v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persiapan Larian Obor Sukan Olimpik Beijing Berjalan Lancar
2008-03-24 14:35:38 CRI

Obor Sukan Olimpik Beijing akan dinyalakan di Olympia, Greece pada 24 Mac ini. Dengan itu, larian obor Sukan Olimpik Beijing juga akan dirasmikan. Naib Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG), Encik Jiang Xiaoyu dalam sidang akhbar yang diadakan Rabu, menyatakan bahawa larian obor Sukan Olimpik Beijing 2008 yang bertema "Laluan Harmoni", mewarisi konsep "Nyalakan Keghairahan dan Berkongsi Impian" dan akan berlangsung selama 130 hari melintasi lima benua. Seramai lebih 20,000 orang pembawa obor akan menyertai larian tersebut. Ini merupakan larian obor yang paling panjang masanya dan paling ramai pesertanya.

Encik Jiang Xiaoyu memaklumkan bahawa berdasarkan kelaziman larian obor dan keistimewaan Sukan Olimpik Beijing, BOCOG telah menyusun jalan larian obor. Menurut jalan dan jadual tersebut, upacara penyalaan obor akan diadakan di Olympia pada 24 Mac ini. Larian obor akan berlangsung selama enam hari di Greece dan upacara penyerahan obor tersebut akan diadakan di Athens pada 30 Mac ini. Obor itu akan tiba di Beijing pada 31 Mac ini. Bermula 1 April, larian obor Sukan Olimpik Beijing akan diadakan di dalam dan luar negara. Pada malam 8 Ogos tahun ini, obor itu akan tiba di stadium utama tempat upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing.

Jiang Xiaoyu memaklumkan bahawa berbanding dengan larian obor sebelum ini, cara penghantaran kali ini beraneka ragam. Selain larian, pembawa obor juga akan membawa obor dengan basikal, kuda, kapal dan kereta api.

Bagi aspek pemilihan pembawa obor di China, Jiang Xiaoyu menyatakan bahawa, buat masa ini, China telah memilih seramai 11534 orang pembawa obor. Pembawa obor ini dipilih dari pelbagai golongan dan sektor, antaranya terdapat tokoh-tokoh ternama dari pelbagai golongan dan terdapat juga pekerja biasa. Usia mereka antara 14 hingga 93 tahun.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |