v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Lawatan Budaya Muslim di China" (5)
Penduduk di Dataran Tinggi Pamirs--Etnik Tajik dan Etnik Kirgiz
2007-07-16 16:50:28 CRI

Dataran Tinggi Pamirs yang terletak di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China telah dikenali sebagai "Bumbung Dunia". Etnik Tajik dan Kirgiz daripada sepuluh etnik yang beragama Islam di China, telah tinggal di Dataran Tinggi Pamirs.

Jalan bergunung-gunung ke Kaunti Autonomi Tash Kurghan

Kaunti Autonomi Tash Kurghan Etnik Tajik terletak di Dataran Tinggi Pamirs iaitu lebih 300 kilometer ke barat laut dari bandar Kashi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dan merupakan kawasan sempadan China. Kawasan ini bergunung-ganang, oleh itu untuk sampai ke Kaunti Autonomi Tash Kurghan Etnik Tajik dari bandar Kashi memakan masa lebih 4 jam dengan menaiki kereta.

"Tajik" merupakan panggilan bagi Etnik Tajik sendiri yang bermaksud "Mahkota". Dipercayai etnik Tajik berasal usul daripada satu etnik yang kuno di kawasan Asia Tengah, beberapa kumpulan yang menggunakan bahasa Parsi di bahagian timur Dataran Tinggi Pamirs sebelum abad ke-10 sebelum Masehi. Pada tempoh yang lampau, kehidupan etnik Tajik bergantung kepada industri penggembalaan dan pertanian, mereka hidup secara separuh nomad dan separuh kediaman yang tetap. Selepas Republik Rakyat China ditubuhkan, Kaunti Autonomi Tash Kurghan Etnik Tajik telah ditubuhkan pada tahun 1954. Di bawah sokongan kerajaan China, ekonomi etnik Tajik berkembang secara pesat, taraf kehidupan dan kebudayaan etnik Tajik telah dibaiki secara beransur-ansur.

Jika hendak memahami sesebuah etnik, saluran terbaik adalah dengan melawat sendiri ke ruang pameran budaya etnik tersebut. Maka, kami telah datang ke Pusat Kebudayaan Etnik Tajik. Di sini, kami telah berjumpa dengan pemandu pelancong Ai Buli, beliau sedang menerangkan perihal barang-barang etnik Tajik kepada pelancong. Beliau berkata:"Etnik Tajik merupakan satu-satunya ras putih di China yang semua generasinya hidup di Dataran Tinggi Pamirs. Ras putih mempunyai keistimewaan tersendiri, iaitu hidung yang tinggi, rongga mata yang dalam, kelopak mata yang mempunyai dua lipatan dan berkulit amat putih. Ada orang menganggap kami ini kelihatan seperti orang Greece. Kini mengapa kulit kami begitu hitam? Ini kerana sinar ultralembayung amat kuat, kalau kami keluar dari dataran tinggi, ini warna kulit kami akan pulih dalam tempoh sebulan."

Dalam proses sejarah yang panjang, etnik Tajik telah mencipta kebudayaan etnik minoriti yang istimewa, antaranya, perayaan tradisional etnik Tajik juga merupakan salah satu bahagian yang penting daripda adat resamnya. Hari Raya Korban ialah hari raya agama Islam yang tradisional. Ini kerana etnik Tajik dimiliki oleh puak Al-Isma'iliyyah, maka, Hari Raya Korban etnik Tajik mempunyai persamaan dan perbezaan berbanding dengan etnik-etnik Muslim yang lain. Bagaimana etnik Tajik merayakan Hari Korban? Pemandu kami Ai Buli memberitahu kami:

Tarian tradisional Etnik Tajik

"Ketika merayakan Hari Korban, kami harus menyembelih kambing biri-biri. Pada awal setiap tahun, ketika anak bebiri dilahirkan, orang Tajik harus memilih kambing biri-biri untuk Hari Raya Korban pada tahun itu. Keistimewaan kambing biri-biri yang dipilih iaitu matanya yang amat hitam dan warna bulunya yang amat putih. Menjelang Hari Korban, sebelum menyembelih kambing biri-biri, kami harus menghitamkan bulu kening kambing biri-biri itu, kemudian menyembelihnya di atas bumbung rumah. Penyembelihan kambing biri-biri dianggap amat suci ketika perayaan Hari Korban, maka, darah kambing biri-biri tidak boleh menitik di tempat yang kotor. Selepas penyembelihan, darah kambing biri-biri tersebut harus disapu pada dahi dan pipi kanak-kanak yang dipercayai perbuatan ini dapat menunjukkan kebaikan."

Etnik Tajik bukan sahaja mempunyai keistimewaan sendiri semasa hari raya tradisional, tetapi juga telah mempunyai sejarah yang lama dalam aspek etiket harian, khususnya ketika bertemu. Contohnya, ketika orang lelaki berjumpa dengan orang perempuan yang sama umur dengannya, maka orang perempuan itu harus mengucup tapak tangan orang lelaki; ketika dua orang lelaki yang sama umur berjumpa, mereka harus saling mengucup tapak tangan; ketika kedua-dua orang perempuan yang sama umur berjumpa, mereka harus saling mengucup pipi muka, jika mereka ialah saudara-mara, mereka biasanya akan mengucup mulut; ketika orang yang lebih tua berjumpa dengan orang yang lebih muda, orang yang lebih tua mengucup telinga orang yang lebih muda dan orang yang lebih muda harus mengucup tapak tangan orang yang lebih tua untuk menyatakan penghormatan terhadap orang yang lebih tua.

Untuk terus memahami kebudayaan etnik Tajik, kami telah mengunjungi rumah mantan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kaunti Autonomi Tash Kurghan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat yang juga sarjana etnik Tajik, Madalihan.

Mantan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kaunti Autonomi Tash Kurghan Majlis Permesyuaratan Rakyat, Madalihan

Rumah Madalihan merupakan rumah orang etnik Tajik yang tipikal. Rumah mereka lebih kasar, biasanya diperbuat daripada batu atau rumput kering. Semua pintu rumah etnik Tajik dibuat menghala ke arah timur. Ertinya adalah ke arah metahari terbit.

Madalihan memberitahu kami bahawa etnik Tajik juga dikenali sebagai "etnik burung helang" dan "burung helang Pamirs". Mereka mengenali burung helang sebagai lambang kegagahan. Dalam kebudayaan masyarakat tradisional etnik Tajik, terdapat banyak cerita dan lagu etnik Tajik tentang burung helang telah tersebar. Madalihan telah menceritakan satu budaya rakyat tentang alat muzik etnik Tajik—seruling helang.

Seruling helang

"Pada zaman yang silam, di sini ada sepasang lelaki dan wanita yang saling mencintai, tetapi, peristiwa tersebut telah disebarkan kepada ketua mereka. Maka ketua mereka telah memisahkan kedua-dua pasangan tersebut. Selepas itu, ketika pergi keluar untuk mengambil air, wanita tesebut akan mendengar bunyi nyanyian suara lelaki yang datangnya dari kaki gunung. Lelaki itu ada memelihara seekor burung helang, sebelum mati burung helang itu telah berkata kepada lelaki tersebut: 'selepas saya mati, anda boleh menggunakan tulang sayap saya untuk membuat sebatang seruling. Anda akan dapat memainkan muzik yang merdu melalui seruling tersebut.' Maka, lelaki itu telah menggunakan tulang sayap burung helang tersebut untuk membuat sebatang seruling dan telah memainkan lagu yang merdu. Wanita yang telah terpisah dengan lelaki itu selepas mendengar muzik tersebut, beliau telah memandang ke langit, dan menari serupa burung helang yang terbang. Bunyi seruling dan tarian tersebut telah menjadi saksi percintaan mereka. Seiring dengan peredaran masa, bunyi seruling dan tarian tersebut telah membentuk 'seruling helang' dan 'tarian helang" yang kami ketahui."

Ketika kami berbual-bual, bunyi seruling helang yang merdu telah kedengaran dari padang rumput yang berhampiran.

Orang etnik Tajik tempatan telah memainkan seruling helang dan menari di padang rumput tersebut untuk mengalu-alukan kedatangan kami. Madalihan memberitahu kami bahawa orang Tajik sangat suka akan nyanyian dan tarian. Ketika etnik Tajik berhari raya atau mengadakan jamuan perkahwinan, mereka akan menyanyi dan menari. Orang lelaki atau wanita, orang tua atau muda semuanya pandai menyanyi dan menari. Seruling helang biasanya dimainkan secara berpasangan, bahkan seruling helang dijual secara sepasang. Ini menandakan percintaan yang abadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada dua ribu tahun yang lalu, nenek moyang etnik Kirgiz telah hidup di Besen Yenisey, kemudian, mereka berpindah ke arah barat daya dan akhirnya mendiami kawasan Pergunungan Tianshan, bersama-sama hidup dengan etinik Tujue dan Mongolia, lalu membentuk etnik Kirgiz secara beransur-ansur. Kini, kebanyakan orang Kirgiz menduduki kawasan autonomi Kirgiz di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.

"Kirgiz" merupakan nama etnik Kirgiz sendiri. Perkataan tersebut dimiliki oleh bahasa Tujue. Ertinya ialah "empat puluh orang gadis", "empat puluh puak" atau "orang padang rumput". Tentang asal nama etnik Kirgiz, juga ialah satu budaya rakyat .

Pada zaman kuno, di sini ada seorang raja, oleh sebab baginda ingin merampas seorang gadis yang cantik maka baginda telah memfitnah gadis itu dengan mengatakan bahawa dia melakukan persetubuhan dengan abangnya. Oleh itu, raja itu hendak melaksanakan hukuman mati terhadap abang gadis tersebut. Selepas abang gadis itu mati, gadis itu juga turut membunuh sendiri dengan pisau. Raja tersebut amat murka lalu membakar mayat gadis dan abangnya serta menjatuhkan abu tulang mereka ke dalam air sungai di istana Raja. Puteri dan 39 orang anak perempuan kakitangan raja telah meminum air tersebut dan telah mengandung. Selepas peristiwa itu diketahui oleh raja, raja amat murka dan menghalau mereka keluar. Mereka telah melakhirkan 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Mereka saling berkahwin secara turun-memurun, maka dengan ini etnik Kirgiz bentuk secara beransur-ansur.

Gambar bersama-sama wartawan CRI dengan penduduk Etnik Kirgiz

Kebanyakan orang Kirgiz hidup di kawasan padang rumput dan bekerja sebagai penggembala di situ. Mereka menernak kuda, amat suka akan kuda, dan menganggap kuda sebagai haiwan yang mulia, biasanya kuda hanya digunakan untuk tunggangan. Pegawai Jawatankuasa Kawasan Autonomi Kirgiz Majlis Pemesyuaratan Politik Rakyat, Duolikun memaklumkan:

"Orang Kirgiz merupakan etnik penunggang kuda dan bergantung hidup dengan kuda. Beberapa adat resam etnik Kirgiz juga berhubung dengan kuda. Etnik Kirgiz mempunyai satu peribahasa, iaitu: manusia harus mempunyai tiga modal: pertama, ialah badan yang sihat; kedua, orang yang bercintai; ketiga , kuda dan binatang yang lain. Maka, ini dapat menyatakan bahawa kuda amat penting dalam kehidupan etnik Kirgiz."

Etnik Kirgiz menganggap kuda sebagai ahli keluarga sendiri. Selain menernak kuda, mereka juga memakaikan barang-barang yang cantik kepada kuda. Pelana dan rakap harus dibuat daripada bahan yang terbaik dan dibuat oleh tukang yang mahir. Duolikun berkata: "Etnik Kirgiz juga menghiaskan kuda, memakaikan kuda dengan hiasan dan pakaian. Harga hiasan bagi kuda sama dengan harga kuda. Kami amat mementingkan hiasan tersebut. Kadang-kadang harga pelana lebih tinggi berbanding dengan harga kuda. Pada zaman yang lalu, barang kemasa, emas dan perak orang Kirgiz bukan sahaja digunakan oleh kaum perempuan, tetapi juga dihiaskan kepada kuda."

Orang Kirgiz menganggap kuda sebagai kawan yang amat setia atau akrab. Ketika berkahwin, orang lelaki menghadiahkan kuda kepada orang perempuan. Selain itu, orang Kirgiz juga mempunyai adat resam menghadiahkan kuda kepada tetamu yang dimuliakan atau dihormati.

Selain menernak dan amat suka akan kuda, etnik Kirgiz juga suka minum susu kuda. Dalam masa yang lampau, Hari Minum Susu Kuda telah terbentuk secara beransur-ansur.

 

Seorang wanita Etnik Krigiz sedang tujuk cara membuat sejenis minuman yang dibuat daripada susu kuda

Hari Susu Kuda etnik Kirgiz ialah hari pertama pada bulan ketiga menurut kalendar suria Kirgiz, yang juga bersamaan dengan 22 Mei kalendar Masehi. Pada subuh hari tersebut, orang Kirgiz memakai pakaian yang cantik dan membawa kuda mereka ke padang rumput untuk mengadakan sejenis upacara. Pertama, orang yang lebih tua akan berdoa dengan memegang leher kuda untuk memohon supaya mereka dapat hidup selesa. Seterusnya, orang wanita yang lebih tua akan memberi cawan pertama yang berisi susu kuda kepada anak yang terkecil dalam keluarganya dan berharap agar anaknya beroleh sejahtera. Selepas upacara tersebut. Mereka mula menyembelih kambing biri-biri dan makan daging dan juga menyanyi serta menari di padang rumput untuk merayakan Hari Susu Kuda.

Hari tersebut biasanya berlangsung selama tiga hari, supaya mereka dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Soalan 1: Apakah jenis ras Etnik Tajik di China?

A: ras kulit kuning                  B: ras kulit putih

Soalan 2: Apakah jenis binatang yang akan dihadiahkan oleh Etnik Kirgiz kepada tetamu kehormat?

A: kuda                                 B: unta

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |