
Kawasan Perlindungan Alam Gunung Dinghu di Zhaoqing, provinsi Guangdong merupakan kawasan perlindungan alam pertama di China. Kawasan tersebut ditubuhkan pada tahun 1956. Kawasan perlindungan punca tiga sungai yang ditetapkan pada tahun 2000 merupakan kawasan perlindungan yang paling besar (keluasannya 316 ribu kilometer persegi). Kawasan perlindungan itu terletak di tengah Dadaran Qinghai-Tibet. Setakat penghujung tahun 2002, sebanyak 1757 buah kawasan perlindungan alam ditubuhkan di China dan keluasannya mencatat 132.95 juta hektar, menduduki 13.2% keluasan darat China.
|