v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengumuman Awal Kuiz Pengetahuan "Lawatan Budaya Muslim di China"

2007-06-11 09:18:00 CRI

Etnik Hui

Terdapat sejumlah sepuluh buah etnik minoriti yang beragama Islam di China. Dari segi taburan penduduk etnik tersebut di seluruh China, Etnik Salar, Etnik Baoan dan Etnik Dongxiang tinggal di provinsi Qinghai dan Gansu, bahagian barat laut China. Etnik minoriti beragama Islam yang tinggal di Daerah Autonomi Etnik Uygur termasuk Etnik Uygur, Etnik Tatar, Etnik Tajik, Etnik Kazak, Etnik Uzbek dan Etnik Kirgiz. Selain itu, saudara tentu tidak berasa asing terhadap Etnik Hui. Etnik Hui merupakan etnik yang paling ramai daripada 10 buah etnik minoriti yang beragama Islam tersebut.

Seterusnya saya perkenalkan kesepuluh-sepuluh buah etnik minoriti China yang beragama Islam secara ringkas.

Taburan penduduk etnik Hui amat luas di seluruh China. Kebanyakannya tinggal bersama-sama di Daerah Autonomi Etnik Hui Ningxia. Namun, yang kami ceritakan dalam rancangan bersiri ini bukan penduduk etnik Hui di Ningxia, tetapi etnik Hui di Najiaying, kaunti Tonghai, provinsi Yunnan, bahagian barat daya China. Najiaying merupakan sebuah desa bersejarah lama yang ditubuhkan oleh generasi Nabi Muhammad. Oleh sebab itu etnik Hui di sana tetap mengekalkan adat resam tradisionalnya sendiri sehingga sekarang. Sama ada kehidupan harian atau upacara perkahwinan mahupun pengebumian di Najiaying, amat istimewa dan mempunyai ciri etnik yang beragama Islam. Sekiranya saudara ingin mendapatkan lebih banyak maklumat tentang etnik Hui di Najiaying, silalah ikuti siri pertama"Lawatan Budaya Muslim di China".

Etnik Salar juga merupakan salah satu etnik minoriti yang beragama Islam di China. Jumlah penduduknya sudah mencapai lebih kurang seratus ribu orang. Kebanyakan penduduk etnik Salar mendiami Kaunti Autonomi Etnik Salar Xunhua, bahagian timur provinsi Qinghai dan Kaunti Autonomi Etnik Baoan, etnik Dongxiang dan etnik Salar Gunung Jishishan, provinsi Gansu. Etnik Salar mempunyai keunikan tersendiri. Sama ada reka bentuk bangunan rumah yang berukiran cantik dan upacara perkahwinan yang telah menggabungkan ciri agama Islam dengan ciri tempatan, ataupun alat muzik yang hanya sebesar ibu jari tangan dan lagu "Hua Er" yang disukai ramai di kawasan barat laut China, kesemua ini telah mewujudkan kebudayaan Etnik Salar yang tersendiri dan menarik perhatian kita. Dalam lawatan budaya Muslim di China kali ini, kita akan bersama-sama mendekati kehidupan etnik Salar untuk menikmati suasana yang menarik di sana.

"Tiga buah Kampung Etnik Baoan", iaitu Ganhetan, Meipo dan Dadun merupakan tempat kediaman utama bagi Etnik Baoan di provinsi Gansu. Jumlah penduduk etnik Baoan agak kecil, iaitu lebih kurang 16 ribu orang. Penduduk etnik Baoan sangat pandai menempa pelbagai pisau. Maka "Pisau Etnik Baoan" merupakan sejenis kraf tangan tradisional etnik Baoan yang telah mendapat reputasi yang tinggi di seluruh China bahkan turut dijual ke negara luar. Boleh dikatakan bahawa ketukangan kraf tangan tersebut sudah menjadi bahagian yang penting dalam aktiviti ekonomi etnik Baoan. Kami akan membawa saudara pendengar mengenali beberapa orang tukang etnik Baoan yang pandai menempa pisau dalam rancangan bersiri .

Etnik SalarEtnik DongxiangEtnik Bao'an

Selain etnik Baoan, sebuah etnik minoriti lain yang beragama Islam, iaitu Etnik Dongxiang juga terdapat di provinsi Gansu. Kebanyakannya mendiami Kaunti Autonomi Etnik Dongxiang, provinsi Gansu. Jumlah penduduknya seramai lebih kurang tiga ratus ribu orang. Sama seperti etnik lain di bahagian barat laut China, etnik Dongxiang juga minat akan sejenis cara menyanyi, iaitu "Hua Er". Biasanya "Hua Er" dinyanyikan secara spontan. Perasaan riang dan pemandangan indah telah digabungkan semasa menyanyikan "Hua Er". Maka "Hua Er" yang dilakukan oleh etnik Dongxiang penuh dengan keunikan tempatan. Etnik Dongxiang juga beragama Islam, maka tidak terdapat perbezaan yang ketara dengan etnik minoriti lain yang beragama Islam dari segi adat istiadat dan kehidupan seharian.

