v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perkembangan Hubungan China-Laos Mempunyai Prospek yang Cerah
2007-04-12 18:46:58 CRI

Vientiane, ibu negara Laos

Perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan China-Laos telah mengekalkan aliran yang amat baik sejak jumlah perdagangan dua hala buat pertama kalinya mencecah 100 juta dolar Amerika pada tahun 2003. Jumlah perdagangan China-Laos telah mencapai 128 juta dolar Amerika pada tahun 2005 dan angka itu telah turut meningkat kepada 218 juta dolar Amerika, iaitu bertambah 69.4% pada tahun 2006. Jumlah perdagangan China-Laos telah mencatat pertumbuhan yang paling pesat berbanding China dengan pelbagai negara ASEAN yang lain.

Sosioekonomi Laos telah merealisasikan pertumbuhan yang baik pada tahun 2006 walaupun mengalami kesan negatif daripada bencana alam dan kenaikan harga minyah mentah. Laos telah mencapai kejayaan yang ketara dalam perkembangan industri pertanian, perhutanan, pembuatan dan inudustri perkhidmatan, pembinaan infrastruktur dan kebudayaan.

Antara barangan utama yang dieksport dari China ke Laos ialah pakaian, bahan mentah industri, kenderaan, makanan dan jentera kegunaan pertanian. Manakala, produk pertanian, hasil perlombongan, kayu jati dan bulu merupakan barangan utama yang dimport oleh China dari Laos.

Kerajaan kedua-dua negara China-Laos telah menandatangani pelbagai dokumen kerjasama yang melibatkan bidang perdagangan, perlindungan pelaburan, pelancongan dan lain-lain serta menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama bagi merancakkan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi, perdagangan dan teknologi. Jumlah projek pelaburan yang dijalankan oleh perusahaan China di Laos telah semakin meningkat dan melibatkan bidang yang lebih meluas seperti penjanaan kuasa hidroelektrik, pencarigalian hasil perlombongan dan industri pertanian. Sehingga kini, China telah berturut-turut melaburkan dana sebanyak 877 juta dolar Amerika di Laos dalam kesemua 236 buah projek. Jumlah pelaburan China di Laos dalam tempoh setahun sahaja pada tahun 2006 telah mencatat 328 juta dolar Amerika.

"Kenyataan Bersama China-Laos" yang dikeluarkan pada bulan November tahun lalu mempunyai erti yang mendalam kepada perkembangan hubungan dua hala. Kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama itu menyatakan akan meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan ke satu tahap strategik yang lebih tinggi berdasarkan prinsip "sama rata, saling menguntungkan, mengutamakan keberkesanan yang pragmatik dan bertujuan untuk merealisasikan pembangunan bersama." Menurut kenyataan bersama itu, pihak Laos akan berusaha meningkatkan taraf perdagangan dua hala berdasarkan tindakan pembatalan tarif yang dibuat oleh China terhadap negara itu. Di samping itu, pihak China juga akan terus menyediakan bantuan kewangan dengan sedapat mungkin kepada Laos dan menggalakkan perusahaan China menjalankan pelaburan dalam bidang pengangkutan, komunikasi dan pembinaan infrastruktur di negara itu. Kenyataan bersama itu turut menekankan peranan yang dimainkan oleh mekanisme kerjasama antara Yunnan, China dengan bahagian utara Laos dalam usaha mendorong pertukaran ekonomi dan perdagangan di kawasan sempadan kedua-dua negara. Selain itu, penandatanganan "Perjanjian Kerjasama Teknologi dan Ekonomi China-Laos" dan siri dokumen kerjasama yang lain telah memberikan peluang yang baik kepada peningkatkan hubungan kerjasama dua hala pada masa akan datang.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |