Delegasi liputan "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" kini sedang membuat liputan di Filipina, negara yang terakhir dalam lawatan kali ini. Kuasa Usaha Sementara China di Filipina, Encik Deng Xijun telah diwawancara oleh delegasi tersebut semalam.
Pemimpin kedua-dua negara China dan Filipina kerap kali menggunakan perkataan "Fasa Emas" semasa mengulaskan hubungan persahabatan China-Filipina pada tahun-tahun kebelakangan ini. Deng Xijun menjelaskan bahawa hubungan China-Filipina dalam "Fasa Emas" adalah kata sepakat yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara pada tahun 2005.
Deng Xijun berkata: "Apabila Presiden China, Hu Jintao melawat ke Filipina pada bulan April tahun 2005, Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo telah menyatakan bahawa hubungan Filipina-China telah memasuki "Fasa Emas". "Fasa Emas" merupakan huraian yang paling tepat untuk menyifatkan keadaan perkembangan kini hubungan antara kedua-dua negara. Pemimpin kedua-dua negara telah mencapai konsensus mengenai matlamat perkembangan hubungan antara satu sama lain dari segi politik. Dalam bidang ekonomi, hubungan perdagangan China dengan Filipina juga mencapai kemajuan yang besar. Selain itu, kerjasama China-Filipina di kawasan Laut China Selatan telah dijalankan dengan berjaya melalui usaha bersama-sama. Ketiga-tiga aspek tersebut dapat menunjukkan hubungan China-Filipina telah memasuki 'Fasa Emas'."
Sebagai seorang pewagai diplomat China di Filipina, Deng Xijun mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap "Fasa Emas" hubungan China-Filipina. Beliau berkata:
"Ini merupakan kali kedua saya bertugas di Filipina. Saya masih ingat bahawa jumlah perdagangan antara China dengan Filipina pada tahun 1992 hanya mencatat 350 juta dolar Amerika, namun pada tahun 2006, jumlah perdagangan China-Filipina telah mencapai 23.4 bilion dolar Amerika. Forum Kerjasama Perdagangan China-Filipina telah diadakan oleh kerajaan kedua-dua negara pada bulan Jun tahun yang lalu. Aktiviti tersebut telah memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan perkembangan perdagangan kedua-dua negara. Kedua-dua pihak telah menetapkan keutamaan kerjasama perdagangan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Kerjasama China-Filipina dalam bidang pertanian, perikanan, infrastruktur, projek perumahan dan matlamat telah mencapai kemajuan yang besar setakat ini. Maka 'Fasa Emas' dapat menyifatkan keadaan semasa hubungan kedua-dua negara."
Semasa menyebut keutamaan kerjasama China-Filipina, Deng Xijun telah memilih bidang pertanian sebagai contoh. Beliau bekata:
"Kerjasama China-Filipina dalam bidang pertanian amat penting bagi kedua-dua negara. Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, dengan usaha kedua-dua kerajaan China-Filipina, kerjasama dalam bidang tersebut telah mencapai hasil yang menonjol. Pakar padi kacukan, Yuan Longping sebanyak 37 kali melawat ke Filipina untuk mendorong penanaman padi kacukan di Filipina."
Delegasi liputan "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" melawat ke Filipina sewaktu Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo melawat ke China. Deng Xijun berkata bahawa:
"Presiden Arroyo telah tiga kali melawat ke China dalam tempoh 8 bulan yang lalu. Menurut Presiden Arroyo, pengalaman pembangunan China merupakan teladan baik bagi Filipina. Beliau berharap bahawa kerjasama antara kerajaan pusat kedua-dua negara dapat terus ditingkatkan di samping mendorong aktiviti pertukaran antara kerajaan tempatan kedua-dua negara."
Deng Xijun telah menyanjung tinggi terhadap aktiviti "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" yang dianjurkan bersama oleh Radio Antarabangsa China, Radio Guangxi China dan Phenix TV Hong Kong. Beliau berpendapat bahawa aktiviti ini pasti akan dapat meningkatkan hubungan China-ASEAN dan persefahaman antara rakyat China dengan rakyat negara-negara ASEAN.
|