Saudara tentu tidak berasa asing dengan Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang. Penghuni wilayah tersebut termasuk beberapa etnik minoriti yang beragama Islam, iaitu Etnik Uygur, Etnik Tajik, Etnik Kazak, Etnik Uzbek, Etnik Kirgiz dan Etnik Tatar. Daripada beberapa etnik tersebut, jumlah penduduk yang paling ramai adalah etnik Uygur. Menurut statistik tahun 2000, jumlah penduduknya telah mencapai lebih kurang 8 juta orang. Dari aspek makan minum etnik Uygur, daging kambing panggang yang dinamakan kebab atau sate merupakan makanan yang melambangkan keunikan makanan Xinjiang dan disukai ramai di seluruh China. Penduduk Etnik Uygur pandai menyanyi dan menari tanpa mengira orang lelaki, perempuan, orang muda atau orang tua. Gaya tarian etnik Uygur telah menjadi salah satu bahagian yang penting dan istimewa daripada kesemua tarian etnik minoriti China.

Etnik Kazak mempunyai jumlah penduduk seramai lebih kurang 1.25 juta orang. Kebanyakan etnik Kazak mendiami Kawasan Autonomi Kazak Yili Xinjiang. Ada pepatah yang berbunyi bahawa "Nyayian dan Kuda merupakan dua sayap bagi orang Kazak". Gaya lagu etnik Kazak amat unik sehingga mendapat sambutan baik daripada rakyat di pelbagai tempat di China. "Dong Bu La" ialah sejenis alat muzik tradisional etnik Kazak. Bagaimanakah rupa "Dong Bu La"? Dari manakah asal usul alat muzik itu? Jawapan bagi kesemua soalan tersebut akan dijelaskan kepada saudara dalam kuiz pengetahuan . Silalah ikuti rancangan tersebut!

Etnik UygurEtnik UzbekEtnik Kazak

Kebanyakan Etnik Tajik tinggal di bahagian barat daya Xinjiang. Jumlah penduduknya hanya seramai lebih kurang 40 ribu orang sahaja. Nenek moyang etnik Tajik sudah mendiami kawasan tanah tinggi Pamirs sejak 2000 tahun yang lalu yang merupakan bahagian penting bagi "Laluan Sutera" pada zaman silam. Maka, kebudayaan Etnik Tajik telah menyerap unsur-unsur timur dan barat serta beransur-ansur membentuk keunikan tersendiri. "Burung helang" merupakan lambang kebudayaan etnik Tajik yang menonjol. Mengapa orang etnik Tajik menaruh perhatian dan perasaan yang begitu mendalam terhadap burung helang? Kisah yang berlaku antara penduduk etnik Tajik dengan burung helang akan diceritakan kepada saudara dalam rancangan .

Etnik Kirgiz kebanyakannya tinggal di kawasan selatan Xinjiang. Jumlah penduduknya lebih kurang 160 ribu orang. Epik keperwiraan yang terkenal, iaitu merupakan karya sastera kalangan rakyat yang termasyhur dan telah disenaraikan sebagai warisan kebudayaan bukan benda peringkat kebangsaan China. Dimaklumkan bahawa epik ini tidak mempunyai catatan dalam bentuk tulisan pada asalnya. Epik ini hanya diwarisi secara turun-temurun melalui lisan oleh penyanyi kalangan rakyat etnik Kirgiz.

Jumlah penduduk Etnik Uzbek hanya 12 ribu orang sahaja. Kebanyakan etnik itu tinggal di bandar dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan industri kraf tangan. Topi kecil, cadar, bantal dan sebagainya yang dijahit oleh wanita etnik Uzbek sangat halus dan disukai orang ramai. Oleh sebab orang etnik Uzbek sudah lama bergaul dengan etnik Uygur dan etnik Kazak, maka tidak terdapat perbezaan yang besar dari aspek adat resam kehidupan mereka.

Etnik KirgizEtnik TajikEtnik Tatar

Jumlah penduduk Tatar adalah yang paling kurang berbanding dengan 9 buah etnik lain yang beragama Islam tersebut. Menurut statistik tahun 2000, jumlah penduduknya hanya mencapai lebih kurang 4800 orang. Kebanyakan penduduk etnik Tatar bekerja dalam bidang perniagaan dan industri kraf tangan, manakala sejumlah kecilnya pula menceburkan diri dalam bidang pertanian dan penternakan. Penduduk etnik Tatar sangat mementingkan pendidikan, maka pembangunan kebudayaan dan pendidikan etnik Tatar adalah lebih awal. Sekolah Tatar Yining yang ditubuhkan pada tahun 1941 merupakan salah sebuah sekolah moden yang paling awal dibina di kawasan Xinjiang. Beberapa orang ahli intelektual etnik Tatar telah menubuhkan sekolah di kawasan terpencil termasuk desa dan kawasan penternakan. Mereka telah memberi sumbangan yang besar bagi pembangunan pendidikan di kawasan Xinjiang.

Sekiranya saudara ingin mengetahui lebih banyak cerita tentang etnik-etnik tersebut, silalah ikuti rancangan bersiri kuiz pengetahuan yang akan dimulakan pada minggu hadapan dalam . Kami mengalu-alukan saudara pendengar menyertai kuiz pengetahuan yang dianjurkan oleh Bahagian Bahasa Melayu CRI kali ini. Semoga saudara berjaya!

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |