v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pertanyaan "Bahasa Mandarin Harian"

2008-06-03 11:27:14 CRI

Pertanyaan pendengar:
Saya ingin menanyakan ungkapan-ungkapan berikut ini dalam bahasa Mandarin :
1. "See you tomorrow", atau "Jumpa lagi esok". "Jumpa lagi minggu depan".
2. "Panjang umur". Bagaimana ucapan selamat hari lahir untuk sebuah pertubuhan?

Jawapan:

Untuk pengetahuan sandara, bahasa Mandarin mempunyai empat intonasi. Bunyi pertama iaitu nada mendatar, seperti dalam perkataan "ma1" yang bermaksud "emak". Bunyi kedua iaitu nada menaik, seperti dalam perkataan "ma2" yang bermaksud "rami". Bunyi ketiga iaitu nada turun dan naik, seperti dalam perkataan "ma3" yang bermaksud "kuda". Dan bunyi keempat iaitu nada menurun, seperti dalam perkataan "ma4" yang bermaksud "mencaci".

"Jumpa lagi esok" dalam bahasa Mandarin ialah "ming2 tian1 jian4".
"ming2 tian1" bermaksud "esok", "jian4" bermaksud "jumpa".
Manakala, "jumpa lagi minggu depan" dalam bahasa Mandarin ialah "xia4 ge4 xing1 qi1 jian4".
"xia4 ge4" bermaksud "yang akan datang", "xing1 qi1" bermaksud "minggu".

Jika saudara mahu mengucapkan "panjang umur" dalam bahasa Mandarin kepada orang tua, saudara boleh berkata: "zhu4 nin2 chang2 shou4" yang bermaksud "Semoga anda panjang umur".
"zhu4" bermaksud "harap" atau "semoga", "nin2" bermaksud "anda", "chang2 shou4" pula bermaksud "panjang umur".

Orang China biasanya tidak mengucapkan "selamat hari lahir" kepada sesebuah pertubuhan, sebaliknya kami akan mengucapkan "selamat ulang tahun ke-...".
Katakan, saudara mahu mengucapkan selamat ulang tahun ke-5 penubuhan sesebuah syarikat, saudara boleh berkata: "zhu4 he4 gui4 gong1 si1 cheng2 li4 wu3 zhou1 nian2" .
"zhu4 he4" juga bermaksud "selamat", "gui4" di sini bermaksud "yang mulia", "gong1 si1" bermaksud "syarikat", "cheng2 li4" bermaksud "penubuhan", "wu3" bermaksud "lima", "zhou1 nian2" bermaksud "ulang tahun".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |