v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (2):Slogan dan Maskot Sukan Olimpik Beijing
2007-11-29 12:01:36 CRI

Sukan Olimpik Beijing 2008 akan diadakan secara meriah di Beijing pada 8 Ogos tahun 2008. Untuk memperkenalkan konsep penganjuran Sukan Olimpik Beijing dengan lebih baik dan memaparkan budaya China yang bersejarah kepada seluruh dunia, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengeluarkan slogan dan maskot Sukan Olimpik Beijing secara berturut-turut pada tahun 2005. Maka apakah slogan dan maskot Sukan Olimpik Beijing? Apakah erti mereka masing-masing?

Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Li Changchun telah mengumumkan slogan Sukan Olimpik Beijing 2008 di Stadium Pekerja Beijing pada malam 26 Jun tahun 2005.

"Slogan Sukan Olimpik 2008 ialah 'One World One Dream.'"

Slogan Sukan Olimpik merupakan kesingkatan dan rumusan konsep Sukan Olimpik dan budaya negara penganjurnya. Sejak Sukan Olimpik Seoul pada tahun 1988, tuan rumah Sukan Olimpik setiap kali akan mengemukakan sebuah slogan yang ringkas. Misalnya semasa Sukan Olimpik Athens 2004, orang Yunani dengan bangganya meneriakkan slogan "Welcome Home". Ini bukan sahaja menyampaikan alu-aluan ikhlas Sukan Olimpik Athens kepada para anggota dalam keluarga Olimpik sedunia, malahan pula menunjukkan kegembiraan dan kebanggaan mereka terhadap kepulangan Sukan Olimpik ke Greece, tempat asal Sukan Olimpik.

Apakah ertinya slogan Sukan Olimpik Beijing, iaitu "One World One Dream"? Menurut penjelasan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, slogan tersebut telah mengeluarkan harapan bersama rakyat seluruh dunia mengejar masa hadapan yang bahagia dengan dorongan semangat Olimpik. Di samping itu, slogan ini juga menunjukkan cita-cita rakyat Beijing dan China yang bersedia bersama-sama rakyat pelbagai negara di dunia untuk mencipta kehidupan yang bahagia dan masa hadapan yang lebih cerah. Selain itu, budaya tradisional China sentiasa mementingkan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam serta manusia dengan manusia. Maksud dalam slogan Sukan Olimpik Beijing, iaitu pembangunan harmoni, hidup bersama secara aman dan kerjasama saling menguntungkan adalah selaras dengan unsur dalam budaya tradisional China. Pakar pengkajian Sukan Olimpik di Universiti Peking, Encik Zhang Yiwu berpendapat bahawa:

"Teras slogan ini ialah dunia dan impian. Satu dunia bermakna China mempunyai semangat pembukaan untuk menjalinkan hubungan dengan seluruh dunia. Satu impian bererti China dan dunia mengekalkan harapan yang sama terhadap Sukan Olimpik dan pandangan nilai yang dicintai manusia seperti keamanan."

 

Walaupun slogan ini ringkas, namun merupakan hasil kecerdasan orang ramai. Bahagian Aktiviti Kebudayaan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing bermula mengumpulkan slogan cadangan Sukan Olimpik dari dalam dan luar negara pada 1 Januari tahun 2005. Sejumlah lebih 210 ribu buah slogan cadangan sudah diterima dalam tempoh sebulan sahaja. Rakayt China dari pelbagai provinsi, bandar, wilayah autonomi, serta Hong Kong, Makau dan Taiwan, orang Cina serta perantau China dan orang asing dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Norway dan Brazil telah menyampaikan cadangan masing-masing.

Akhirnya melalui pemilihan, pengkumpulan pandangan dari pelbagai peringkat masyarakat serta pengkajian pihak berkenaan, "One World One Dream" telah ditetapkan sebagai slogan Sukan Olimpik Beijing oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing. Boleh dikatakan bahawa slogan ini memperlihatkan perhatian para pakar pelbagai bidang seluruh China serta salam dan perhatian sepenuhnya rakyat dunia terhadap Sukan Olimpik Beijing.

Maskot Sukan Olimpik Beijing 2008 turut diumumkan bersempena dengan kiraan detik 1000 hari perasmian Sukan Olimpik Beijing, iaitu 11 November, 2005. Maskot tersebut ialah 5 Fuwa yang bernama Beibei, Jingjing, Huanhuan, Yingying dan Nini. Dengan lima Fuwa tersebut, Sukan Olimpik Beijing telah menjadi Sukan Olimpik yang paling banyak maskot dalam sejarah.

Reka bentuk kelima-lima Fuwa ini direka berdasarkan ikan, panda, Api Suci Sukan Olimpik, antelop Tibet dan burung laying-layang yang masing-masing melambangkan laut, hutan, api, bumi dan langit dan menandakan keharmonian manusia dengan alam. Erti tersebut selaras dengan konsep "Sukan Olimpik Hijau" yang dianjurkan oleh Sukan Olimpik Beijing. Selain itu, reka bentuk Fuwa juga mengandungi pelbagai unsur kebudayaan China. Misalnya imej Beibei yang direka berdasarkan ikan telah mengambil cara melukis lukisan Tahun Baru China yang tradisional. Yang lebih menarik perhatian adalah semasa menyambungkan nama kelima-lima Fuwa itu berbunyi "Beijing Huan Ying Ni!" yang bererti "Selamat datang ke Beijing!" dalam bahasa Mandarin. Lima Fuwa tersebut juga melambangkan lima kalungan Olimpik. Naib Pengerusi Suruhanjaya Penyelarasan Sukan Olimpik Beijing Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Encik Kevan Gosper telah menyampaikan pujian terhadap maskot Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata:

"Fuwa, maskot Sukan Olimpik Beijing terdiri daripada lima imej yang comel. Mereka bersatu padu macam lima jari tangan. Fuwa telah melambangkan lima kalungan Olimpik dan memperlihatkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam dan imejnya penuh dengan daya imaginasi."

Soalan:

(1): Apakah slogan Sukan Olimpik Beijing?  (  )

(A)"Sukan Olimpik Hijau, Sukan Olimpik Sosiobudaya, Sukan Olimpik Sains dan Teknologi"

(B) "Satu Dunia, Satu Impian"

(2):Apakah namanya kelima-lima Fuwa, maskot Sukan Olimpik Beijing? (  )

(A) Nannan, Dongdong, Juju, Beibei dan Jingjing

(B) Beibei, Jingjing, Huanhuan, Yingying dan Nini

 

Sila klik sini untuk mengikuti Kuiz Pengetahuan "Bertemu 2008": https://malay.cri.cn/other/contest2008/

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |