v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ucapan Selamat kepada Kapal Angkasa Lepas "Shenzhou VII"--ZAITON AJAMAIN
2008-09-09 10:07:37 CRI

(Kapal angkasa lepas China "Shenzhou VII" yang membawa angkasawan akan dilancarkan ke angkasa lepas pada bulan Oktober tahun ini. Angkasawan tersebut akan cuba menjalankan tugas di luar kapsul buat julung kalinya.)

Salam Hormat,

TAHNIAH! Saya berdoa semoga berjaya dan selamat misi ke angkasa lepas ini.

Bersama-sama ini disampaikan sebuah puisi saya untuk angkasawan yang akan berlepas bersama-sama "Shenzhou VII":

MENGHAYATI CAKERAWALA

Ketika "Soyuz" menuju cakerawala mengangkasa
membawa seorang insan paling bertuah antara berjuta insan
ditabal "angkasawan"
aku berbaring di atas pasir sambil merenung jauh ke atas
antara tahmid, antara tasbih, antara antara takbir
kurenungi langit lazuardi berkerdipan terus
berjuta bintang berjuta ratib
menitip selirih doa kesyukuran dan kesejahteraan.
Kini kuhayati lagi keindahan cakerawala di depan angkasa selazuardi kalem
bergaung indah azan dari pelbagai sudut cakerawala
berjuta-juta doa murni bergema mendoakan lagi seorang "angkasawan"
yang nanti kembara antara titik-titik di kosmos
biar panas terik, biar antara kerdipan bintang
dan "Shenzen VII" untuk kesekian kali megah meluncur mengangkasa lagi
membawa bahadur perkasa semangat tebal jiwa kental
menjejaki keindahan, kekuasaan, kekebalan maha Pencipta
pasti berada antara berjuta-juta bintang menyambut ketibaan
penghuni sementara angkasa cakerawala.
Dan aku berbaring di atas pasir sambil melihat penuh keinsafan
melihat ke kosmos dan cakerawala terus berkerdipan indah.
Tuhan, sungguh indah kerdipan ciptaan-Mu.

ZAITON AJAMAIN
8 September 2008
Malaysia

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |