v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seni Bina Bangunan Pada Dinasti Tang Dalam Sejarah China

2007-12-14 18:53:34 CRI

Dinasti Tang ( tahun 618-907 masehi) merupakan period rancak perkembangan ekonomi dan kebudayaan daripada masyarakat feudal China. Seni bina Dinasti Tang bercirikan megah, rapi, terbuka dan ringkas.

Perancangan keseluruhan deretan bangunan China semakin terbentuk pada Dinasti Tang. Sejumlah besar istana, pejabat dan taman binatang yang berskop besar telah dibina di Chang'an ( Xi'an ) dan Luoyang, ibunegara Dinasti Tang, dan pengaturan bangunan tersebut amat rasional. Chang'an merupakan Bandar terbesar di dunia semasa itu, dimana perancangannya amat rapi, Istana Daming, istana diraja dalam Bandar Chang'an sangat megah, lingkungan kesan peninggalannya hampir sama lebih 3 kaliganda berbanding keluasan Kota Larangan Dinasti Qing China.

Pagoda Dayanta di Xi'an, provinsi Shaan'xi

Bangunan yang dibina dengan bahan kayu pada Dinasti Tang telah memperlihatkan kesatuan antara seni dengan bentuk sturuktur, alat-alat pembinaan termasuk "dougong", tiang dan alang telah memanifestasikan pemaduan padat antara tenaga dengan seni bina. Dewan Kuil Foguang yang terletak di Gunung Wutai Provinsi Shanxi China merupakan bangunan tipikal Dinasti Tang dan penuh kelihatan seni bina tersebut.

Selain daripada itu, bangunan yang dibina dengan batu bata telah digunakan rancak pada Dinasti Tang dan sebahagian besar pagoda Budhhaa yang dibina dengan batu bata, antara lain Pagoda Dayanta dan Pagoda Xiaoyanta yang terletak di Xi'an serta Pagoda Qianxun, Dali Provinsi Yunnan China merupakan pagoda batu bata Dinasti Tang China yang sedia ada.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |