v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Senarai Pemenang bagi Kuiz Pengetahuan "Sichuan, Habitat Asal Panda"

2007-06-07 15:20:02 CRI

Kuiz Pengetahuan Pelancongan "Sichuan, Habitat Asal Panda" telah diselesaikan dengan jayanya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara yang menyertai kuiz pengetahuan kali ini. Jawapan tepat bagi lima siri kuiz pengetahuan ini dan senarai pemenangnya akan diumumkan dalam ruangan hari ini. Hadiah istimewa kami juga akan dikirimkan kepada saudara pemenang dengan secepat mungkin.

Seterusnya kami mengumumkan jawapan tepat bagi kuiz ini.

Jiuzhaigou dan Huanglong, tempat peranginan yang termasyhur di Sichuan telah diperkenalkan kepada saudara pendengar dalam siri pertama kuiz ini. Soalan pertama: Adakah destinasi pelancongan Jiuzhaigou mendapat nama kerana terdapat sembilan kampung etnik Tibet di sana? Jawapannya adalah betul. Jiuzhaigou terletak di Daerah Autonomi Etnik Tibet dan Etnik Qiang, Aba di bahagian barat Provinsi Sichuan China dan merupakan sebuah lembah yang dinamakan Jiuzhaigou kerana terdapat sembilan kampung etnik Tibet di kawasannya.

Soalan yang kedua, adakah kedua-dua destinasi pelancongan Jiuzhaigou dan Huanglong tersenarai sebagai Warisan Alam Dunia? Jawapan tepatnya adalah betul. Pada tahun 1992, Jiuzhaigou dan Huanglong kedua-duanya telah disenaraikan sebagai Warisan Alam Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Dalam siri yang kedua, kami telah sampaikan pengenalan tentang Sanxingdui, sebuah tapak peninggalan sejarah di Sichuan. Terdapat dua soalan yang dikemukakan dalam siri tersebut. Soalan yang pertama: Berapa tahunkah kemakmuran yang pernah dialami di tapak peninggalan sejarah Sanxingdui? Jawapan tepatnya ialah 2000 tahun. Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa pada 5000 hingga 3000 tahun yang lalu, Sanxingdui merupakan ibu kota Negeri Shu pada zaman silam, kemakmurannya pernah berlangsung selama lebih kurang 2000 tahun.

Soalan yang kedua: Antara artifak yang ditemui di tapak peninggalan Sanxingdui, apakah jenis barangan yang boleh mencerminkan taraf teknologi yang sangat tinggi dan halus pada zaman itu, adakah barangan buatan batu jed atau barangan gangsa?

Jawapan betul ialah barangan gangsa. Kebanyakan artifak yang ditemui di Sanxingdui ialah barangan buatan gangsa seperti topeng gangsa dan pohon gangsa. Buatannya sangat halus dan berteknologi tinggi.

Dalam siri ketiga kuiz pengetahuan "Sichuan, Habitat Asal Panda", kami telah membawa saudara pendengar untuk melancong ke Gunung Emei dan Gunung Leshan di Sichuan. Kedua-dua gunung tersebut telah mempunyai sejarah yang lama. Soalan pertama: Adakah Gunung Emei merupakan salah satu tempat suci agama Buddha di China? Jawapannya adalah betul. Keunikan pemandangan di Gunung Emei ada kaitannya dengan budaya agama Buddha yang bersejarah lama. Pada abad pertama Masihi, agama Buddha yang berasal dari India telah diperkenalkan ke Gunung Emei. Kuil agama Buddha yang pertama di China juga dibina di sana. Maka Gunung Emei beransur-ansur menjadi salah satu tempat suci bagi Agama Buddha di China.

Soalan kedua: Berapa meterkah tingginya patung Buddha di Gunung Leshan? Jawapan tepatnya ialah 70 meter. Patung tersebut merupakan patung Buddha yang terbesar di dunia.

Dalam siri yang keempat kuiz pengetahuan ini, kami telah memperkenalkan Gunung Qingcheng dan projek pengairan Dujiangyan yang terletak tidak jauh dari Chengdu, ibu bandar provinsi Sichuan. Soalan pertama bagi siri tersebut ialah: Adakah Gunung Qingcheng merupakan salah satu tempat asal Taoisme China? Jawapannya adalah betul. Masih terdapat puluhan kuil Tao dan banyak bangunan warisan budaya Taoisme di Gunung Qingcheng setakat ini. Projek pengairan Dujiangyan terletak tidak jauh dari Gunung Qingcheng. Ini juga merupakan projek pengairan yang paling awal dibina di dunia. Berapakah usia projek pengairan Dujiangyan? Jawapannya ialah 2000 tahun. Projek yang terletak di pertengahan Sungai Min itu masih berfungsi sehingga sekarang. Tambak pembahagi aliran merupakan kemudahan yang paling penting dalam sistem projek pengairan Dujiangyan. Tambak pembahagi aliran itu membahagikan Sungai Min kepada dua batang sungai, iaitu Sungai Dalaman dan Sungai Luaran. Sungai Dalaman digunakan untuk mengairi tanam-tanaman, manakala Sungai Luaran digunakan untuk menyalirkan air banjir.

Dalam siri terakhir kuiz pengetahuan kali ini. Kita telah bersama-sama melawat ke habitat asal panda, iaitu kawasan perlindungan alam semula jadi Wolong di Sichuan. Terdapat seratus ekor panda liar di sana.

Saudara pendengar: Adakah saudara mendapat lebih banyak maklumat tentang Sichuan melalui kuiz pengetahuan yang dianjurkan oleh CRI ini? Saudara dialu-alukan melawat ke Sichuan untuk menikmati pemandangan yang indah dan kebudayaan yang menarik di sana. Sekiranya saudara mempunyai sebarang pertanyaan tentang kuiz pengetahuan yang dianjurkan oleh CRI kali ini, sila kirimkan surat atau hantarkan e-mel kepada kami. Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara yang menyertai kuiz pengetahuan ini. Semoga saudara terus memberikan perhatian kepada Bahagian Bahasa Melayu CRI.

Seterusnya kami mengumumkan nama pemenang bagi kuiz ini. Yang mendapat tempat pertama ialah Chang Chin Wen dari negara Brunei Darussalam. Tahniah diucapkan kepada anda. Encik Wan Mokhtar Ramlee dari Malaysia dan Encik Suwito dari Indonesia memenangi tempat yang kedua dalam kuiz ini. Pendengar yang mendapat tempat ketiga termasuk Encik Harjito dari Indonesia dan Ahmad Zakuran Zakaria dari Malaysia serta Lily Mariani dari Indonesia. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang tersebut.

Selain itu, kad penghargaan juga akan dikirimkan kepada pendengar lain yang menyertai kuiz pengetahuan ini. Terima kasih diucapkan atas perhatian saudara kepada kami.

Pada separuh tahun kedua ini, Bahagian kami iaitu Bahagian Bahasa Melayu CRI akan mengemukakan rancangan khas bersiri iaitu . Dalam rancangan khas ini, saudara pendengar dapat bersama-sama kami melawat ke beberapa kawasan penginapan etnik minoriti China yang beragama Islam dan menikmati keunikan adat istiadat di sana.

"Ikutilah Lawatan Budaya Muslim di China, menangi hadiah istimewa maskot Sukan Olimpik Beijing."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |