v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Jamin Kualiti Udara Semasa Perasmian Sukan Olimpik
2008-03-20 11:11:47 CRI

Naib Ketua Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Beijing, Du Shaozhong dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Pusat Penerangan Sukan Olimpik Beijing telah memaklumkan, China akan menunaikan janjinya, iaitu meningkatkan kualiti udara dan menjamin kebersihan udara semasa perasmian Sukan Olimpik kelak.

Du Shaozhong mendedahkan bahawa pihak berkuasa Beijing akan menjalankan beberapa tindakan untuk menjamin kebersihan udara semasa perasmian Sukan Olimpik seperti menutup perusahaan yang mengeluarkan bahan pencemaran dan mengenakan sekatan terhadap kenderaan.

Pihak berkuasa Beijing sentiasa berusaha sedaya upaya membaiki kualiti udara dan usaha ini telah mencapai kesan yang ketara. Sejak tahun 1998, pihak berkuasa Beijing telah menjalankan lebih 200 buah tindakan kawalan pencemaran yang meliputi pencemaran oleh kenderaan dan industri, dan debu. Data penyeliaan menunjukkan bahawa pada tahun 2007 lalu, kadar bahan pencemar utama dalam udara di Beijing telah dikurangkan dengan banyaknya berbanding 9 tahun lalu, manakala bilangan hari yang udaranya bersih telah ditingkatkan ke 246 hari setahun daripada 100 hari.

Du Shaozhong juga menyatakan bahawa pihak berkuasa Beijing akan menjalankan tindakan yang lebih ketat untuk menangani masalah pencemaran udara dan akan berusaha mengurangkan pelepasan bahan pencemaran demi menjamin kebersihan udara semasa perasmian Sukan Olimpik kelak.

Beliau berkata: "Kami akan mengeluarkan piawaian pelepasan bahan pencemaran yang lebih ketat, meningkatkan usaha untuk menyingkirkan kenderaan yang tinggi pelepasan bahan pencemarannya, menutup sejumlah perusahaan dan kemudahan yang agak serius pelepasan bahan pencemarannya, meningkatkan kawalan terhadap debu di kawasan pembangunan, melarang aktiviti yang menggunakan ketuhar arang batu kecil yang diharamkan dan pembakaran di tempat terbuka."

Beliau menegaskan lagi bahawa pihak berkuasa Beijing akan menjalankan sekatan tertentu terhadap penggunaan kenderaan semasa perasmian Sukan Olimpik. Pada tahun 2007, Beijing telah mengadakan ujian sekatan penggunaan kenderaan dan usaha ini memberikan kesan yang memuaskan hati. Ujian itu menyediakan panduan bagi kerajaan Beijing untuk menggubal peraturan bukan sahaja untuk mengawal kenderaan semasa perasmian Sukan Olimpik kelak, malah mengawal pencemaran oleh kenderaan pada masa-masa yang akan datang, selepas Sukan Olimpik.

Di samping itu, sebelum dan semasa perasmian Sukan Olimpik, pihak berkuasa Beijing dan provinsi serta bandar yang berhampiran dengannya akan melancarkan kempen bersama bagi menangani masalah pencemaran debu, kenderaan, industri dan pembakaran arang batu. Provinsi dan bandar yang berkaitan telah mengadakan penyusunan semula struktur industrinya, menutup sebilangan perusahaan yang tinggi penggunaan sumber tenaga dan pelepasan bahan pencemarannya dan akan menjalankan tindakan sementara berkaitan dengan pengurangan pelepasan pencemaran semasa perasmian Sukan Olimpik nanti. Dengan demikian, jumlah pelepasan bahan pencemar utama di Beijing akan dikurangkan lebih 50 ribu tan tahun ini menurut anggaran peringkat awal.

Du Shaozhong berkata: "Setelah mengadakan ujian dan kawalan secara terus-menerus beberapa tahun kebelakangan ini, kami jangka kualiti udara di Beijing pada bulan Ogos semakin baik. Para pakar telah memastikan bahawa kebersihan udara terjamin di Beijing semasa Sukan Olimpik kelak. Kami amat yakin."

----DAZHONG

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |