v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Hantar Pensyarah Bahasa Mandarin ke Thailand
2007-05-23 16:40:32 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Majlis Sambutan Sukarelawan Pensyarah Bahasa Mandarin dan Sidang Kerjasama Pengajaran Bahasa Mandarin China-Thailand telah diadakan di Bangkok, ibu negara Thailand pada 21 Mei lalu. Seramai lebih 400 orang sukarelawan China yang akan mengajar bahasa Mandarin di Thailand telah menghadiri majlis tersebut.

Xu Lin, Ketua Pengarah Pejabat Majlis Bahasa Mandarin Antarabangsa China menyatakan bahawa pensyarah bahasa Mandarin China di Thailand telah meningkat kepada 650 orang daripada 23 orang pada tahun 2003. Bahasa Mandarin kian hari kian diminati di Thailand.

650 orang sukarelawan itu berasal dari 15 buah universiti di China, seperti Universiti Shandong, Universiti Xiamen, Universiti Ji'nan dan sebagainya.

Semenjak Projek Penghantaran Pensyarah Bahasa Mandarin oleh China diamalkan di Thailand pada tahun 2003, atas permintaan Kementerian Pendidikan Thailand, China telah menghantar sebanyak lebih 750 orang sukarelawan pensyarah bahasa Mandarin ke negara itu. Dari tahun 2005 hingga 2006, China telah menghadiahkan lebih 70 ribu naskhah buku kepada pihak Thailand. Selain itu, Thailand dan China juga telah bekerjasama untuk menyunting buku pengajaran bahasa Mandarin.

Bermula dari tahun 2003, Kementerian Pendidikan Thailand telah mengubahsuaikan dasar pengajaran bahasa Mandarin serta menggalakkan sekolah rendah, sekolah menengah dan pelbagi universiti membuka bahasa Mandarin sebagai mata pelajaran pilihan. Seiring dengan kepopularan bahasa Mandarin, Kementerian Pendidikan Thailand telah merancang untuk membuka mata pelajaran bahasa Mandarin di 2,000 buah sekolah rendah dan menengah sebelum tahun 2008. Orang yang mengambil Peperiksaan Tahap Bahasa Mandarin China di Thailand juga telah meningkat kepada 1,638 orang pada tahun lalu daripada 909 orang pada tahun 2005.

Menurut Xu Lin, pihaknya akan terus memberi bantuan kepada rakyat Thailand yang mempelajari bahasa Mandarin dan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Thailand.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |