v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Rancakkan Kerjasama Ekonomi China-ASEAN
2007-03-29 14:52:00 CRI

Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi Parti Komunis China, Encik Liu Qibao

Pada tahun 2006, kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China telah menetapkan matlamat strategik tentang pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi dengan menggunakan kelebihannya dari aspek geografi dan sumber-sumber yang kaya.

Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi Parti Komunis China, Encik Liu Qibao berpendapat bahawa proses penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan kerjasama di Pankawasan Teluk Beibu dan Subkawasan Sungai Mekong telah menyediakan peluang pembangunan yang amat baik kepada Guangxi. Beliau berkata: "Guangxi, China mempunyai kedudukan geografi yang istimewa dengan mempunyai pesisir pantai dan berdekatan dengan negara ASEAN. Oleh hal yang sedemikian, Guangxi merupakan satu pintu yang terbuka kepada luar, terutamanya kepada negara-negara ASEAN. Maka, pembukaan pintu dan kerjasama luar merupakan usaha penting bagi mendorong pembangunan tempatan."

Jawatankuasa Perancangan dan Kawalan Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi telah ditubuhkan oleh kerajaan Guangxi pada tahun 2006. Naib Datuk Bandar Fangchenggang, Lin Xing semasa diwawancara oleh wartawan berkata bahawa Guangxi telah menetapkan rancangan secara menyeluruh terhadap pembangunan di empat kawasan utama dalam Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi, iaitu Nanning, Beihai, Qinzhou dan Fangchenggang. Beliau berkata:

"Pembangunan di keempat-empat kawasan itu telah diberikan keutamaan oleh kerajaan Guangxi pada tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya dalam bidang infrastruktur komunikasi dan pelabuhan. Kini, Fangchenggang telah mempunyai pelabuhan yang jumlah muatan dan punggahan kargonya sebanyak 25 juta tan pada tahun lalu. Manakala, jumlah keseluruhan muatan dan punggahan yang dimiliki oleh pelabuhan Beihai dan Qinzhou akan melebihi seratus juta tan selepeas "Rancangan Lima Tahun Ke-11 China" selesai dilaksanakan.

Ekspo China-ASEAN yang julung kalinya diadakan pada tahun 2004 telah memainkan peranan yang semakin penting bagi menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara China dengan negara-negara ASEAN. Naib Datuk Bandar Fangchenggang, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China, Li Xing berpendapat Teluk Beibu merupakan satu saluran yang penting bagi negara-negara ASEAN untuk memasuki dan meneroka pasaran China yang potensinya begitu besar. Beliau berkata: "Pembangunan di kawasan Teluk Beibu akan menyediakan satu paltform pertukaran dan sebuah pelabuhan yang amat besar lagi penting. Perkara ini akan mendorong hubungan diplomatik dan perdagangan antara China dengan ASEAN dan berfaedah bagi pencapaian kejayaan bersama."

Pembukaan dan pembangunan di Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi bukan sahaja berfaedah bagi menjana pertumbuhan ekonomi Guangxi dan bahagian barat daya China, tetapi juga akan meningkatkan tahap kerjasama China-ASEAN.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |