v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jawapan Tepat Bagi Kuiz Pengetahuan Lawatan Budaya Muslim di China

2007-11-05 12:40:35 CRI

Kampung Najiaying terletak di kaunti Tonghai, provinsi Yunnan. Najiaying merupakan sebuah kampung bersejarah lama yang ditubuhkan oleh keturunan Nabi Muhammad. Maka Kampung Najiaying menjadi stesen pertama dalam "Lawatan Budaya Muslim di China". Kami telah memasuki kampung ini untuk menikmati budaya agama Islam dan adap resam tradisional etnik yang istimewa di sana. Kami telah mengemukakan dua soalan tentang kampung Najiaying. Soalan yang pertama, biasanya berapa jenis sajian akan dihidangkan dalam jamuan menurut tradisi Etnik Hui di Najiaying? Jawapan tepatnya ialah lapan. Etnik Hui di Najiaying mengamalkan konsep berjimat cermat dalam kehidupan mereka. Biasanya hanya lapan jenis sajian akan dihidangkan dalam jamuan dan tiada pembaziran. Soalan yang kedua, berapakah keluasan Masjid Najiaying? Keluasan Masjid Najiaying mencatat 10 ribu meter persegi. Dewan sembahyangnya dapat memuat lebih 3 ribu orang. Masjid tersebut merupakan masjid yang terbesar di seluruh provinsi Yunnan.

Dalam stesen kedua lawatan ini, kami telah melawat ke Dahejia, provinsi Gansu China untuk mengenali pisau Etnik Bao'an, iaitu kraf tangan tradisional Etnik Bao'an yang terkenal.

Biasanya berapakah jumlah proses dalam pembuatan pisau Etnik Bao'an? Jawapan tepatnya ialah 40 hingga 80 proses untuk menghasilkan sebilah pisau Etnik Bao'an. Difahamkan, pada masa dahulu, pisau Etnik Bao'an digunakan untuk mempertahankan diri atau untuk kegunaan dalam kehidupan sehari-harian. Seiring dengan perkembangan teknik berkenaan, pisau Etnik Bao'an beransur-ansur menjadi kraf tangan Etnik Bao'an yang unik.

Etnik Salar kebanyakannya tinggal di Kaunti Autonomi Etnik Salar Xunhua, provinsi Qinghai China. Etnik Salar mempunyai sejarah selama lebih 800 tahun dan kebudayaan yang gemilang. Terdapat sebuah legenda yang penuh keajaiban tentang unta putih yang menceritakan bagaimana Etnik Salar berhijrah dari Asia Tengah ke timur dan akhirnya menetap di Kaunti Xunhua pada waktu sekarang. "Hua Er", sejenis cara menyanyi, mempunyai reputasi tinggi dalam kesenian etnik Salar. 

Etnik Salar ialah sebuah etnik yang suka menyanyi dan cinta akan kehidupan. Soalan pertama tentang Etnik Salar ialah apakah jenis binatang yang dianggap sebagai lambang Etnik Salar? Jawapan tepat ialah unta putih. Soalan yang kedua, di manakah tersimpannya salah satu daripada tiga buah salinan al-Quran tulisan tangan di dunia? Jawapan tepat ialah Xunhua.

Saudara tentu tidak berasa asing terhadap Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang. Etnik Uygur ialah salah satu etnik bersejarah lama yang tinggal di bahagian barat laut China. Mereka mempunyai bahasa dan tulisan etnik sendiri. Maka apakah erti "Bazha" dalam bahasa Uygur? "Bazha" bererti pasar. Pasar di Kashgar amat terkenal. Barang-barang yang dijualkan di pasar ini beraneka jenis sehingga menarik ramai pelancong di dalam dan luar negara untuk melawat dan membeli-belah di sana. Makanan yang paling menonjolkan ciri-ciri Etnik Uygur ialah daging panggang. Terdapat pelbagai jenis daging panggang di Xinjiang. Antaranya, sate daripada daging kambing adalah yang paling terkenal dan adalah yang paling istimewa dan disukai orang ramai. Kambing panggang sentiasa dihidangkan sewaktu menerima tetamu yang terhormat dalam jamuan. Biasanya, pemanggangan seekor kambing akan memakan masa selama dua atau tiga jam.

Stesen yang terakhir dalam "Lawatan Budaya Muslim di China" ini ialah Dataran Tinggi Pamir, bahagian barat daya Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang, China. Terdapat dua etnik minoriti yang beragama Islam di Dataran Tinggi Pamir, iaitu Etnik Tajik dan Etnik Kirgiz. Soalan yang pertama, apakah jenis ras Etnik Tajik di China? Etnik Tajik merupakan satu-satunya ras putih di China yang hidup di Dataran Tinggi Pamir. Etnik Tajik juga dikenali sebagai "Burung Helang Pamir". Mereka menganggap burung helang sebagai lambing kegagahan.

Soalan yang kedua tentang Etnik Kirgiz ialah apakah jenis binatang yang akan dihadiahkan oleh Etnik Kirgiz kepada tetama kehormat? Jawapannya ialah kuda. Kebanyakan orang Kirgiz hidup di kawasan padang rumput dan bekerja sebagai penggembala. Mereka menternak kuda dan amat suka akan kuda. Etnik Kirgiz menganggap kuda sebagai kawan karib. Ketika berkahwin, pengantin lelaki Kirgiz akan menghadiahkan kuda kepada pihak pengantin perempuan. Selain itu, orang Kirgiz juga mempunyai adapt resam yang menghadiahkan kuda kepada tetamu yang dihormati.

Sekianlah jawapan tepat bagi lima siri kuiz pengetahun "Lawatan Budaya Muslim di China". Adakah saudara jawab tepat? Sekiranya saudara mempunyai sebarang pertanyaan tentang jawapan kuiz pengetahuan ini, silalah memberitahu kami.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |