v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Mendekati Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia" (2) Seni Silat Etnik Hui - Permainan Penggada He dan Lembing Zhang
2008-07-21 14:06:08 CRI

Terdapat pepatah di bandar Wuzhong yang berbunyi, "Permainan penggada He dan lembing Zhang, tiada tandingannya". Sebagai satu bentuk seni silat tradisi etnik Hui yang diketahui umum di Wuzhong, penggada He dan lembing Zhang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Ciri-ciri penggada He yang paling menonjol adalah, hanya satu hujung penggada itu digunakan untuk melancarkan serangan; dan serangan dilancarkan amat cepat sehingga musuh dapat dikalahkan dalam sekelip mata. Berlainan dengan penggada yang kedua-dua hujungnya digunakan, Penggada He mengutamakan perubahan keterampilan pada tangan, menggabungkan permainan penggada dengan lembing dan menghimpunkan tenaga seluruh tubuh pada penggada untuk mengalahkan musuh. Ketua Penggada He Keturunan Kelima, He Jiangong menggambarkan,

"Inti sari penggada He ialah permainan seperti lima ekor harimau memasuki kumpulan kambing. Seorang sahaja yang berlawan menghadapi satu kumpulan orang."

Manakala, sebagai "saudara kembar penggada He", lembing Zhang juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Lingkaran yang dilalui oleh lembing itu tidak besar kecil sahaja. Tenaga yang perlu digunakan dalam permainan itu pula tidak kuat. Ketua Lembing Zhang Keturunan Keempat, Zhang Hong'an berkata,

"Walaupun tenaga musuh besar, dia tidak akan dapat menyentuh lembing saya. Tetapi, jika lembing saya menyentuhnya, dia tidak akan sempat lari."

Ciri-ciri seni penggada He dan lembing Zhang telah wujud sejak 200 tahun lalu. Sebagai satu bentuk seni silat tempatan Ningxia, permainan lembing Zhang berasal dari kampung Zhangjiawanzi, mukim Guoqiao, kaunti Lingwu, Ningxia. Pengasas yang juga ketua pertamanya ialah Zhang Shengfu. Manakala, penggada He bersumber di kampung Hejiaxiangdao, bandar Wuzhong. Pengasas yang juga ketua pertamanya ialah He Dengkui. Selain mewarisi seni silat keluarga sendiri, kedua-dua tokoh tersebut juga berguru kepada pesilat terkenal dan menggabungkan kebolehan permainan penggada dan lembing pelbagai puak yang lain bagi menyempurnakan lagi permainan penggada He dan lembing Zhang.

Ketua Lembing Zhang Keturunan Keempat, Zhang Hong'an

Pada tempoh pentadbiran Tongzhi semasa pemerintahan Dinasti Qing, iaitu kita-kira tahun 1871, disebabkan korupsi kerajaan berleluasa, pemimpin etnik Hui, Ma Hualong melancarkan pemberontakan di Jinjipu. Pengasas penggada He dan lembing Zhang serta pengikut-pengikutnya beramai-ramai mengikut Ma Hualong. Disebabkan kerap menyumbang jasa yang luar biasa semasa pemberontakan itu, permainan penggada He dan lembing Zhang menjadi terkenal. Pepatah yang berbunyi, "Permainan penggada He dan lembing Zhang, tiada tandingannya" juga diketahui secara luas di bahagian barat laut China.

Pesilat yang berkebolehan dikagumi, tetapi mereka yang berbudi pekerti dan berkewibawaan tinggi lebih dihormati. Zhang Hong'an mengenang kembali kisah ayahnya Zhang Xueren, ketua lembing Zhang keturunan ketiga menjadi masyhur kerana mempunyai kewibawaan yang tinggi.

Pada tahun 1970-an, Zhang Xueren membeli daging kambing berhampiran jambatan Laohe, bandar Wuzhong. Beliau memegang sepotong daging kambing dan berkata, "Ini bukanlah daging biri-biri". Pedagang daging yang tidak menjual apa sahaja pada sepanjang hari itu segera marah dan meludah mukanya, "Kamu tahu daging biri-biri?". Zhang Xueren diam sahaja, dia menyapu ludah pada mukanya dan berpusing. Papan batu di bawah kaki Zhang Xueren segera pecah kepada lapan bahagian. Orang ramai di sekitar kawasan itu terpegun. Ada yang memberitahu pedagang itu, orang yang dimakinya ialah ketua lembing Zhang. Pedagang itu gementar ketakutan, segera mengemas barang dagangannya dan membawa lari meninggalkan tempat itu dan tidak berani lagi menjual daging. Selepas itu, dengan bantuan orang lain, pedagang itu membawa seekor kambing untuk memohon ampun. Selepas tiba di rumah keluarga Zhang, pedagang itu segera berlutut dan meminta maaf, Zhang Xueren segera meminta berdiri dan berkata, "Saya juga salah mengenal kambingmu." Selepas itu, jika disebut kewibawaan Zhang Xueren, tiada orang yang tidak kagum mengenainya.

Apa yang ditekankan dalam permainan silat bukanlah mengalahkan lawannya dengan menggunakan kekerasan, tetapi mengkagumkannya dengan watak luhur yang ditempa dalam jangka masa yang panjang. Sebagai miniatur seni silat etnik Hui, penggada He dan lembing Zhang juga memaparkan semangat kerajinan dan keteguhan etnik Hui. He Jiangong berkata,

"Kerajinan, keteguhan dan keberanian etnik Hui digambarkan melalui seni silat. Ia memperlihatkan banyak watak baik etnik Hui."

Permainan silat dan semangat pesilat diwarisi turun temurun. Akan tetapi, pada zaman yang menyanjung tinggi kedamaian dan pembangunan, harapan pesilat menggunakan seni pertahanan diri itu untuk membela etnik dan negara menggunakan kekuatan melalui permainan tidak terlaksana. Penggada He dan lembing Zhang menghadapi ujian yang serius. Keturunan He dan Zhang pula memikir dan mencari jalan baru untuk mempopularkan seni silat tradisi itu.

He Jiangong

He Jiangong berkata,"Kanak-kanak merupakan masa depan dunia, dan juga merupakan masa depan pelbagai budaya. Jika mereka tidak mewarisi permainan silat, seni silat ini akan pupus."

Dengan berpendapat demikian, He Jiangong memulakan kursus di Wuzhong untuk mengajar golongan muda bermain penggada He. Hasil yang dicapai amat menggalakkan. Orang muda dalam kursus itu kerap memperoleh anugerah dalam pertandingan silat belia Wuzhong dan Ningxia, juga memperoleh pingat emas dalam Pertandingan Permainan Penggada di Sukan Seluruh China Ke-12.

Sebagai warisan kebudayaan, penggada He juga mendapat perhatian daripada kerajaan dan menjadi Warisan Budaya Bukan Kebendaan yang perlu dilindungi kumpulan pertama Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia. Selain itu, Jabatan Budaya Ningxia juga memohon supaya permainan itu disenaraikan dalam Warisan Kebudayaan Bukan Kebendaan Peringkat Negara.

Manakala, sebagai kaum tani, keluarga Zhang membuka gelanggang sendiri bagi permainan lembing menggunakan hasil pendapatan daripada kebun anggur. Belia menggunakan masa lapang dan hujung minggu untuk berlatih bermain lembing di gelanggang itu. Di samping menguatkan fisikal, kebudayaan silat tradisi etnik Hui dapat diperkembangkan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |