v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Peningkatan Kerjasama dengan ASEAN Dorong Pembangunan Ekonomi Guangxi
2007-04-05 15:14:49 CRI

Lintasan Youyi di sempadan China-Vietnam, Bandar Chongzuo, Wilayah Guangxi China.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh badan kastam China bahawa jumlah perdagangan antara ASEAN dengan Guangxi, China telah meningkat 54.6% pada tahun 2006. ASEAN telah menjadi rakan dagang yang paling besar bagi Guangxi dalam tempoh 7 tahun yang berturut-turut dan merupakan sumber pelaburan luar yang kedua terbesar bagi Guangxi.

Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China mempunyai keunggulan dari segi geografi kerana wilayah itu bersempadan dengan negara ASEAN dan mempunyai pesisir pantai yang panjang. Perkara ini bukan sahaja telah membantu Guangxi untuk mempercepat pembangunannya sendiri, bahkan juga membolehkannya memainkan peranan yang penting dalam mendorong pertukaran antara China dengan negara-negara ASEAN.

Bandar Chongzuo Guangxi mempunyai garis sempadan yang panjangnya melebihi 500 kilometer dengan Vietnam. Chongzuo yang dulunya dikenali sebagai tempat yang terpencil dan tertutup telah berubah wajah melalui usaha perdagangan luar yang terutamanya dijalankan dengan negara ASEAN. Sebuah taman perindustrian telah dibangunkan di bandar Chongzuo bagi menarik pelaburan asing. Pelaburan yang dibuat oleh usahawan Thailand dalam pembuatan kertas pembungkus gula di taman perindustrian tersebut telah membantu menjana perkembangan industri pembuatan gula tempatan. Di samping itu, pelabur Perancis dalam pembuatan bateri jenis baru telah memilih bandar Chongzuo sebagai destinasi pelaburannya memandangkan iklim pelaburan yang baik di bandar itu.

Setiausaha Jawatankuasa Bandar Chongzuo Parti Komunis China, Luo Dianlong berkata bahawa kini Chongzuo aktif menjalankan usaha pertukaran dan kerjasama dengan negara ASEAN dalam bidang ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan lain-lain. Perkara itu telah membawa banyak manfaat kepada kedua-dua pihak.

Berdasarkan data yang disediakan oleh Jabatan Perdagangan Guangxi bahawa barangan utama yang dieksport dari Guangxi ke ASEAN ialah barangan elektronik, permesinan, tekstil, produk pertanian dan industri kimia. Manakala, produk seperti arang batu, getah dan bahan perlombongan merupakan barangan utama yang diimport oleh Guangxi dari negara ASEAN. Pasaran yang bersifat saling melengkapi antara Guangxi dengan ASEAN telah dapat menjamin aliran perkembangan perdagangan yang baik antara kedua-dua pihak. Dimaklumkan bahawa sehingga kini, sebanyak 404 buah syarikat modal penuh dan syarikat usaha sama telah ditubuhkan oleh usahawan dari negara ASEAN di Guangxi.

Hubungan pertukaran antara ASEAN dengan Guangxi telah menjadi semakin erat seiring dengan peningkatan pertukaran di peringkat tinggi dan penyempurnaan mekanisme kerjasama. Berdasarkan statisktik didapati bahawa jumlah pelancong dari negara-negara ASEAN ke Guangxi telah mencecah 400 ribu orang pada tahun 2006. Di bandar Dongxing yang bersempadan dengan Vietnam pula, jumlah warga keluar masuk dari sempadan telah melebihi 2 juta 900 ribu orang pada tahun 2006, angka itu melebihi 20 kali ganda daripada jumlah penduduk di bandar tersebut.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |