v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (3): Stadium Sukan Olimpik
2007-12-03 13:30:28 CRI

Sebagai bahagian penting dalam usaha persiapan penganjuran Sukan Olimpik, projek pembinaan stadium Sukan Olimpik Beijing berjalan lancar. Dalam rancangan ini kami akan memperkenalkan keadaan pembinaan stadium pertandingan Sukan Olimpik Beijing.

Sukan Olimpik Beijing memerlukan sebanyak 37 buah stadium pertandingan. Antaranya termasuk 19 buah stadium yang baru, 11 buah stadium yang diubahsuaikan dan 7 buah stadium sementara. Peruntukan untuk pembinaan stadium tersebut dijangka mencatat 2.67 bilion dolar Amerika. Kerajaan China dan Beijing amat mementingkan projek pembinaan stadium Sukan Olimpik. Pereka dan Pembina yang terkenal di dalam dan luar negara telah menyertai reka bentuk dan pembinaan stadium. Reka bentuk stadium amat moden dan menggunakan teknologi canggih dan mempunyai nilai estetik yang tinggi. Reka bentuk stadium utama seperti Stadium Negara yang juga dinamakan "Sarang Burung" dan Pusat Renang Negara yang juga dikenali sebagai "Kubus Air" telah mendapat pujian baik dan dijangka akan menjadi contoh klasik dalam sejarah pembinaan Olimpik.

Upacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Beijing 2008 akan diadakan di Stadium Negara. Oleh sebab bentuknya yang istimewa, ia juga dipanggil sebagai "Sarang Burung". "Sarang Burung" mula dibina di Taman Olimpik bahagian utara bandar Beijing pada penghujung bulan Disember tahun 2003. Kini projek pembinaan "Sarang Burung" sudah diselesaikan. Naib Ketua Jurutera projek tersebut, Li Jiulin menyatakan bahawa tugas yang seterusnya adalah memaikaikan "pakaian luar" yang lut sinar pada rangka keluli "Sarang Burung" itu. Pakaian tersebut adalah untuk menahan angin dan hujan untuk para penonton dalam stadium. Nama profesional pakaian luar tersebut ialah "selaput". "Selaput" ialah sejenis bahan teknologi tinggi semacam kaca atau plastik. Bahan ini lut cahaya dan udara dan juga dapat menahan air dan debu. Bahan ini masih jarang diguna di arena antarabangsa. Setakat ini hanya stadium bola sepak Piala Dunia di Munich, Jerman telah menggunakan struktur selaput seperti ini.

Kegunaan teknologi dan bahan baru secara besar-besaran merupakan keunikan besar dalam pembinaan "Sarang Burung". Li Jiulin berkata: "Reka bentuk projek ini amat istimewa. Struktur keluli dan selaput banyk diguna dalam projek ini. Oleh sebab itu masalah teknikal projek ini tidak terdapat rujukan pengalaman sebelum ini. Selain itu reka bentuk yang luar biasa sudah melebihi piawaian sekarang. Maka belum terdapat rujukan yang dapat dicontohi sekarang dalam pelbagai bidang seperti reka bentuk, pembinaan, pengujian dan sebagainya."

Maka proses pembinaan "Sarang Burung" merupakan proses mencabarkan kesukaran. Para pembina menyelesaikan kesemua kesusahan melalui pengkajian sains dan teknologi serta pembaharuan piawaian dan inovasi reka bentuk khas sehingga merealisasikan pembinaan projek ini. Seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik Beijing tahun 2008, "Sarang Burung" ini juga akan menjadi tumpuan perhatian seluruh dunia dan menjadi mercu tanda yang baru bandar Beijing.

Menurut rancangan, pembina stadium Sukan Olimpik sudah mempertimbangkan peralihan antara fungsi sukan, kebudayaan, pameran, perniagaan, pelancongan dan aktiviti riadah lain. Selain itu stadium Sukan Olimpik Beijing juga harus mempunyai pelbagai kemudahan seperti lalu lintas, telekomunikasi dan keselamatan supaya digunakan secara komersial pada masa selepas Sukan Olimpik.

Selepas Sukan Olimpik Beijing, Stadium Negara akan menjadi stadium tuan rumah bagi Kelab Bola Sepak Guoan Beijing dan pusat perniagaan dan riadah. Naib Pengarah Syarikat Stadium Negara Bhd. Encik Zhang Hengli menyatakan: "Selepas Sukan Olimpik Beijing ditutup, kami akan berturut-turut menganjurkan beberapa aktiviti perdagangan dan membina kemudahan bagi aktiviti tersebut."

Pertandingan seperti berenang, junam dan polo air Sukan Olimpik Beijing akan diadakan di Pusat Renang Negara, iaitu "Kubus Air" yang berjiran dengan "Sarang Burung". "Kubus Air" merupakan satu-satunya stadium Sukan Olimpik yang menerima dermaan daripada orang setanah air di Hong Kong, Makau dan Taiwan serta orang Cina dan perantau China di seberang laut. Bentuk bangunan "Kubus Air" yang biru itu penuh fantasi bagi orang ramai. Konsep "air" telah diperlihatkan melalui struktur molekul air dan "kubus" yang istimewa. Pereka bentuk pihak China, Encik Wang Min menjelaskan: "Kami mempunyai harapan baik pada mula-mulanya. Akhirnya kami memilih reka bentuk ini melalui pengkajian lama. Sistem struktur pembinaan "Kubus Air" ialah struktur molekul air yang ditunjukkan melalui bentuk gelembung air."

Selain itu, pembinaan stadium-stadium Sukan Olimpik Beijing juga menonjolkan konsep "Sukan Olimpik Hijau" dan "Sukan Olimpik Sains dan Teknologi". Pusat Kapal Layar Olimpik Qingdao, provinsi Shandong China yang akan menganjurkan pertandingan kapal layar Sukan Olimpik Beijing telah menunjukkan konsep tersebut. Konsep "Sukan Olimpik Hijau" diperlihatkan dalam pelbagai perincian di seluruh pusat tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Perlindungan Alam Sekitar Jawatankuasa Kapal Layar Olimpik Qingdao, Encik Li Zhipeng memperkenalkan bahawa teknologi pemeliharaan alam sekitar termasuk teknik tenaga suria, pam haba air luat dan penjanaan kuasa elektrik dengan tenaga angin telah digunakan secara luas di pusat ini. Sistem tenaga suria yang digunakan dalam Pusat Atlet-atlet dan Pusat Jaminan Perkhidmatan dapat membekalkan tenaga bersih kepada kolam renang dan sistem penyaman udara. Encik Li Zhipeng menyatakan bahawa mereka berharap konsep "Sukan Olimpik Hijau" diresap ke dalam sanubari orang ramai melalui penggunaan kemudahan pemeliharaan alam sekitar dan penjimatan tenaga tersebut.

Beliau berkata: "Kami menggunakan teknologi tinggi dalam Pusat Kapal Layar Olimpik ini unuk memberi contoh kepada umum bagi memperkenalkan konsep Sukan Olimpik Hijau."

Beijing berjaya mendapat hak penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas Ke-29 pada 13 Julai tahun 2001. Sejak itulah Beijing telah menggubal rancangan persiapan terperinci dan melaksanakannya secara beransur-ansur. Projek pembinaan stadium pertandingan Sukan Olimpik berturut-turut dimulakan pada penghujung tahun 2003. Reka bentuk beransur-ansur menjadi realistik. Pengerusi Suruhanjaya Penyelarasan Sukan Olimpik Musim Panas Ke-29 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Encik Hain Verbruggen telah memberi penilaian tinggi terhadap pembinaan stadium Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata: "Saya berasa sangat gembira kerana projek tersebut sedang dijalankan mengikut rancangan. Maka saya amat gembira apabila saya tengok kesemua projek ini beransur-ansur menjadi realistik."

Soalan:

1: Berapakah jumlah stadium pertandingan Sukan Olimpik Beijing?  (   )

(A) 37 buah

(B) 40 buah

2: Apakah nama Stadium Negara bagi upacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Beijing? (   )

(A) Sarang Burung

(B) Kubus Air

Sila klik sini untuk mengikuti Kuiz Pengetahuan "Bertemu 2008": https://malay.cri.cn/other/contest2008/

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |