v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hubungan China dengan APEC

2007-11-30 11:19:54 CRI

Pada Januari 1989, Bekas Perdana Menteri Australia Robert James Leehawke semasa melawat Republik Korea telah mengemukakan "prakarsa Seoul", agar mengadakan sidang peringkat menteri rantau Asia-Pasifik untuk membincangkan masalah peningkatan kerjasama ekonomi. Setelah negara-negara berkenaan mengadakan perbincangan, Australia, A.S.,Jepun, Republik Korea, New Zealand, Kanada dan 6 negara anggota ASEAN pada waktu telah mengadakan sidang peringkat menteri Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik(APEC) kali pertama di Canberra Australia, pertubuhan APEC secara rasmi ditubuhkan.

"Perisytiharaan Seoul" yang diluluskan dari Sidang Peringkat Menteri APEC ke-3 yang diadakan di Seoul pada November 1991 telah menetapkan prinsip dan matlamat APEC, iaitu mengembangkan ekonomi dan pembangunan untuk melindungi kepentingan bersama-sama rakyat rantau ini, meningkatkan kerjasama ekonomi antara pelbagai negara anggota, meningkatkan sistem perdagangan banyak hala yang terbuka, membatalkan rintangan perdagangan dan pelaburan rantau tersebut.

Sekarang, pertubuhan APEC mempunyai 21 negara anggota.

Hubungan APEC dengan China

Setelah menganggotai APEC pada tahun 1991, China aktif menyertai pelbagai aktiviti APEC, menyediakan iklim luar yang baik untuk China melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu, meningkatkan hubungan dua hala antara China dan negara anggota APEC yang lain. Sejak tahun 1993, Presiden China menghadiri sidang kemuncak tidak rasmi APEC setiap tahun dan mengemukakan pendirian China dalam sidang tersebut, ini telah memainkan peranan positif dan bersifat membina untuk menjayakan sidang itu. Pada tahun 2001, Shanghai China telah secara berjaya mengadakan sidang kemuncak tidak rasmi APEC.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |