v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Senarai Nama Pemenang Kuiz Pengetahuan "Lawatan Budaya Muslim di China"

2007-11-13 14:10:44 CRI

Kami mengumumkan senarai nama pemenang kuiz pengetahuan "Lawatan Budaya Muslim di China". Mereka akan mendapat hadiah peringatan Sukan Olimpik Beijing 2008. Dua orang pendengar terpilih sebagai pemenang pertama kuiz ini, iaitu Encik Mohamad Isa Bin Wahab dari Malaysia dan Khairol Azri B. Haji Md. Kassim dari Brunei Darussalm. Kami menyampaikan tahniah kepada mereka! Sebanyak tiga orang pendengar menjadi pemenang kedua, iaitu Ahmad Soervadi Bin Abd. Kahar dari Malaysia, Puan Sulartri dan Azmi Waluyo dari Indonesia. Yang menjadi pemenang ketiga ialah Peter NG dan Zaiton Ajamain dari Malaysia, pendengar setia CRI, Encik Suwito serta Abd, Rahmat. Z.T. dan Ervina Talalu dari Indonesia. Kami mengucapkan tahniah kepada kesemua pemenang tersebut. Hadiah dan sijil pengakuan kuiz ini akan dikirimkan kepada saudara dengan secepat mungkin. Selain itu, pendengar lain yang telah menyertai kuiz ini juga akan mendapat hadiah kenang-kenangan yang khusus disediakan oleh Bahagian Bahasa Melayu CRI. Terima kasih para pendengar yang memberi sokongan kukuh kepada usaha kami. Semoga saudara terus memberikan perhatian kepada kami.

Kuiz pengetahuan "Lawatan Budaya Muslim di China" telah mendapat alu-aluan daripada para pendengar. Kami sangat besar hati kerana ramai pendengar berturut-turut mengeluarkan pandangan masing-masing tentang kuzi pengetahuan tersebut. Seterusnya kami memetik pandangan beberapa pendengar tentang kuiz pengetahuan ini.

Khairol Azri B. Haji Md. Kassim, pemenang pertama dari Brunei Darussalam berpendapat bahawa "sepuluh etnik minoriti muslim China yang memiliki identiti, sejarah dan kebudayaan yang tersendiri jelas mewarna-warnikan lagi negara China yang sememangnya unik dan menarik. Saya belum pernah melancong ke negara China tetapi melalui artikel dan siaran yang dipersembahkan oleh CRI menjadikan saya seolah-olah berada di negara China."

Pendengar dari Malaysia, pemenang kedua Encik Ahmad Soervadi Abd. Kahar berkata bahawa: "Budaya dan cara hidup mereka sungguh unik. Saya berharap agar mereka sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni di samping mengekalkan keunikan cara hidup mereka."

Encik Suwito pemenang ketiga, dari Indonesia telah mengeluarkan pandangannya tentang Etnik Salar yang terlibat dalam kuiz pengetahuan ini: "Melalui siri ketiga ini saya dapat mengetahui bahawa Etnik Salar mempunyai keunikan tersendiri dengan legenda mata air unta putihnya dan juga reka bentuk bangunan rumah yang berukiran cantik serta upacara perkahwinan yang telah menggabungkan ciri agama Islam dengan ciri tempatan ataupun alat muzik yang hanya sebesar ibu jari tangan dan lagu Hua Er yang penuh dengan ciri etnik Salar yang bukan sahaja menceritakan pemandangan yang istimewa di Xunhua tapi juga menggambarkan kehidupan etnik Salar bahagia. Kesemuanya itu telah mewujudkan kebudayaan etnik Salar yang tersendiri dan menarik perhatian."

Saudara Rikrik Rahdian berpendapat bahawa: "Kuiz Pengetahuan Lawatan Budaya Muslim Di China sangat menarik dan informatif, terutama gambar-gambar yang ditampilkan, sangat indah."

Saudara Abd. Rahmat telah menyatakan bahawa "Sangat menarik, saya sendiri baru tahu kalau ternyata di China banyak etnik yang beragama Islam dengan budaya muslim yang unik. Saya sangat setuju diadakannya kuiz-kuiz semacam ini, kerana selain bunyak pengetahuan, kita dapat juga mengetahui budaya muslim di China."

Saudara Azmi Waluyo berkata bahawa "Amat menarik ketika saya mendengar ada 10 etnik minoriti China beragama Islam dan mempunyai kebudayaan yang luar biasa menariknya. Dengan menampilkan ciri khas budaya dari kesepuluh-sepuluh etnik minority China yang beragama Islam di CRI Malay membuat kami berpengetahuan luas tentang China. Budaya mereka membuat para pendengar berkesan. Itulah pandangan daripada saya. Saya harap suatu hari nanti dapat berjumpa dengan 10 etnik itu di China."

Saudari Norhayati dari Malaysia berpendapat bahawa: "Kuiz ini merupakan langkah awal yang bagus untuk mengenal dan memahami budaya muslim di China. Dengan mendengarkan artikel tentang etnik-etnik minoriti membuat saya merasa benar-benar sedang melancong ke tempat-tempat tersebut."

Budiwan berkata bahawa: "Dengan mengikuti kuiz lawatan budaya muslim di China, membuat saya terkesan dengan kebudayaan China umumnya, kebudayaan Islam khususnya."

Hindun dari Indonesia berpandangan bahawa "Saya rasa kuiz semacam ini haruslah diadakan lagi di masa mendatang, sebab dengan demikian saya akan dapat mengetahui lebih banyak tentang budaya-budaya masyarakat muslim di China."

Kami mengucapakn ribuan terima kasih kepada para pendengar yang menyertai aktiviti ini dan mengeluarkan pandangan masing-masing terhadap kuiz pengetahuan ini. Kami akan terus berusaha dengan sedaya upaya untuk membuat lebih banyak rancangan yang bermutu tinggi dan mengadakan aktiviti yang lebih menarik bagi para pendengar.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |