v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara dengan Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke China tentang Dasar Luar Harmoni serta Hubungan Malaysia-China

2007-03-16 11:06:09 CRI

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, konsep "dunia yang harmoni" dan "pembangunan secara damai" yang dikemukakan oleh kerajaan China telah menjadi tumpuan dan topik hangat antarabangsa.

Perdana Menteri China, Wen Jiabao semasa menyampaikan laporan kerja kerajaan dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) pada 5 Mac yang lalu berkata, konsep dunia yang harmoni bertujuan untuk mewujudkan demokrasi dan kesamarataan dari segi politik, kerjasama yang saling menguntungkan dalam aktiviti ekonomi, pertukaran dalam bidang kebudayaan dan kerjasama persahabatan untuk menghadapi cabaran keselamatan dalam kalangan masyarakat sejagat.

Menteri Luar China, Li Zhaoxing dalam sidang akhbar NPC juga telah memperkenalkan dasar luar harmoni China supaya semua negara hidup bersama secara damai, sama rata, saling menguntungkan dan mencapai pembangunan secara bersama-sama.

Pada 15 hari bulan Mac ini, wartawan CRI telah mengadakan wawancara dengan Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke China, Dato' Syed Norulzaman bin Syed Kamaruzaman di Beijing. Beliau telah memberi penilaian yang tinggi terhadap dasar luar harmoni yang diamalkan oleh kerajaan China, dan menyifatkannya sebagai dasar luar yang mengutamakan pelbagai prinsip, termasuk prinsip bagi meningkatkan persahabatan, prinsip keinginan menyelesaikan masalah secara damai melalui dialog, serta prinsip kerjasama dan saling membantu untuk kepentingan bersama.

"Pada saya, dasar luar seperti ini, iaitu dasar harmoni, patut kita utamakan dan patut diikuti oleh semua negara. Ini kerana dengan mengutamakan prinsip-prinsip ini, kita boleh membina satu dunia atau satu kawasan serantau hubungan dua hala yang aman, yang stabil, yang menjadi seumpama satu prasyarat untuk pembangunan ekonomi dan sosial negara-negara serantau. Dasar harmoni ini adalah sama dengan dasar luar Malaysia. Dasar luar Malaysia juga mengutamakan persahabatan, dan kesannya memang jelas. Sekiranya kita dapat meningkatkan keadaan yang baik, keadaan yang harmoni, keadaan yang stabil antara kedua-dua buah negara, persahabatan itu akan memberi banyak peluang kepada kita untuk bekerjasama dalam pelbagai aspek, sama ada aspek politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Jadi dengan cara itu, rakyat kedua-dua buah negara juga akan dapat meningkatkan taraf kehidupan dan sebagainya."

Ketika menyebut kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dan China dalam hubungan dua hala, Dato' Syed Norulzaman berkata bahawa dalam setahun kebelakangan ini, hubungan China dan Malaysia tetap menampakkan arah aliran yang positif.

"Kita semua amat gembira dengan cara hubungan Malaysia-China telah berkembang dalam setahun ini. Seumpamanya hubungan politik, Lawatan-lawatan antara pemimpin-pempimpin Malaysia ke China, dan pemimpin-pemimpin China ke Malaysia dalam setahun ini terus meningkat. Begitu juga dari segi ekonomi, banyak hubungan dan dialog telah berlaku dalam setahun ini. Dan ini membuka peluang kepada peningkatan hubungan ekonomi dan hubungan perdagangan. Hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dengan China telah meningkat dalam tahun lepas sebanyak lebih kurang 20% daripada tahun 2005. Pertambahan yang baik dan positif telah kita lihat dari segi pelancongan. Pelancong dari China ke Malaysia juga meningkat sebanyak lebih kurang 28% dalam setahun ini. Pada tahun lepas, kita telah mencapai jumlah hampir-hampir 500 ribu pelancong China. Begitu juga pelancong-pelancong dari Malaysia ke China pada tahun lepas, sudah mencapai satu juta orang."

Dato' Syed Norulzaman berpendapat bahawa potensi untuk meningkatkan hubungan Malaysia dengan China masih banyak. Beliau juga yakin bahawa matlamat yang ditetapkan oleh Malaysia dan China tentang jumlah perdagangan dua hala sebanyak 50 bilion dolar Amerika sehingga tahun 2010 boleh dicapai.

"Saya juga berpendapat, lebih banyak peluang pelaburan yang ada untuk ahli perniagaan dari Malaysia. China sedang membangun, banyak yang perlu dibuat. Di wilayah-wilayah, di bandar-bandar negara China, yang Malaysia ada kepakaran, terutama sekali dari sektor perkhidmatan, dan juga kita juga memberi keutamaan pada hubungan antara belia, program pertukaran belia. Ini harus kita tingkatkan lagi kerana anak-anak ini adalah yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Kita juga ada peluang lain. Malaysia dan China ada kelebihan sendiri yang boleh kita kongsi untuk menuju ke daerah-daerah lain di dunia, seumpamanya ke Afrika, ke Timur Tengah. Malaysia ada jaringan yang baik, ada hubungan yang baik, China mempunyai teknologi dan kepakaran tertentu, seperti dalam sektor pembinaan, yang boleh kita usaha sama untuk membuat projek di negara ketiga ini. Peluangnya masih banyak."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |