v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (1): Persiapan Penganjuran Sukan Olimpik Beijing Berjalan Lancar
2007-11-22 09:38:12 CRI

Dalam Sidang Pleno Ke-112 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (CIO) yang diadakan di Moscow, Rusia pada 13 Julai tahun 2001, bandar Beijing berjaya mendapat hak penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas Tahun 2008. Ini merupakan julung kalinya Sukan Olimpik diadakan di China. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing ditubuhkan pada Disember tahun 2001, sejak itulah kerja persiapan penganjuran Sukan Olimpik Beijing dimulakan secara rasmi dan Sukan Olimpik Beijing akan diadakan pada 8 hingga 24 Ogos tahun 2008.

"Beijing" bermakna "Ibu Negara Utara" dalam bahasa China. Beijing yang bersejarah selama lebih 3 ribu tahun merupakan ibu negara China pada Dinesti-dinasti Yuan, Ming dan Qing zaman feudal. Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, Beijing menjadi ibu negara China baru. Kini, Beijing berkembang pesat menjadi sebuah metropolitan antarabangsa moden yang mempunyai penduduk seramai 13 juta orang.

Beijing mempunyai warisan budaya bersejarah yang berharga. Tembok Besar, keajaiban dunia bengkang-bengkok di wilayah Beijing; Istana Musim Panas yang pemandangannya indah merupakan karya klasik taman diraja pada zaman perbu China; Kota Larangan merupakan kompleks istana diraja yang paling megah di seluruh dunia; Taman Tiantan yang megah seni binanya merupakan tempat Maharaja China memuja langit. Keempat-empat tempat peninggalan sejarah tersebut sudah disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO). Namun, corak tradisi Beijing yang paling menarik ialah lorong dan Siheyuan, rumah yang mempunyai laman Beijing yang semakin berkurang. Lorong dan Siheyuan Beijing dianggap sebagai bukti sejarah kehidupan penduduk Beijing selama beberapa ratus tahun.

Dalam tempoh selama enam tahun yang lalu sejak Beijing memperoleh hak penganjuran Sukan Olimpik 2008 pada tahun 2001, Beijing telah berusaha sedaya upaya dalam kerja persiapan penganjuran Sukan Olimpik. Naib Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Wang Wei semasa diwawancara oleh wartawan CRI telah menyatakan bahawa matlamat kerja persiapan bagi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing adalah untuk mengadakan Sukan Olimpik yang mempunyai keunikan dan bermutu tinggi. Beliau berkata:

"Menganjurkan Sukan Olimpik 2008 yang mempunyai keunikan dan bermutu tingi merupakan janji kami kepada dunia dan juga adalah tuntutan dan harapan kerajaan dan rakyat China. Kerja persiapan penganjuran Sukan Olimpik Beijing sedang berkembang lancar menurut jadual."

Dimaklumkan bahawa maksud "Sukan Olimpik yang mempunyai keunikan dan bermutu tinggi" tersebut diperlihatkan dalam lapan aspek, iaitu stadium dan kemudahan sukan yang baik dan penganjuran sukan yang bermutu tinggi, aktiviti kebudayaan dan upacara perasmian yang bermutu tinggi, pendapat umum yang baik dan perkhidmatan media yang bermutu tinggi, kerja kawalan keselamatan yang bermutu tinggi, perkhidmatan sukarelawan yang bermutu tinggi, perkhidmatan kehidupan dan lalu lintas yang bermutu tinggi, imej peradaban bandar yang tinggi dan pencapaian unggul yang dicapai oleh para atlet.

Menurut Encik Wang Wei, sebagai focus utama dalam usaha persiapan penganjuran Sukan Olimpik, pembinaan projek stadium Sukan Olimpik berjalan lancar. Sebanyak 10 buah stadium antara 37 buah stadium pertandingan Sukan Olimpik Beijing telah selesai dibina dan stadium yang lain akan diselesaikan pada penghujung tahun 2007 kecuali Stadium Negara, stadium utama Sukan Olimpik Beijing yang akan selesai dibina pada awal tahun 2008. Selain itu, perjalanan kerja persiapan penganjuran Sukan Olimpik Beijing yang lain juga memuaskan. Kini, jadual tarikh pertandingan telah ditetapkan. Penciptaan upacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik juga diselesaikan dan latihan upacara perasmian dan penutupan sedang dijalankan. Pengarah filem terkenal China, Zhang Yimou menjawat jawatan ketua pengarah upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing. Laluan larian obor Sukan Olimpik Beijing yang menarik perhatian umum sudah diumumkan. Obor Olimpik berkemungkinan dibawa ke puncak tertinggi global, iaitu Puncak Zhumulangma.

Usaha persiapan penganjuran Sukan Olimpik Beijing telah mendapat sokongan kuat daripada warga China dan penduduk Beijing terutama dalam bidang pemilihan sukarelawan untuk Sukan Olimpik Beijing. Sukan Olimpik Beijing memerlukan lebih kurang 100 ribu orang sukarelawan, namun jumlah orang yang mendaftar diri sudah mencatat lebih 500 ribu orang setakat penghujung bulan Julai lalu. Keghairahan besar rakyat China terhadap Sukan Olimpik telah memberikan kesan mendalam kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Encik Wang Wei menyatakan bahawa:

"Kerja pemilihan sukarelawan bagi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik sudah dimulakan secara menyeluruh di 31 buah provinsi, bandar dan wilayah autonomi di tanah besar China. Kerja pemilihan sukarelawan di kawasan Hong Kong, Makau, Taiwan dan seberang laut juga diadakan secara menyeluruh. Setakat penghujung bulan Julai lalu, jumlah orang yang mendaftar diri telah melebihi 560 ribu orang. Bilangan dan kualiti sukarelawan kami adalah terjamin."

Bandar yang menyelenggarakan Sukan Olimpik haruslah mempunyai keadaan lalu lintas dan persekitaran bandar yang baik. Beijing telah mencapai kemajuan ketara dalam kedua-dua aspek tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam tempoh selama 6 tahun yang lalu, Beijing telah bergiat membina kemudahan lalu lintas landasan. Projek landasan kereta api bawah tanah nombor 5 telah diselesaikan tahun ini. Projek landasan kereta api bawah tanah nombor 4 dan nombor 10 serta projek transit aliran ringan dari bandar ke lapangan terbang berturut-turtu telah dimulakan dan dijangka akan diselesaikan pada tahun 2008. Jarak lalu lintas landasan di bandar Beijing pada masa itu akan mencatat 200 kilometer. Ini tentu akan memberikan jaminan kukuh bagi lalu lintas awam dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing.

Di samping itu, Beijing juga mencapai kemajuan besar dalam bidang pengawalan alam sekitar bandar. Dalam tempoh dari tahun 1998 hingga tahun 2006, bandar Beijing telah menyelesaikan sebanyak 20 buah projek besar untuk membaiki alam sekitar dengan peruntukan sebanyak 12.2 bilion dolar Amerika. Bilangan hari yang kualiti udaranya mencapai piawaian iaitu mencapai kategori ke-2 atau ke atas sudah bertambah kepada 241 hari pada tahun 2006 daripada 100 hari pada tahun 1998. Kadar liputan pokok dan rumput di bandar Beijing telah mencapai 42% pada penghujung tahun 2006. Kadar rawatan air kumbahan juga mencapai 90%. Encik Wang Wei berkata:

"Alam sekitar dan keadaan lalu lintas bandar Beijing telah dibaiki. Dasar harga tiket murah bas awam telah dilaksanakan. Menurut konsep 'Sukan Olimpik Hijau', kerja pembaikpulihan alam sekitar terus dijalankan dan kualiti air sungai dan tasik serta udara yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat semakin meningkat. Selain itu, persekitaran sosiobudaya bandar semakin dibaiki dan masyarakat semakin harmoni." Encik Wang Wei memberitahu kami bahawa sebelum Sukan Olimpik Beijing diadakan, Beijing akan terus meningkatkan usaha persiapan dalam pelbagai bidang berdasarkan kelaziman Sukan Olimpik dan antarabangsa serta arahan kerajaan China tentang penyelenggaraan Sukan Olimpik. Beliau berkata bahawa:

"Kami dengan ikhlas berharap saudara sekalian agar memberikan perhatian kepada usaha persiapan penganjuran Sukan Olimpik Beijing. Marilah kita berusaha bersama-sama untuk menjayakan Sukan Olimpik Beijing 2008 yang mempunyai keunikan dan bermutu tinggi, memberi sumbangan untuk perkembangan usaha Olimpik dan pewujudan sebuah dunia yang lebih harmoni."

Soalan:

1.Apakah matlamat kerja persiapan bagi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing?  (  )

(A) Menjayakan Sukan Olimpik Beijing sebagai Sukan Olimpik yang "istimewa dan bertaraf tinggi"

(B)  Menjayakan Sukan Olimpik Beijing sebagai Sukan Olimpik yang "harmoni dan menarik"

 

 

2.Bila upacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Beijing diadakan? (  )

 

(A) Upacara Perasmian Sukan Olimpik Beijing akan diadakan pada 8 Ogos 2008 dan upacara penutupan pada 24 Ogos 2008.

(B) Sukan Olimpik Beijing akan dirasmikan pada 15 Ogos 2008 dan ditutup pada 30 Ogos 2008.

Sila klik sini untuk mengikuti Kuiz Pengetahuan "Bertemu 2008": https://malay.cri.cn/other/contest2008/

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |