v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Mendekati Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia" (1) Lagu Rakyat "Hua'er" Ningxia
2008-07-21 14:04:46 CRI

"Hua'er" ialah sejenis lagu rakyat yang bernada tinggi dan sering dinyanyikan ketika berada di atas bukit. Dengan itu, suara penyanyi lagu "Hua'er" sering bergema di kawasan lembah dan bukit. "Hua'er" mempunyai irama daerah yang unik dan dinyanyikan dalam dialek tempatan. Maka "Hua'er" yang dinyanyikan oleh penduduk dari pelbagai kawasan yang berbeza tentu mempunyai keunikan masing-masing yang disebabkan oleh adat resam dan kehidupan yang berlainan.

Sama dengan Hua'er etnik Salar, biasanya Hua'er yang dinyanyikan oleh etnik Hui di Ningxia bertemakan cinta muda-mudi atau hubungan mesra suami isteri. Selain itu ia juga selalu menunjukkan perasaan yang digambarkan melalui pemandangan indah di kampung halaman atau keharmonian kehidupan rakyat.

"Hua'er" yang terkenal dan dapat melambangkan keunikan di Ningxia adalah "Hua'er" yang dinyanyikan oleh etnik Hui di kawasan pergunungan Liupan yang juga dipanggil "Shan Hua'er" atau "Gan Hua'er" etnik Hui. Terdapat ramai penyanyi etnik Hui "Hua'er" di kalangan rakyat kaunti Haiyuan di kawasan pergunungan Liupan. Seterusnya, kami akan membawa saudara bersama-sama mengenali Encik Ma Handong, penyanyi yang digelar sebagai "Putera Hua'er" di kaunti Haiyuan.

Encik Ma Handong, 46 tahun sekarang merupakan penyanyi "Hua'er" profesional Pertubuhan Kesenian Rakyat Kaunti Haiyuan Ningxia. Sebenarnya penduduk sekampung beliau sama ada lelaki atau perempuan, orang muda atau tua adalah pendengar setianya sebelum beliau menjadi penyanyi profesional. Ketika disebut proses menyentuh dan mencintai "Hua'er", Ma Handong berasa "Hua'er" telah menjadi sebahagian kegiatan penting dalam kehidupannya.

Ma Handong berkata,"Semasa kecil, sudah terdapat ramai yang suka menyanyi 'Hua'er' di kampung halaman saya. Semua orang sama ada lelaki atau wanita suka dan pandai menyanyi. Mereka akan menyanyi ketika bekerja di lading dan tanaman. Kadang-kadang mereka menyanyi dengan cara antiphon antara satu sama lain. Saya pun ikut menyanyi walaupun tak faham erti lirik lagu itu. Masa berlalu dan saya beransur-ansur memahami erti bait-bait lagu 'Hua'er' yang sangat menarik. Saya tertarik dan mula belajar nyanyian Hua'er. Oleh sebab sangat berminat pada Hua'er, saya belajar dengan bersungguh-sungguh dan seronok."

Dengan penuh keghairahan, Ma Handong menceburkan diri ke dalam "Dunia Hua'er". Sama ada membawa kelompok kambing di padang rumput di tepi bukit, ataupun menuai gandum di ladang, Hua'er menjadi "teman" yang tidak boleh berpisah juah daripada dirinya. Meskipun beliau sudah berkeluarga, Hua'er masih merupakan kegemaran utama bagi beliau.

"Hua'er" kebanyakannya dinyanyikan untuk mengutarakan perasaan melalui gambaran pemandangan. Lirik "Hua'er" seperti sebuah puisi. Biasanya penyanyi mencipta lirik secara spontan berdasarkan keselesaan penyanyi serta suasana waktu itu dan menyanyi dengan beberapa melodi tertentu. "Hua'er" yang kita dengar tadi ialah "zhi ling", sejenis melodi yang pandai dinyanyikan oleh Ma Handong. Melodi ini juga amat popular di provinsi Qinghai dan Gansu yang merupakan "latihan" asas melodi nyanyian bagi orang yang baru menyanyi "Hua'er".

Selain itu, "Hua'er" dilagukan penuh dengan daya tarikan yang istimewa dan menyenangkan. Oleh sebab itu, walaupun suara semula jadi seseorang tidak begitu baik, namun sekiranya pandai menunjukkan daya tarikan "Hua'er" yang istimewa, dia juga dapat menjadi penyanyi "Hua'er" yang baik.

Kini, banyak kesenian tradisional kalangan rakyat termasuk "Hua'er" menghadapi masalah terutama, cara mengubahsuaikan diri dengan arah aliran pembangunan masyarakat dan bagaimana mewariskan kebudayaan kesenian turun temurun itu. Yang menyenangkan hati ialah sejumlah orang muda di kaunti Haiyuan tetap mencintai kesenian trasisional tempatan dan bersedia melagukan "Hua'er" dengan penuh semangat.

Umpamanya, Li Haijun, seorang lelaki etnik Hui, berumur 28 tahun. Beliau mengurus sebuah restoran di kaunti Haiyuan, kampung halamannya. Beliau tidak ketinggalan untuk menyanyi beberapa bait "Hua'er" sama ada ketika sibuk berniaga atau ketika anginnya kurang baik. Boleh dikatakan "Hua'er" sudah menjadi sebahagian kegiatan yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan harian beliau. Li Haijun merupakan penyanyi "Hua'er" muda yang terkenal dan mendapat banyak hadiah dalam pertandingan nyanyian "Hua'er". Beliau mempunyai pemahaman dan pandangan sendiri terhadap "Hua'er".

Li Haijun berkata,"Hua'er ialah cakap-cakap dalam hati yang tidak akan habis dinyanyikan. Ketika saya berasa gembira, saya akan menyanyi Hua'er. Semasa saya menghadapi kesusahan, saya juga menyanyi ketika saya berjalan ke mana-mana tempat saya tetap menyanyi Hua'er. Daripada tak buat apa-apa, lebih baik saya menyanyi."

"Hua'er" yang dinyanyikan oleh Li Haijun lebih tinggi melodinya berbanding dengan nyanyian "Hua'er" daripada Ma Handong. Suara bergegar bercampur dalam lagunya yang menunjukkan daya dinamik golongan muda. Beliau memberitahu kami bahawa cara menyanyi "Hua'er" sangat bebas. Kalau gembira boleh menyanyi dengan riang gembira sebaliknya kalau angina tak baik dan merungut-rungut, suaranya didengar "pahit" sekali. Penyanyi Hua'er yang berlainan boleh menyanyi "Hua'er" yang pelbagai gaya menurut kegemaran sendiri atau keunikan suara masing-masing. Mungkin disebabkan keunikannya itu, "Hua'er" dapat menarik begitu ramai pendengar dan peminat.

Sebagai generasi muda penyanyi "Hua'er", Li Haijun bukan sahaja mewarisi cara menyanyi "Hua'er" daripada orang tua, malahan juga mewarisi cita-cita kesemua penyanyi "Hua'er" yang sama, iaitu "Hua'er" dapat terus diwariskan secara turun temurun buat selama-lamanya.

Li Haijun berkata,"Saya merancang menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian 'Hua'er'. Kami boleh mengadakan persembahan di tempat lain supaya lebih banyak orang di luar Ningxia mengetahui tentang 'Hua'er'. Saya berharap mereka akan menerima, memahami bahkan menyukai 'Hua'er'. Ini adalah hasrat terbesar saya."

Sekarang, setiap kali aktiviti sambutan perayaan atau persembahan tarian dan nyanyian besar diadakan di Ningxia, tentu ada nyanyian "Hua'er" etnik Hui Ningxia. Pada tahun 2006, "Hua'er" dimasukkan ke dalam kurikulum di sekolah di kaunti Haiyuan. Ini merupakan langkah pertama yang penting bagi memelihara dan mewariskan kebudayaan tempatan kepada generasi muda.

Beberapa penyanyi "Hua'er" terkenal termasuk Ma Handong dijemput memberi kuliah kepada murid-murid. Mereka menceritakan kisah-kisah tentang "Hua'er" dan menyanyi "Hua'er" supaya mereka dapat mengetahui dan mencintai kebudayaan kesenian kampung halaman mereka. Pada pandangan Ma Handong, ada dua saluran penting untuk memperkembangkan dan mewariskan "Hua'er", iaitu menyanyi "Hua'er" di pentas persembahan kepada para penonton dan menarik minat murid dalam kuliah. Oleh sebab itu, beliau sangat menghargai masa kuliah yang diberikan.

Beliau berkata, "Saya masih ingat satu ketika semasa saya memberi kuliah di sekolah. Saya rasa risau kerana murid-murid tidak faham tentang 'Hua'er'. Dengan itu, saya menukar cara lain, iaitu memberitahu satu cerita tentang 'Hua'er' yang menarik perhatian mereka. Dalam 45 minit, mereka bukan sahaja mendengar cerita penuh minat, malahan mempelajari dua buah balada 'Hua'er'."

Kesenian balada kalangan rakyat "Hua'er" termasuk "Shan Hua'er" yang dinyanyikan oleh etnik Hui di Ningxia telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda peringkat Negara kumpulan pertama pada tahun 2006. "Hua'er" etnik Hui Ningxia dapat dipamerkan dalam pentas yang lebih luas.

Ma Handong yang sudah menyanyi "Hua'er" selama lebih 30 tahun menyuarakan kegembiraannya sebagai "Putera Hua'er" pada zaman sekarang.

"Sudah lama menyanyi 'Hua'er', sehingga zaman ini barulah melihat prospeknya yang cerah. Berharap dapat disediakan pentas, dapatlah saya terus menyanyi 'Hua'er' sepanjang hayat."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |