v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengumuman Kuiz Pengetahuan Sukan Olimpik Beijing---"Bertemu 2008"

2007-11-05 15:29:01 CRI

Saudara pendengar, Sukan Olimpik Musim Panas Ke-29 akan diadakan di Beijing pada bulan Ogos tahun yang akan datang. Ini bukan hanya sebuah peristiwa penting bagi rakyat seluruh China, tetapi juga merupakan temasya sukan meriah yang mendapat perhatian seluruh dunia. Maka sejumlah besar pendengar telah menghantarkan surat atau e-mel kepada kami untuk mengucapkan salam terhadap Sukan Olimpik Beijing. Untuk menjadikan para pendengar lebih mengetahui dan memahami Sukan Olimpik Beijing dan juga meyebarkan semangat Ssukan Olimpik. Radio Antarabangsa China (CRI) akan mengadakan Kuiz Pengetahuan Sukan Olimpik Beijing-"Bertemu 2008" melalui 38 jenis bahasa asing dan bahasa Mandarin serta empat dialek China. Kuiz pengetahuan ini terdiri daripada empat siri. Dalam siri pertama akan diperkenalkan keadaan persiapan penganjuran Sukan Olimpik Beijing secara menyeluruh. Dalam siri kedua kami akan menjelaskan slogan dan maskot Sukan Olimpik Beijing. Dalam siri ketiga akan diperkenalkan gelanggang pertandingan untuk Sukan Olimpik Beijing dan dalam siri yang terakhir kami akan memperkanalkan sebanyak 6 buah bandar kerjasama Sukan Olimpik Beijing. Rancangan kuiz pengetahuan tersebut akan disiarkan sejak 16 November iaitu hari Jumaat minggu hadapan dalam "Ruangan Pendengar". Penerimaan jawapan kuiz pengetahuan ini akan berakhir pada 1 Mei tahun 2008. Kami akan memilih pemenang hadiah pertama, kedua dan ketiga. Antara kesemua pemenang hadiah pertama seluruh CRI itu, seramai 8 orang pemenang akan terpilih sebagai pemenang istimewa. Lapan pemenang istimewa tersebut akan dijemput oleh CRI untuk melawat ke Beijing selama 10 hari pada bulan Jun tahun 2008. Mereka berkesempatan untuk melawat stadium Sukan Olimpik dan dapat bertemu bual dengan atlet Sukan Olimpik China yang terkenal. Kami mengalu-alukan saudara menyertai aktiviti kuiz pengetahuan ini. Semoga saudara capai kejayaan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |