v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

2/3 Gerai Pameran Ekspo China-ASEAN Ke-4 Telah Habis Ditempah
2007-06-26 13:45:26 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Setiausaha Agung Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Zheng Junjian menyatakan dalam sidang akhbar semalam bahawa kerja bagi mempelawa pelbagai negara supaya mempamerkan barangan masing-masing dalam Ekspo China-ASEAN ke-4 telah mencapai kemajuan yang besar dan hampir 2/3 gerai pameran telah habis ditempah. Dijangka, lebih seribu buah gerai pameran akan ditempah oleh negara-negara ASEAN dengan menduduki 1/3 daripada jumlah keseluruhan gerai pameran dalam ekspo tersebut.

Dimaklumkan, sebanyak 3 ribu buah gerai pameran telah disediakan dalam Ekspo China-ASEAN ke-4 yang akan diadakan di Nanning, Guangxi China pada Oktober tahun ini. Zheng Junjian menjelaskan bahawa pihak Vietnam, Malaysia dan Thailand akan menggunakan dewan pameran yang tersendiri dalam ekspo kali ini, dan jumlah gerai pameran daripada Indonesia, Filipina, Myanmar dan Kemboja akan terus bertambah bilangannya.

Difahamkan, pihak Ekspo China-ASEAN kali ini akan mempertingkatkan taraf profesionalnya. Barangan pameran China akan tertumpu kepada 4 kategori iaitu kelengkapan mesin, barang elektrik dan elektronik, bahan pembinaan dan peralatan penghasilan kegunaan pertanian. Pihak China juga akan memilih produk-produk yang paling bersesuaian dengan pasaran ASEAN daripada sektor tersebut.

Menurut Zheng Junjian, dalam Ekspo China-ASEAN kali ini, beberapa negara ASEAN yang berkelayakan akan digalakkan supaya menubuhkan dewan pameran yang tersendiri agar membentuk kelebihan masing-masing yang istimewa. Usaha tersebut akan memudahkan pembeli China untuk membeli barangan mereka. Dijangka bahawa seramai 20 ribu orang akan menyertai Ekspo China-ASEAN kali ini. Daripada jumlah itu, 10 ribu orang peserta adalah dari China dan 10 ribu orang yang lain adalah dari negara-negara ASEAN serta negara dan kawasan lain.

Lebih 5500 buah perusahaan dari negara-negara ASEAN telah menyertai Ekspo China-ASEAN pertama, kedua dan ketiga. Ekspo itu telah mendorong perdagangan dan pelaburan antara China dengan negara-negara ASEAN, dan telah menjadi platform paling baik bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |