v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Aktiviti Liputan Radio dan Televisyen "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" Dilancarkan
2007-04-26 10:52:33 CRI

Pada pukul 8:30 pagi 24 April lalu, upacara pelancaran yang meriah aktiviti liputan radio dan televisyen "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" telah diadakan di kota Pingxiang, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, selatan China. Delegasi liputan yang terdiri daripada wartawan daripada 4 buah badan media akan menjelajahi 10 buah negara ASEAN selama 50 hari, jaraknya sejauh 20 ribu kilometer.

Pada pagi semalam, di hadapan Genting Youyi telah terkumpul ratusan orang termasuk wakil daripada Radio Antarabangsa China (CRI), badan kerajaan Guangxi dan penduduk tempatan yang telah menyertai upacara pelancaran aktiviti liputan tersebut. Naib Ketua Pengarah CRI, Puan Wang Dongmei telah menyampaikan ucapan. Beliau berkata: "China dan negara-negara ASEAN ialah negara jiran yang baik dan mempunyai hubungan persahabatan yang telah bersejarah. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kepercayaan politik antara kedua-dua pihak semakin meningkat, hubungan ekonomi dan perdagangan telah berkembang ke tahap yang lebih tinggi, serentak dengan itu, pertukaran sosiobudaya kedua-dua pihak semakin bertambah. Berikutan dengan latar belakang ini, aktiviti liputan yang bertemakan lawatan kerjasama itu amat bererti bagi meningkatkan persefahaman, pertukaran dan persahabatan antara China dengan negara-negara ASEAN. Aktiviti kali ini akan menyediakan suasana pandangan antarabangsa yang baik bagi mengembangkan hubungan kerjasama dan persahabatan China-ASEAN dan mendorong kedamaian, kemakmuran dan kestabilan serantau."

Ketua Pengarah CRI, Wang Gengnian ketika menghuraikan erti aktiviti yang dianjurkan bersama-sama oleh media utama China, media negara asing dan media tempatan China menyatakan: "Tujuan CRI menganjurkan dan menyertai aktiviti kali ini adalah kerana kami menganggap aktiviti seperti ini amat bererti. Pertama, aktiviti kali ini bersesuaian dengan keperluan pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu negara China dan juga bersesuaian dengan keperluan peningkatan kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN. Kedua, aktiviti ini telah memenuhi keperluan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi untuk menjalankan pembaharuan dan buka pintu kepada luar. Dan ketiga, pada zaman ini, perkembangan sesebuah badan media juga memerlukan kerjasama antarabangsa."

Dalam bunyi tembakan hormat, delegasi liputan itu telah memulakan lawatan mereka. Mereka akan melawat ke 35 buah bandar di Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Myanmar, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina untuk mewawancara ahli pelbagai kalangan masyarakat negara ASEAN dan memperkenalkan perkembangan sosioekonomi dan kebudayaan di 10 negara ASEAN kepada rakyat China.

 

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |