v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengumuman Kuiz Pengetahuan "Indahnya Guangxi"

2008-05-08 10:44:21 CRI

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang, Guangxi China. Bermula pada 12 Mei, kami akan menyiarkan siri kuiz pengetahuan "Indahnya Guangxi" dalam rancangan "Pelancongan di China" pada setiap Isnin. Kami akan membawa saudara menikmati pemandangan yang indah di Guangxi.

Kuiz pengetahuan ini terdiri daripada lima rencana dan kami akan menyiarkan siri kuiz pengetahuan ini sebanyak tiga pusingan. Pada akhir setiap rencana, kami akan mengemukakan dua soalan untuk saudara jawab.

Antara semua pendengar CRI yang menjawab setiap soalan tersebut dengan betul, 10 orang akan dipilih sebagai pemenang khas yang akan dijemput melawat ke China pada pertengahan Disember nanti. Selain itu, kami juga akan memilih pemenang hadiah pertama, kedua dan ketiga, dan memberikan cendermata kepada mereka.

Saudara boleh mengambil bahagian dalam kuiz pengetahuan ini dengan

mengirimkan jawapan saudara ke alamat e-mel kami: mal@cri.com.cn atau kepada kami melalui alamat yang berikut:

Malay Service CRI-18,
China Radio International,
P.O. Box 4216 Beijing,
China 100040

Saudara hendaklah mengirimkan jawapan saudara sebelum 6 Oktober ini.

Selamat mengikuti dengan jayanya!

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |