, Beijing 100040 China. Sekian, dimaklumkan.
|